Thursday, February 28, 2013

Durian Crepe yang terakhir......


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.
Ini  adalah tempahan durian crepe yang penghabisan  sempat saya buat beberapa minggu yang lepas.  Buat masa sekarang durian dah tak berbuah lagi.  Jadi, terpaksala menunggu musim yang baru ya.  Tapi, filing yang lain masih dibuka untuk tempahan.


Tempahan terakhir ini adalah daripada  Zulaikha Penang, Wani Bkt Mertajam, Rafuzah Kulim dan Maria Sbg Jaya.


Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Tuesday, February 26, 2013

Kek Coklat Kukus dengan topping chocolate ganache


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Yanie, Gelugur, Penang.  Yanie sebelum ni dah pernah menempah 800 biji doorgift kek coklat kukus dengan topping ganache seperti ini.   



Yanie tempah 2 bekas sahaja.  



Tapi macam biasalah permintaan anak anak kena ditunaikan, terpaksa dilebihkan lagi satu bekas.


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.


Durian Crepe


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Sebenarnya durian sekarang sudah sampai ke penghujung musimnya. Terpaksa stop dulu buat sementara waktu.  Gambar gambar durian crepe ini adalah hasil dari tempahan yang lalu.


Tasha dari Bandar Perda menempah durian crepe dan repeat order daripada Mariyah Syuhada durian crepe dan chocolate crepe. 


Terimakasih bany;ak diatas tempahan ini.

Sunday, February 24, 2013

Hokkaido Chocolate Chiffon Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hokkaido Chiffon Cake perisa chocolate.






Wallahhhh...........soooo yummy...


Friday, February 22, 2013

Pai Ayam / Chicken Pie


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semenjak dua menjak ini kegemaran saya beralih ke arah penyediaan pastri.  Beberapa hari lepas saya cuba menghasilkan pai ayam sendiri.  Pai ayam sememangnya telah menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi.  Seingat saya sejak zaman remaja lagi.  Selalunya saya akan singgah  di bakeri yang berhampiran semata mata kerana ingin menikmati pai ayam.  Selalunya pai ayam yang dibeli menggunakan puff pastry.  Kulitnya yang berlapis lapis dan rangup dengan isian inti ayam yang dimasak dengan campuran sayur sayuran sungguh tidak menjemukan saya.


Mari kita tengok hasilan pertama pai ayam dari dapur saya.  


Saya buat pai bersaiz mini supaya mudah untuk dinikmati.
Resepi ini tidak menggunakan pastri puff sebaliknya adunan doh yang seakan akan kulit tart.  Intinya pula saya tambahkan sedikit serbuk kari bagi disesuaikan  dengan citarasa saya yang gemarkan rasa yang sedikit pedas.


Resepi dari  SINI. Terima kasih ya. 

 PAI AYAM 
 Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas) 

250 gm tepung gandum 
140 gm mentega 
1 sb gula kastor 
1 sk garam 
1 biji kuning telur 


 Cara menyediakan crust: 
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi. 
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh. 
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit. 


 Bahan-bahan Inti: 
50 gm mentega* 50 gm tepung gandum*(untuk roux/memekatkan inti) 
1 sb mentega 
200 ml susu segar 
1/2 helai daun bay 
1 labu bawang besar*(dicincang) 


2 ulas bawang putih* 
200 gm isi ayam (didadu) 
100 gm sayur campur 
1 sk lada sulah 
1 sk stok ayam 
garam secukup rasa 


 Cara menyediakan inti: 
1. Sediakan 'roux': Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sebati. Ketepikan. 
2. Cairkan 1 sb mentega, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan daun bay. 
3. Masukkan isi ayam, kacau rata. Masukkan lada sulah, stok ayam dan garam jika perlu. 
4. Masukkan susu segar, kacau sekali-sekala. Apabila mendidih, masukkan sayur. Kacau rata. 


5. Apabila kuah hampir pekat, tambahkan roux tadi sedikit-sedikt hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.(jika sudah pekat, berhenti menambah roux) Tutup api, ketepikan. Nota: Keluarkan kulit pai dari ketuhar selepas 20 minit. Isikan dengan inti ayam. Tutup pai dengan lebihan doh. Sapu permukaan pai dengan telur yang dipukul bersama sedikit susu segar. Bakar lagi 20 minit dengan suhu 180'C.


Selamat Mencuba dan terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Wednesday, February 20, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah, We Luv U


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Rashidah, Siti Susi dan Hanim.





Snowy Cheese Cake ditempah oleh Rashidah dan anak anak untuk suami tersayang.



Selamat Hari Lahir AYAH !  We Luv U!  Ucapan daripada isteri dan anak anak buat orang yang tersayang.  Selamat Hari Lahir daripada saya juga, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki senantiasa, amin.


Kek karamel ditempah oleh Hanim untuk dibawa pulang ke Baling, Kedah.  Sekali sekala pulang ke kampung bersama buahtangan  tanda ingatan untuk orang yang banyak berjasa  mendidik dan membesarkan kita pastinya memberikan sebuah kebahagiaan buat mereka.


Last but not least, durian crepe yang tak jemu jemu ditempah oleh Siti Susi buat anak anak tersayang.

Terimakasih banyak diucapkan buat semua teman teman yang telah sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, February 18, 2013

Spicy Sweet & Sour Chicken


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  
Agak lama juga saya tak berkongsi resepi ayam.   Jadi, jom kita tengok apa juadah yang saya sajikan.  Resepi kali ini saya perolehi dari dapur  Love, terimakasih ya.  Sungguh mudah menyediakannya dan rasanya pun sangat sedap.

SPICY SWEET & SOUR CHICKEN 
 Ingredients :~ (A) Mix together : 
 3 skinless chicken breast meat ~ sliced into smaller pieces 
2 cloves garlic ~ chopped 
2 tbsp light soy sauce 
1 tbsp sweet soy sauce 
3 tbsp cornflour

 (B) Sauce : 
3 tbsp chilli sauce 
2 tbsp tomato ketchup 
1.5 tbsp sweet soy sauce 
1 tbsp light soy sauce 
1 tbsp honey 


 Other ingredients : 
3 tbsp dried chilli paste ( add more for fiery red dish ) 
2 large onion ~ sliced 
2 cloves garlic ~ chopped 
2 inches ginger ~ chopped 
4 pcs bird's eye chilli 
( may use 1/2 cup chicken broth 
1 tbsp squeezed lemon juice 
cooking oil 
salt (if needed) 

 Cooking Method :~ 
Mix ingredients (A) and set aside for 10 minutes. 
In a bowl, mix ingredients (B) for sauce. 
Deep fry chicken pieces in oil until cooked, drain on paper towel. 
Reduce oil, saute garlic and ginger until fragrant. Add dried chilli paste and stir. 
Add onions, chillies and the prepared sauce. Stir and add chicken broth. 
 Allow to boil a few times and add fried chicken pieces and a little salt if needed. Transfer to a serving plate. Squeeze some lemon juice over. Serve with plain hot rice! For variation :~ Add roasted cashew nuts Substitute bird's eye chilli with capsicums Add more dried chilli paste to give that fiery red dish!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Sunday, February 17, 2013

Baked Macaroni, Caramel Cake, Apam Ladybird dan Mini Cheese Tart


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


 Tempahan Jafizah dari Balai Bomba Perai, sempena meraikan hari lahir teman sepejabatnya,  Ainul.  Nak buat surprise katanya.


Antara yang ditempah oleh Jafizah adalah  :-


Kek Karamel dengan hiasan bunga bungaan,



Selamat Hari Lahir Ainul, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.


Saya terima sms daripada Jafizah sejurus selepas makan kek, berbunyi begini  :-
Sedap kek, tak manis sangat, semua suka, nanti boleh order lagi, tqvm.




Mini Cheese Tart. 


Makaroni Bakar




dan Apam Kumbang Kura Kura (Ladybird)


Terimakasih banyak diucapkan buat Jafizah di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.