Salam petang jumaat semua,
Sekejap aja dah hari jumaatkan, cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, usia makin bertambah. Anak anak pun makin membesar.
Hari ni saya masak ikan pulak. Sebenarnya ni resepi ulangtayang. Resepi asal sumbangan Mami Asmah Laili ni sebenarnya untuk ayam, tapi macam biasalah saya pun nak derhaka jugak cam blogger masak memasak yang lain. Kali ni saya cuba buat untuk ikan pulak, nak tengok macamana rasanya.
Fuhhhhh!!! tak sangkala masak lada hitam ni pun serasi jugak dengan ikan. Kalau teringin nak cuba, klik kat SINI untuk resepinya.
Sedap tau ikan lada hitam ni, kalau tak percaya cuba buat.....
Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Nasi Ayam Chef Wan
Salam dan selamat pagi,
Waaaaa.....kejap aja lagi dah tengahari. Jemput makan nasi ayam semuaaa.....resepi Chef Wan ni tau, jangan malu malu, sila, sila.....
Semenjak mencuba buat nasi ayam sendiri tak lama dulu, terasa nak buat lagi dan lagi......sedap sungguh la bila merasa air tangan sendiri, berbaloi baloi, puashati sungguh, makan pun leh bertambah.
Cuba tengok ayamnya......nampak bestkan....heheheh masuk bakul angkat sendiri lak saya ni.
Resepi ni saya cp dari rumah Ummi. Resepi asal dari rumah Nur. Terimakasih Ummi dan Nur ya, tak lupa juga buat tuanpunya resepi chef selebriti kita Datuk Chef Wan. Paparan saya ni biasa biasa aja, mana nak leh challenge yang Nur dan Ummi punyakan, nampak soooo sedap n hebat.....maklumlah mereka semua dah pro....kita ni amatur lagi.....heheheh, kan, kan....
NASI AYAM CHEF WAN
Bahan-Bahan Untuk Nasi:
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara:-
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)
Cara menyediakan ayam:-
1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin
Cara-Cara:-
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.
Bahan Sos Lada (My Style):-
5 - 6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
2 inci halia - diketuk
Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.
Labels:
Rice
Tuesday, June 28, 2011
Kuih Kaswi
Salam dan selamat pagi semua,
Hari ni masak sambal tumis ikan bilis jer, jadi cepatlah siapnya. Bila dah cepat siapnya, maka awal la juga kita dapat kita dapat bersiaran.....hehehehe.
Hari ni nak tunjukkan kuih tradisi turun temurun yang saya buat beberapa hari lepas. Kuih kaswi atau juga dipanggil kuih kosui di sebelah utara. Cara membuat kuih ini tersangatlah ringkasnya, campur semua bahan dan kukus, dahhh siap. Tekstur kuih kaswi ni pulak tersangatlah lembut. Rasanya pun manis, disulam rasa lemak lemak kelapa parut. Ini pertama kali saya membuat kuih ini. Saya buat separuh adunan sahaja takut tak jadi. Sewaktu membancuh adunan ini, nampak terlalu cair hinggalah saya teragak agak samada mahu ditambahkan tepung atau tidak bagi memekatkannya sedikit. Tapi bila fikir dua kali, mungkin memang begini keadaan kecairannya, maka sayapun tak jadi tambah, kukus dulu sedikit dan tengok resultnya.
Lepas 20 minit dikukus, saya lihat kuih ini macam lembik lagi, nampak macam berair kat permukaannya. Saya letakkan papertowel biar cecair menyerap ke dalamnya. Ragu ragu betul saya lihat kuih ni, nampak macam tak jadi aja. Saya letak pulak jari kat permukaannya, pun melekat sedikit. Penyudahnya saya letak dalam petiais sekejap biar mengeras sedikit. Alhamdulillah, bila dikeluarkan dari acuan, elok aja jadinya.
Beginilah rupanya kuih kaswi pertamaku. Berbagai bagai versi saya buat. Banyak juga hasilnya walaupun separuh adunan. Saya gunakan dua acuan apam yang berlainan. Cuma warnanya aja sedikit pudar mungkin sebab saya guna gula merah yang tak berapa terang warnanya.
Anak yang kecil tak menyempat nyempat tunggu kueh mengeras, sekejap sekejap bertanya. Jadi, bila dah siap, dia dulu la yang merasa. Berulang ulang dia makan, sedap katanya. Abang abang yang lain pun begitu juga. Saya asingkan juga beberapa ketul kat dalam pinggan untuk memulangkan bekas yang diberi oleh jiran tempohari. Dah lama benar jiran saya bagi kari kepala ikan, sampai dua kali, bekas belum berhantar.
Resepi ni saya perolehi sewaktu menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O ahad lepas. Ada seorang chef yang menunjukkan cara buatnya. Apalagi, saya pun kelam kelibut menyalinnya, mana yang sempat ajalah sebab terlalu cepat sangat disiarkan.
KUIH KASWI
Bahan bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
1 1/2 liter air - lebihkan kalau nak lembut
1 st garam.
kelapa parut
Cara-caranya
Gula putih, gula merah dan air dimasak sebentar di atas api kecil dan sejukkan.
Ayak semua tepung dan perlahan lahan campurkan dengan cecair yang telah dimasak tadi. Gaul menggunakan whisker biar rata. Tapiskan.
Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan kukus didalam pengukus sehingga naik wap. Perlahan lahan sendukkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan kukus dengan api paling perlahan selama lebih kurang 20 minit.
Bila telah masak, biar di dalam acuan selama lebih kurang 30 minit sebelum dikeluarkan dan di letakkan kelapa parut.
Saya suka makan versi yang ini, kerana dicoat sepenuhnya dengan kelapa parut, ada rasa lemak yang lebih dan sangat sedap.
Labels:
kueh mueh
Monday, June 27, 2011
Kek Gulung Kasih II
Salam semua,
Kek kalau dah sedap, mesti akan ada sesi ulangtayangnya lagi dan lagi kan? Jadi, hari ni jom kita tengok lagi sekali kek gulung hasil kerastangan saya. Saya buat kek ni agak lama juga, beberapa minggu selepas saya buat kek yang pertama dulu. Buat ini pun disebabkan memenuhi permintaan anak anak yang minta dibuatkan sekali lagi.
Kali ni saya buat perisa strawberry pula. Anak anak suka sangat perisa ni. Siap suruh buat lagi...........pulak. Jenuhla mama nak menggulung kek ni lagi......
Resepinya boleh dilihat di SINI ya. Klik la jangan malu malu.
Saya sendiri suka tengok hasilan kek ni.......heheheh

Cakes
Udang Bukharry Masala
Salam semua,
Semalam sehari suntuk menyerika baru, satu aktiviti yang paling saya tidak suka tetapi terpaksa melakukannya. Selalunya saya seterika seminggu sekali dan gantung dalam almari. Bayangkanla betapa banyaknya kain baju untuk seminggu, mana yang hubby punya, mana yang anak2 punya, mana yang sendiri punya. Selalunya saya lepak aja ajer bila menyerika, biar selesa sikit nak menjuntaikan kaki...
Lepas seterika baju, bammmmmmmm landing seketika melepaskan penat dan lenguh lenguh. Mujur juga hujung minggu takder aktiviti masak masak, klu tak mau pengsannnn dibuatnya. Itulah aktiviti saya setiap hujung minggu, itupun kalau tak shopping mingguan..
Oklah, jom tengok apa saya masak minggu lepas, udang masala la pulak. Ambil resepi ni kat Sajionline. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya kepada yg ingin mencuba.
Udang Masala Buharry
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang
5 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili hijau (hiris)
2 biji tomato (potong halus)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 sudu kecil halia (kisar)
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji gajus (kisar) - sy tak letak
50 gm santan
50 ml minyak
750 ml air
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan halia sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.
3.Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.
4.Setelah itu, barulah masukkan udang bersama tomato, gajus, cili hijau dan
cili merah.
5.Apabila air kering sedikit, masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.
Rasanya biasa biasa aja......
Labels:
Prawn
Saturday, June 25, 2011
Ayam Ala Dondang
Salam semua,
Alahai.......ayam ala dondang la pulak. Nak masak ayam ni kena berdondang sayang dulu ya...hahahah, baru menjadi. Sempoi betul namanya kan???
Inilah paparan saya untuk hari ni, lauk masakan kampung, resepi yang ditukil dari majalah keluarga tahun 2008. Sebenarnya resepi ni untuk daging, tapi saya tukarkan dengan ayam, best jugak rasanya.
Alangkah enakkan bila kita dapat menikmati pelbagai lauk pauk masakan kampung bersama nasi panas. Pastinya selera bertambah bukan sekali tetapi mungkin dua atau tiga kali. Masakan kampung memang tidak dapat dipisahkan dari jiwa masyarakat kita kerana ia juga merupakan satu lambang tradisi.
Okla jom kita semak resepinya.....
AYAM ALA DONDANG
1 kg ayam - direbus dan dipotong bentuk kiub setelah 1/2 in
3 sdm cili kisar
4 labu bawang besar - dipotong bulat (asingkan sedikit)
5 ulas bawang putih - dihiris
2.5cm halia - dihiris
3 tangkai cili merah - dibelah dua
3 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 tin kacang peas - saya tak letak
3 sdm biji ketumbar - dikisar
1 st jintan halus - dikisar
1 st jintan kasar - dikisar
sedikit minyak
Cara-cara
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan kisar kecuali cili hingga naik baru. Kemudian masukkan pula cili kisar dan dan apabila naik minyak, masukkan ayam, kacang peas dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau dan sedikit bawang besar potong bersama serbuk perasa dan garam.
Angkat dan sedia dihidang.
Labels:
Chicken
Thursday, June 23, 2011
Kek Kukus Sandwich Lapis Jem
Salam dan selamat tengahari semua,
Hari ni meh kita ramai ramai jamah kek yang lembut, gebu dan halus mulus gitu. Kek yang diberi nama kek kukus sandwich ini saya buat beberapa minggu yang lepas.
Sebenarnya resepi kek ni telah lama saya salin dari rumah MkLangAzie, ala Maklang tokey kek yang juga merangkap cikgu baking tu....hehehe. Terimakasih bebanyak ya MakLang kerana sudi memanjangkan resepi ini. Terimakasih juga yang tak terhingga buat Chef Zubaidah yang banyak berkongsi resepi resepi menarik beliau, semuga jasabaik beliau di dalam perkongsian ilmu ini diberkati Allah hendaknya. Izinkan saya untuk memanjangkannya pula di sini.
KEK KUKUS SANDWICH LAPIS JEM
sumber : Chef Zubaidah
Bhn
3 biji telur B
1/2 sb ovalette
30g air
100g gula castor
100g tepung naik sendiri
20g susu tepung
30g minyak
1st choc.emulco
Hiasan : jem (any flava) mklang guna blueberry jem
Cara
Pukul telur + gula + ovallete + air = hingga pekat
Ayak tepung + susu tepung dan sebatikan adunan
Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata
Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.
Guna loyang 9x9, tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat
Kukus selama 20'
Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.
Amacam?? Ada yang teringin tak?? Tu haaaa, resepi dah ada, godek ler..... gerenti tak nyesal punya..
Labels:
Cakes
Wednesday, June 22, 2011
Ayam Kicap Bercili
Salam semua,
Selamat bertugas buat yang mula bertugas hari ni ya. Selalunya mood hari Isnin ni tak berapa ceria kan, maklum hari pertama bertugas semula selepas bercuti. Apa apapun tugas yang telah diamanahkan mesti tetap terus dilaksanakan. Semuga hari ni lebih baik dari hari hari yang sebelumnya ya, insyaAllah.
Hari ni nak memaparkan satu lagi resepi dari himpunan resepi resepi lama saya. Resepi zaman dulu dulu sebelum ada kecanggihan teknologi internet ni.
Ayam ni saya masak agak lama juga, cuma menunggu giliran untuk dipostingan. Kelainan resepi ni ialah bahan bahannya semua digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak, jadi rasanya lain dari yang lain namun tetap sedap. Warnanya pun sedikit gelap. Resepi ni boleh juga dimasak untuk daging, tetapi kenalah lebihkan waktu memasak supaya daging empok.
AYAM KICAP BERCILI
600gm daging ayam
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
15 tangkai cili kering
1 st jintan putih
1 st jintan manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1/2 in kulit kayu manis
1/2 cawan kicap
air asam jawa
air secukupnya
sedikit bawang merah (dihiris dan digoreng)
Cara-cara
Ayam dipotng sesuka hati dan dibersihkan. Semua bahan-bahan yang lain digoreng dan kemudian ditumbuk lumat. Gaulkan bersama ayam serta tambahkan kicap anggaran 1/2 cawan, gula dan garam ikut rasa dan air asam jawa (boleh juga ditambah cuka). Peram selam 1/2 jam atau lebih.
Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan. Masukkan ayam, balik balikkan dan tuang air supaya ayam itu mudah empuk. Masak hingga kering.
Bila menghidangnya, taburlah bawang goreng di atasnya. Yang ni saya terlupa nak buat hehehe.....
Labels:
Chicken
Vanila Ice Cream
Salam dan selamat petang semua,
Cuaca panas panas begini memang sesuai sangat kalau disajikan dengan aiskrimkan??? Sejuk dan nyaman aja bila sampai ke tekak.
Hari ni nak menayangkan pula aiskrim yang saya buat beberapa hari lepas. Ni first time saya buat aiskrim. Senang sangat rupanya cara menyediakannya, ingatkan susah. Bahan bahan pun tak banyak dan sedia ada kat rumah.
Masa nak scoop aiskrim ni letak dalam gelas, baru perasan yang kat rumah tak ada scoop. Jadi, saya pun gunakan pisau untuk memotong aiskrim ikut bentuk segiempat. Ahhhh...... belasahlah, apa bentuk pun, janji boleh dimasukkan dalam gelas.
Untuk hiasannya saya taburkan dengan chocolate rice dan badam yang dipanggang sebentar, bukan kacang goreng ya, sekali pandang nampak macam kacang kan? Biasalah tu gunapakai bahan bahan yang sediaada dalam stok. Sedap sangat rasa aiskrim ni, rasa macam aiskrim yang dibelila..... Teksturnya pun sangat halus dan lembut. Rasanya pula, hmmmmm lemak lemak manis gitu, sedap hingga tak terkata, speechless.....
Sebenarnya saya ni jarang jarang sangat makan aiskrim. Dalam setahun adalah sekali dua aja, bukan tak teringin, tapi memandangkan kalori yang terkandung di dalamnya membuatkan saya buat buat lupa sekejap, buat buat tak nampak ajala. Cuma bila tengok anak anak dan hubby makan, teringinla jugak.
Kalau anda teringin atau nak menyamankan tekak anda, bolehla cuba resepi yang saya ambil dari MYR Wssary ni. Terima kasih ya Wssary kerana sudi berkongsi resepi mudah dan sedap ni.
AISKRIM VANILA
Bahan-bahan ( 2 liter )
5 sudu gula pasir *
1 tin besar susu sejat/cair *
1 sudu besar ovallete *
1 biji telur *
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla
Cara-cara
mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
simpan dalam freezer 30 minit
ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
kacau dengan wisk atau senduk kayu
boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
Anak anak dan hubby semua kata sedap. Berulang ulang diaorang makan. Wahhhh, macam ni mama boleh buka kedai aiskrimla pulak ya hahahaha....
Monday, June 20, 2011
Blended Orange Cake
Salam ceria semua,
Blended orange cake ni telah lama saya buat sebenarnya, sampai tak ingat pulak bila. Resepi yang sangat mudah untuk dihasilkan, bahan bahannya pun tak banyak dan hasilnya pun memuaskan. Ramai sangat yang dah mencuba.
Nahhhhh...... tengok pula hasilan dari dapur WHM ya. Lembut dan manis aja kek ni walaupun saya dah kurangkan kuantiti gulanya.
Resepi ni saya salin dari MYResepi Fida . Terimakasih ya.
BLENDED ORANGE CAKE
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/2 cawan jer
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Sunday, June 19, 2011
Kari Ayam Kering Ala Rendang
Salam dan selamat berhujung minggu semua,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa buat semua bapa bapa di mana saja anda berada. Sesungguhnya kehadiran bapa sangat dihargai, tanpa bapa siapalah kita di dunia ini.
Oklah, tak tau apa nak tulis dah. Jadi , kita ke n3 saya seterusnya ya. Ni lauk yang dimasak tak berapa lama dulu. Sedap sangat rasa kari ayam ni.
Kari ayam yang ala ala rendang ni saya jamah bersama nasi putih. Bila ada lebihan kuahnya tu buat pula mencicah dengan roti gardenia.
Resepi ni dari rumah CMG. Terimakasih ya Cik Mat.
KARI AYAM KERING ALA RENDANG
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.
Labels:
Chicken
Saturday, June 18, 2011
Strawberry Cheese Tart
Salam semua,
Hmmmm, nampak berselera tak tengok cheese tart yang saya buat ni??? Ni projek beberapa minggu yang lepas, cuma hari ni terasa nak update.
Resepi ni saya ambil dari rumah HaSue. Terimakasih ya Sue, dan tak lupa juga buat tuanpunya resepi Azita. Rasanya ramai yang dah mencuba resepi ni, semuanya nampak cantik cantik belaka.
Kejadian cheese tart saya tak berapa elok, tapi rasanya tetap sedap.
Kepada yang ingin mencuba, di bawah ni saya perpanjangkan resepinya.
Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tart
Friday, June 17, 2011
Rendang Ayam Ala Minang
Salam dan selamat petang semua,
Hari Jumaat, penghulu segala hari menjelma lagi. Harap semuanya berada didalam keadaan yang baik baik saja ya. Terasa cuaca panas sangat hari ni, letihla pulak, dalam dok baring baring sambil nonton tv, terlelap jugakla mata ni sekejap.
Tengahari tadi saya masak rendang ayam ala minang. Resepi amik kat rumah Kak Ina KL. Terimakasih ya Kak Ina. Lama juga saya tak buat masakan minang ni, sekali sekala nak jugak tukar tukar juadah kan. Hmmm, nampaknya tak ada cerita menarik yang nak ditulis hari ni, jadi jom layan ajala resepi yang sempat disediakan,
RENDANG AYAM ALA MINANG
Bahan-bahan:
1 ekor ayam-potong 12-16 (akak guna ayam kampung..kalau ayam pencen aka ayam tua pun sodap ni..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.)
20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
2 sudu besar jintan manis*
2 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*
15 biji bawang merah#
8 biji bawang putih#+
1 inci lengkuas#
2 inci kunyit hidup#
6 batang serai#
3 batang serai-tumbuk hujung
3 helai daun kunyit-siat dan simpul
1kg santan kelapa
2 cawan air
4 sudu makan kerisik
sedikit minyak
garam dan sedikit air asam jawa
nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

Wednesday, June 15, 2011
Popcakes Ball
Salam
Jom layan gambar dulu ya, ceritanya kemudian, nak g masak jap.
Ok, I'm back. Dah siap masak tengahari, anak kecil pun dah amik dari tadika dan dah hantar ke kelas fardu ain pun. Baru boleh update n3 ni.
Bebalik ke juadah petang yang saya buat tak lama dulu, tak ingat dah bila. Popcake ball ni saya buat sebab nak menghabihkan kek coklat lembab yang berbaki. Saiz popcake ni sebesar bola pingpong, cubala bayangkan berapa banyak kalori yang terkandung di dalamnya. Walaupun nampak kecik dan comel, kalau dimakan banyak jugakla rasanya lemak yg bakal diternak, hehehehe. Lepas makan ni, kenala diet dua tiga hari kan???. Tapikan, saya ni tak der pantang larang, kalau teringin jer mesti nak cuba dan nak rasa.
Kebetulan petang tu kawan hubby bertandang ke rumah, jadi tak sia sialah percubaan ku ini. Saya sajikan popcake ni untuknya. Fuhhhhhh!!!! tak sangka saya habis kesemuanya dimakan, ingatkan tak sedap. Yang buat saya terkejut beruk lagi, bila dia kata popcake ni sedapppppp sangattttt. Dia siap tanya, ada lagi ke tak, sebab dia nak bawak balik buat anak anak dia kat rumah, heheheee..... Jadi, sayapun tapaula 4 ketul kat dia, nak bagi lebih pun tak banyak yang saya buat, nantila kalau ada kesempatan saya akan buat lagi.......
Okla, resepi sedap ni saya jumpa kat SINI. Untuk hiasannya, saya letakkan aising buttercream dan taburan manik warna warni, saya tak gunakan white chocolate pun. Deko pun pakai bantai jer. Terimakasih bebanyakla diucapkan kepada tuanpunya resepi ni. Izinkan saya untuk perpanjangkan pula resepi ni di sini.
POPCAKE SERI KELAKAR.
Bahan :
1) 1 roll swiss roll - saya guna choc moist cake
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - saya guna choc masakan biasa aja
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)
Cara :
Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..
Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.
Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias.
Anak anak saya pun suka sangat, maklumla saya gunakan kek coklat lembab, mana tak sedapnya.....sekejap aja selesaiiiii

Tuesday, June 14, 2011
Honey Prawns / Udang Bermadu
Salam dan selamat tengahari semua,
Lucu tak dengar nama resepi hari ni??? Udang pun bermadu yer, ingatkan Salih Yaakob saja yang dok madukan bini bininya, udang lagi sakan tau ka, tengok berapa madu madusnya....hahaha....
Resepi yang saya ambil dari laman MyResepi ni saya pilih kerana terlihat banyak komen komen menarik mengenai kesedapan udang madu ni. Penyumbang resepi pulak tak lain tak bukan Dyg Jack MYR yang memang dah terkenal di kalangan blogger masak memasak.
Memang tak dapat dinafikan lagi, udang madu ni sedap sangat. Saya lebihkan cili merah sebab sukakan rasa yang pedas. Izinkan pula saya untuk memanjangkan resepi sedap ni kat sini. Terimakasih DJ ya kerana sudi berkongsi resepi sedap ni
HONEY PRAWNS
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
Honey_prawns6
Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Monday, June 13, 2011
'Ammar & Penang Butterfly Farm
Salam semua,
Masa cuti sekolah yang lepas, saya dan famili hantar anak bujang saya, 'Ammar untuk pendaftaran pelajar baru, lepas tu terus beli sedikit barang barang keperluan di asrama. Sambil sambil tu singgah jugak kat KFC makan makan, maklum seharian tak makan.
Next day tu kami ke Taman Rama Rama yang letaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sebenarnya tak der perancangan pun nak kesana, tetiba aja hubby terus pandu kereta menyusuri pantai Teluk Bahang. Bila kereta melintasi taman tersebut, anak anak meloncat dalam kereta ajak hubby singgah kat taman tu, bukan main seronok lagi mereka, maklum tak pernah lagi bawa mereka ke sana.
Ada bermacam macam species rama rama kat sini. Kebetulan pulak hari tu ada pelancung dari timur tengah, punyala ramai orang jadinya. Sempatla jugak snap sekeping dua gambar kat sana sebagai kenangan.
Penang Butterfly Farm dibuka pada tahun 1986 dan telah diiktiraf sebagai "The World's 1st Tropical Live Butterfly & Insect Sanctuary ". Taman ini telah menjadi satu perhentian popular bagi pelancung pelancung yang mengelilingi pulau. Terdapat lebih kurang 4000 ekor rama rama daripada 120 species yang berlainan. Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman bersama ribuan rama rama yang berterbangan ke sana ke mari, dengan kepelbagaian warna, sungguh menakjubkan. Ramai pelancung yang mengambil peluang ini dengan mengabadikan kenangan bergambar bersama rama rama yang hinggap di jari di hadapan lensa kamera.
Taman ini juga dihiasi lanskap semulajadi yang sungguh menakjubkan dengan pelbagai pokok-pokok renek, pokok-pokok bunga dan segala macam tumbuhan menjalar di setiap sudut.
Terdapat juga sebuah kolam di tengah2 taman ini dengan pelbagai jenis ikan berenang renang di dalamnya. Di tepi sudut kolam tersebut terdapat sebuah air terjun mini yang sungguh memukau mata saya memandangnya.
Disamping kepelbagaian jenis rama rama, terdapat juga pelbagai jenis hidupan lain seperti serangga, unggas dll. Antaranya, kala jengking, cicak, ular, iguana, kura kura, itik dan lain lain.
Bagi yang suka menonton, terdapat juga tayangan video mengenai kehidupan serangga serangga yang terdapat di sana. Pameran mengenai rama rama juga banyak disediakan dengan deskripsi terperinci mengenai setiap ekor binatang yang dipamerkan.
Di penghujung lawatan ini, anda berpeluang melihat galeri cenderahati yang menjual berbagai bagai jenis cenderahati yang boleh dijadikan kenangan atau buah tangan buat orang yang disayangi. Malangnya, kat bahagian ni, pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar, jadi takderla gambar cenderahati.
Inilah pantai Teluk Bahang yang sungguh cantik. Saya singgah sebentar hanya untuk mengambil gambar bukit bukau yang sungguh cantik kelihatannya, saujana mata memandang.

Jalan Jalan Cari Makan,
My Family
Subscribe to:
Posts (Atom)