Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Tuesday, April 26, 2011
Kek Gulung Ala Siput
Salam semua,
Petang kelmarin memberanikan diri buat Kek Gulung Kasih yang glamour ni. Merata rata nampak orang dok buat. Paling teruja bila tengok Cik Mat Gebu buat, kemain cantiknya lagi. Tapi nama kek Cik Mat Kek Gulung Sekaya. Terus aja hati ni meronta ronta nak buat jugak.
Mencabar jugak buat kek gulung ni, perlu berhati hati kalau tak kek merekah ataupun melekat. Kena buat lembut lembut dan ayu ayu gitu.......ahakssss
Tengoklah hasil gulungan kek saya. Bab menggulung ni saya tak berapa arif, kena banyak praktis lagi. Kek gulung saya tak berapa bulat gulungannya, jadi bujur la pulak, lepas tu tang hujung hujung dia melekat sikit, mungkin sebab permukaannya masak tak sekata. Kek ni saya namakan kek gulung ala siput sebab bila dah potong nampak cam siput lak, jangan marah Dayang ya.
Saya tak buat tompok tompok. Saya lorekkan saja ikut gerak jari jemari kasarku ni selepas meletak beberapa tompok kat atas kek. Saya gunakan warna kuning dan hijau saja, tp bila masak cuma warna hijau saja yang kelihatan, warna kuning lak hilang, hmmmm mungkin warna asal kek dan warna kuning yang saya gunakan seakan akan warnanya. Tekstur kek ni sangat sangat halus dan lembut. Saya sapukan buttercream kat dalamnya. Disebabkan kek ni pun kecik aja, sekejap aja dah selesai, tanggung beres.
Resepi ni dah lama saya cp dari rumah Mas. Masa tu tengah demam kek ni. Resepi asal dari DayangJack. Terimakasih buat semuannya ya.
Kek Gulung Ala Siput
Bahan :
70 g tepung gandum - diayak
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran@minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara membuatnya :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak @ minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Rujuk DISINI. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem @ krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kak Wattie,ok lah t kak,cantik ajer kek akak,sy wat ritu,kulit tercabut,papun mmg sedap n lembut..
ReplyDeletewahhhh...
ReplyDeletesedapnye kalau ada teh or kopi panas..
cantiklah corak tu kak wattie..
pandainye..
Elok gulungan kek kasih k.Wattie..sy buat patah riuk...lastya jadi kek sandwich.kek ni mmg lembut
ReplyDeleteglamor namanya kak..dr kek gulung kasih dah jd kek gulung ala siput..hehe
ReplyDeletecantik gulungan kek kak wattie tu..nampak lembut..sy pun dah simpan lama respi ni..tp seru nak menggulung lom mai lg..
Zaliedana,
ReplyDeleteKlu untuk first trial kira okla gak...nanti nak try lagi
Nurkass,
Corak cincai cincai aja Nur....ikut gerak jemari ni
Mamasya,
Patah riuk takpa Mamasya, janji sedap....hehehe
Iza Akma,
Bila la gamaknya nak sampai seru tu Iza ya, tengah dok hangat di pasaran lagi ni....try la keh keh keh