Tuesday, November 30, 2010

Kek Coklat Prune



Dah seminggu hubby bawak balik buah prune. Kata hubby kawan dia bawak balik dari outstation. Terfikir jugak apa la nak dibuat dengan buah prune ni. Masa tengah blogwalking, ternampak la resepi Kek Coklat Prune ni kat blog Chef Azli. Kata chef, resepi ni patut dicuba sebab disukai dan mendapat pujian ramai.


Kek ni memang sangat lembab dan sedap. Terima kasih Chef Azli.

KEK COKLAT PRUNE

Bahan-bahan
250 gm mentega
1/2 cawan gula kaster
1/3 cawan gula aising
2 biji telur
1 sudu teh essence vanilla
1/2cawan prun- dicincang
1/4 cawan isian blue berry
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu segar

Salutan kek (lapisan pertama)
1/2 cawan isian blueberi

Salutan kek-chocolate ganache (lapisan kedua)
250gm coklat masak
120 gm whipping cream- ada kat tempat2 keju di pasaraya
1 sudu makan mentega

Cara-cara penyediaan
Pukul mentega , gula aising dan gula kasters ehingga kembang
Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati.
Masukkan esen vanilla, buah prun dan isian blue beri. Kacau sebati.
Ayak tepung, soda dan serbuk koko. Masukkan tepung yang diayak sambil selang selikan sengan susu. Kacau mesra adunan.
Tuangkan dalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah celsius sehingga tiada lekatan pada pencucuk kek atau selama kira-kira 40 minit.

Cara-cara penyediaan salutan
Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali isian blueberi.
Panaskan atas api yang perlahan. Kacau sehingga cair.
Sejukkan sehingga ia agak likat, Selepas itu bolehlah dsapu atas kek.
Buatkan sapuan petama diatas kek dahulu dengan isian blue beri. Kemudian gunakan salutan ganache untuk menutupi sapuan pertama tadi (isian blueberi tadi).
Sejukkan dan sedia dimakan.

Monday, November 29, 2010

Award from Anna Qawina



Salam semua,
Dua, tiga hari lepas terima award ni dari Anna Qawina, teruja gak la, maklum tak pernah pernah dapat award, kalau orang lain tentu dah penuh dinding rumah. Blog kita ni pun baru setahun jagung jer dan masih dalam proses ubahsuai sana sini, gambar gambar yang diambil pulak pakai hphone murah jer, cantik ker, macam payah lak nak caya.

Lagi satu masalah saya, nak copy paste gambar award yang Ana bagi tu pun berhari-hari dibuatnya, maklumla kita ni bukannya pandai sangat bab internet ni, byk kena buat research dan cuba sana, cuba sini, tp finally, alhamdullilah dapat gak gantung award ni kat dinding rumah, amacam cantik tak?

Bagi saya la, pemberian award ini umpama satu motivasi, biar bersemangat sikit nak berblogging, maklum kadangkala kita cepat bosan. Payah jugak rasanya hendak menampilkan kreativiti yang tinggi dan corak penyampaian yang tidak membosankan demi untuk menggamit/memukau perhatian pengunjung2 blog. Apa apa pun saya cuba buat yang terbaik.

Banyak blog yang saya suka sebenarnya dan benar benar cantik tp dah pun ditag oleh orang lain, macamana tu erkk, boleh bagi lagi sekali tak, tak boring ke depa nanti??? Ok la saya perpanjangkan award ini ya.....

Nick name tuan empunya Blog:
Wattie

Ucapan untuk pemberi award:
Terimakasih buat Ana Qawina yang anggun bergaya yang telah sudi memberikan award blog "so cantik" kpd saya, sebenarnya tak cantik manapun. Walaubagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk menerima dan menggantungkannya di blog ini.

6 fav artist / singer / group
Yusuff Islam
Maher Zain
Sheila Majid
Ramli Sarip
Rabbani
Whitney Houston

Tag 10 bloggers:
sape la agaknya yer...... tengah dok memikir ler ni

Terima kasih.

Soto Ayam



Salam mesra di angin nan lalu,

Hari ni nak tayangkan lagi satu juadah masa Hari Raya kedua yg lalu, buat soto sebab nasi himpit yang direbus terlebih banyak. Buat soto ni pun ikut stok bahan2 yang ada kat rumah aja. Petang tu kakak ipar sebelah hubby datang bertandang ke rumah bersama anaknya, jadi soto tu ler jadi hidangan.


Sedap soto ni, tp kekurangan la satu benda penting iaitu bergedil., klu letak benda alah tu, perrrghhhh mesti ummmphhh habis. Resepi saya perolehi dari blog cik mat gebu terima kasih yer.


SOTO AYAM..

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik -
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...

Saturday, November 27, 2010

Nasi Serai dan Ayam Ala Kassim



Salam semua,
Semalam ambil serai yang ditanam kat depan rumah di tanah terbiar milik MPSP. Cabut sepokok sekali, senang cerita. Serai ni dah lama ditanam dan dah lama juga tak diambil sampai daun pun dah naik kering. Banyak juga hasilnya. Selepas dikerat kerat, cuci bersih, saya simpan dalam petiais, senang bila nak guna nanti. Bila dah banyak serai ni, ada je la juadah berserai yang nak disajikan. Baru dua, tiga hari lepas ternampak Knor buat nasi serai, nampak sedap sangat. Jadi saya pun tak maula ketinggalan, try jugak la buat. Aduhaiiiiii, bila tengah menanak nasi tu, keharuman nasi serai menerobos ke celah celah hidung yang tak mancung ni , heheheh, memang wangi sangat baunya ditambah pulak dengan campuran bau daun pandan yang mmg dah diketahui keharumannya. Memang satu kombinasi yang sungguh serasi dan harum.



Bila anak2 makan, semua kata sedap, lagi sedap dari nasi2 yang sebelum ni pernah saya buat. Ada anak yang sorang tu, sampai 4 kali berulang makan, tu diaaaaaaaa penangan nasi serai, selalunya dia makan 2 kali jer sehari, kali ni sampai 4 kali. Berbaloi baloiiiiii ler masak nasi ni……………licin periuk belanga kah kah kah……….Satu resepi yang sungguh istimewa dan mudah disediakan. Terima kasih bebanyak kepada tuanpunya resepi, KNor

NASI SERAI

Bahan :
2 cawan beras - k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai - dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Cara :
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Nota : Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.



Ni la dia ayam yang digandingkan dengan nasi serai, Ayam Ala Kassim. Masa tengah memasak ayam ni, tetiba baru perasan yang kicap dah habissssss, huwaaaaaaa habisla ayam ala kasssimmmmmmmm…ku…. Dah separuh jalan dah ni…….. Camana nak buat ni. Ok, takpa takpa, rileks, tenangkan fikiran, sambil otak ni ligat jer berfikir camana
nak recover ayam ala kassim ni…… Tengok kat dapur apa yang ada, nampak sos, tibai jer la sebelum ayam hangit, taruk sos cili sikit, taruk sos tomato sikit, suaikan rasanya dah siap….. Legaaaaaa rasa hati, ayam ala kassim dah jadi ayam ala wattieeeee laaaaa. Anak-anak makan depa kata "ayam masak madu ka ni ma? sedap……kah kah kah…….". Walaupun ayam ala kassim ku tak jadi, tp licin jugak dibelasah dek anak anak…….



Resepi Asal dr azura Suhaimi@MyR tapi saya cp dr blog KZai, KL terimakasih kepada keduanya.

AYAM ALA KASSIM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat - yg ni sy ganti sos cili ngan sos tomato
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
masukkan daun kari dan kacaukan rata
biarkan seketika sambil dikacau selalu
kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2



Wednesday, November 24, 2010

Ayam Sos Hitam Berampai



Salam semua……
Hari ni masak ayam lagiiiiiiiiiiiiiiiii. Tak jemu2 makan ayam…… dalam seminggu tu mesti dua kali masak menu ayam…….. Ada ker kat sini orang yang tak masak ayam……
mesti tak dak kannnnnnnn kecualila orang yang tak makan ayam……isshhhh ruginyaaa….

Resepi hari ni lain sikit dari yang biasa, lain tang mana agaknya ya…….. Jom kita tengok bahan2nya….

AYAM SOS HITAM BERAMPAI
Sumber : UmmiZaihadi. Terima kasih ya.

Bahan:-
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dipotong nipis
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
sedikit air
5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg.
1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
2 biji tomato - belah 4
2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:-
Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
Angkat dan hidangkan.




Monday, November 22, 2010

Puding Fruitcocktail



Salam selembut sutera,

Ni lagi satu juadah di pagi raya di samping ketupat daun palas dan rendang. Resepi asal adalah puding buah pic, tp saya tukarkan dengan buah2an fruitcocktail sebab nak menghabiskan stok buah-buahan dlm petiais yang dibuat trifle tempohari. Saya tidak menggunakan agar2 serbuk sebaliknya agar2 biasa saja, tp hasilnya tetap memuaskan.
Rasanya pun sedap, sejuk aja bila masuk ke tekak.



Asal resepi ni dari Chef Hanieliza, tp saya cp dari blog ummizaihadi-homesweethome.
terimakasih kepada semuanya.

PUDING BUAH PIC (dah jadi PUDING LAICI) dan kini PUDING FRUITCOCKTAIL
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air- * akak letak 3 cawan air dan 1 1/2 cawan jus laici dlm tin
1 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
2 tin buah pic (dipotong dadu) - *akak tukar laici - dipotong kecil
sedikit cincangan ceri merah (*ni akak saja2 tambah)

Cara Membuat:-
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici/fruitcocktail. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
Sejukkan di dalam peti.

Saturday, November 20, 2010

Kuih Bakar Kentang

Salam semua,
Tengah buat apa tuuuuu? Memasak yer…… masak apa hari ni?
Kalau tengah dok memikir apa nak hidang buat famili petang nanti, haaaaaa kat sini ada satu resepi yang bagus untuk dicuba. Saya baru saja mencuba, rasa macam nak buat lagi sebab bessssst sangat. Nak tau apa dia………….. Jom kita tengok ……………….


Merata rumah udah menayangkan gambar kuih bakar ni, paling terberkenan bila saya terpandang kat rumah Kzai, KL. terus teruja nak buat. Sebenarnya saya tak pernah sekalipun buat kuih bakar ni………sebab tak reti. Seingat saya masa kecil2 dulu arwah ibu selalu buat kuih ni, tp kuih bakar kentang, memang sedap sangat. Yang lawaknya tu, saya suka makan masa kuih ni panas2, pakai cedok dengan sudu jer letak dalam pinggan lepas tu ngap, tak sempat kuih tu nak mengeras, sekejap aja dah licin.
Kalau tak silap saya kuih bakar ni juga dipanggil kuih bingka, tp kalau kat sebelah utara ni kita panggil bengkang.


Asal resepi ni ialah dari. Cikgu Zana Batu Pahat, tp sy cilok dari rumah Kzai, dapurcomelku.blogspot.com. Resepinya pun saya modify sikit ikut macam yang arwah ibu pernah buat dulu-dulu. Saya gantikan jagung dengan 4 biji kentang direbus dan dilecek (lebih kurang 1 cawan jugak ler). Selepas diblend kesemua bahan2 dan dituang ke dalam loyang, saya gorengkan pula sedikit bawang merah dengan 3 sudu besar butter. Bila bawang dah agak2 nak garing, saya angkat dan tuangkan (butter dan bawang sekali) ke atas adunan tadi, ratakan biar nampak cantik dan bakar.


Harum, lembut, lemak berkrim dan bessttttt gilerrrr itulah yang dapat saya gambarkan mengenai kuih bakar kentang ini. Terima kasih kepada tuanpunya resepi dan semuanya yang sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.

KUIH BAKAR JAGUNG - dah jadi KUIH BAKAR KENTANG
Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 sudu butter - cairkan - sy tak letak

1 tin jagung manis ala krim - saya gantikan dgn 4 biji kentang direbus dan dilecek
sedikit pewarna kuning - sy tak letak
sedikit bijan jika suka - saya gantikan dengan 7 ulas bawang merah yg digoreng bersama tiga sudu besar butter
Secubit garam - akak tambah

Cara-cara
Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam

ps.. kalau tak suka manis gula tu boleh kurang 3/4 cwn jerk
kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..

Friday, November 19, 2010

Acar Ikan Tenggiri

Salam buat semua sahabat blogger yang dikasihi,

Hari ini saya ingin menayangkan kepada anda semua menu special sempena permintaan hubby tersayang…………..ahakkkssss, acar ikan tenggiriiiiiiiiii, kah kah kah macam lawak pulak, masak ikan pun nak habaq habih kat semua orang, Bukannya apa, semalam hubby kata esok masak la ikan tu, buat rendang asam. Tak pernah-pernah dia suruh masak, selalunya dia makan saja apa yang saya masak, pasai tu la menu hari ni jadi menu yang sepesial…….heheheheh

Resepi ni macam biasa la , resepi cilok, dari mana lagi kalau tak dari blog cik mat gebusssss yang famous de amos tu……..hehheheh, jangan mare. Masa dok intai2 resepi tu, ternampak la acar ni, bila baca rempah ratusnya, lebih kurang macam rendang asam yang saya selalu buat. Saya pun apa lagi, cuba, try, test laaaaa, Bezanya cuma pada cuka dan cili mesin. Kalau rendang asam yang saya selalu buat, bahan2 ni tak masuk, ya la nama dia pun acar, mestila ada cabai ngan cuka kannnnnn.

Ni lagi satu cerita, masa goreng ikan tu, melekat la pulak, kita pun biaq la garing sikit baru nak alih, tiba2 dia pi hangit pulak……..laaaaaa hancusla resepiku hari niiiiiiiiii, tp alhamdulillah, seketoi saja yang hangit pun……..hehehehe yg lain-lain garing jer…..

Ok la…… jom kita layan gambaq dia……………..zaaaaaaasssssssss



ACAR IKAN TENGGIRI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri jenis kecil
2 biji timun, kerat, buang empulur, hiris memanjang
1/2 batang lobak merah (tak letak), hiris memanjang
2 biji cili merah, kerat, buang biji dan hiris memanjang
9 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1/4 cawan cuka makan
1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan tadi disiang, kerat sederhana, cuci dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng embal2 (atau garing, tu terpulang yea). Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, udang kering, cili kisar, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
Masukkan cuka dan gula serta serbuk kunyit, kacau rata dan masak hingga pekat. Masuk ikan tadi bersama lobak merah, bila lobak sedikit lembut, masukkan timun dan cili merah, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


Thursday, November 18, 2010

Rendang Kelantan

Salam semua,

Inilah gandingan ketupat daun palas yang saya buat semalam, Rendang Kelantan. Tak tau la darimana datangnya nama rendang ni, mungkin tuan yang empunya resepi ni asal orang kelantan. Resepi ni dah lama saya salin, masa zaman anak dara dulu-dulu…….heheheh, buku buat menyaliln resepi pun dah naik rabak, maklum dah berpuluh tahun lamanya………. Tp tu laaaah sy tetap setia pada yang satuuuuuuuu, auwwwww dalam maknanya niiiiiii. Tp apa2 pun resepi ni memang best, famili semua sukakannya.



Rupa tiada, tapi rasa ada.........hehhehe....Minta maaf la banyak2 sebab saya tak tau nama tuanpunya resepi ni, walaubagaimanapun, terima kasih bebanyak saya ucapkan kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.



RENDANG KELANTAN

Bahan2
1 kilo ayam
2 biji kelapa (ambil 5 cawan santan)
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
3 batang serai
5 tangkai bunga cengkih
lengkuas sebesar ibu jari

Bahan2 yg digoreng dan ditumbuk halus :-
1 kuntum bunga lawang
1 st jintan putih
1 st jintan manis
10 biji lada hitam

2.5 cm kulit kayu manis
2 st ketumbar biji
1/2 biji kelapa dibuat kerisek
garam, gula dan asam jawa

Cara2
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Cili kering digiling (dimesin) dan asingkan. Bahan2 yg lain juga digiling (dimesin) dan asingkan.
3. Ketumbar biji dan kulit kayu manis ditumbuk kasar2.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 pertama yang telah digiling (dimesin) dan tumis hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan cili kering dan rempah2 lain yang telah digiling kecuali ketumbar.
6. Kemudian masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan garam, gula dan air asam. Masukkan juga santan pekat sedikit2 sehingga kuah menjadi pekat.
7. Bila rendang telah kering, masukkan kerisek dan kacau hingga garing.
8. Akhir sekali masukkan ketumbar.
9. Bila rendang agak elok bolehla di angkat.

Wednesday, November 17, 2010

Ketupat Daun Palas

Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua.
Bagaimana dengan sambutan raya tahun ini, meriah ker? Banyak buat korban? Lepas ni tentu byk resepi2 daging yang akan keluar kan? Ye lah, bila ramai dah dapat daging korban, mesti nak kena masak kan, jadi kita tunggguuuuuuuuu………. Pasti byk tayangan amal resepi2 menarik oleh geng masak2. Bagi saya kat sini, sambutan raya korban biasa2 aja tak seperti hari raya aidil fitri, tp tetap ler sediakan juga juadah di pagi raya. Di antara menu wajib yang mesti ada ialah ketupat daun palas ni la dengan rendang, kira resepi ulangtayang jugak ler.



Ni la hasilnya ketupat daun palas WHC. Mujur jugak ada anak teruna saya yang rajin membuka daun ketupat, klu tak jenuh jugak la saya sebab hubby bekerja.



KETUPAT DAUN PALAS

Bahan2
1 kilo beras pulut (lebih kurang 4 3/4 cawan)
4 3/4 cawan santan pekat dan cair
1 sb gula
garam secukupnya
daun palas secukupnya

Cara2
1. Beras pulut dibersihkan dan ditoskan airnya
2. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sentiasa mengacau pulut supaya tidak melekat di kuali.
4. Apabila pulut telah masak dan tidak melekat di kuali dan kelihatan berminyak, padamkan api dan biarkan suam.
5. Balut menggunakan daun palas yg telah dibuka terlebih dahulu.
6. Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 1 jam.
7. Bila telah masak, keluarkan ketupat dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
8. Memperolehi lebih kurang 40 biji ketupat




Tuesday, November 16, 2010

Chocolate Cake Trifle

Salam semua. Tergoda betul saya tengok puding trifle yang dibuat oleh rakan-rakan bloggers yang kaki masak. Hari ni, tiba-tiba mood nak buat trifle mai……..apa lagi ditunggu, fruit koktel pun dah lama dok bertapa dalam kabinet, tak pasal2 nanti expired pulak, rugi loooooo..

Saya buat swiss roll menggunakan resepi yang dah biasa saya buat dari fp Rinnchan, buatnya mudah dan masaknya pun cepat. Resepinya boleh tengok kat Swiss Roll Batik yer. Sy buat 1/2 adunan saja. Masa tengah gulung kek, si kecik dah bertanya "mama boleh dak cheq nak rasa kek tu"……………… alahaiiii.. kesiannya kat dia…….."Tak boleh lagila sayang, kena letak dalam petiais dulu, bagi keras sikit baru boleh potong". Bila mendengar jawapan saya.. apalagi……. dia pun berlagu laaaaaaaaa huwaaaaaaa,waaaaaa waaaa saya buat derk jer la………sebab dia baru jer sudah makan roti telur. Sekejap saja, diam la dia, alhamdulillah..lega rasa hati.

Proses selanjutnya diteruskan……. Selepas tiga jam, kek dipotong2 dan disusun dalam bekas empat segi, cukup2 saja kek tu dlm bekasnya, tinggal jugakla sepotong kat si kecil takut nanti dia berlagu lagi. Bila dia rasa kek tu, dia nak lagi pulak dahhhhhhhhhh, lagi sekali saya kena beritahu kat dia kalau ambik kek tu nanti trifle mama berlubang kat tengah2, mana cantik……... nasib baik dia faham.

Bila membuat lapisan kedua, memula tu ingat nak buat setengah adunan aja, tp nampak macam sikit, jadi saya pun buat 1 adunan. Bila tuang atas kek, alamak dekat nak penuh bekas, tabur pulak dengan fruit koktel, lepas tu masak jelly pulak tuang kat atas……….alhamdullillah ngam ngam aja trifle tu dalam bekas.



Bila masuk ke tekak, nyamannya rasa, macam makan aiskerim pun ada. Sedappppp.


PUDING TRIFLE

LAPISAN PERTAMA
Source Rinnchan@fotopages.com

Chocolate Swiss Roll secukupnya
Potong swiss roll dan susun dalam bekas.
Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.

LAPISAN KEDUA
Source : TTM@blogspot.com

Bahan-bahan
2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula castor
21/2 cawan susu segar
200g dark chocolate
Cara-cara

Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA

Bahan-bahan
I kotak agar2 segera
1 tin fruit cocktail

Cara-cara
Taburkan buah cocktail keatas kastard tadi.
Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
Masukkan ke dalam peti sejuk

.


Monday, November 15, 2010

Chicken Tikka Massala

Salam semua,

Semalam sewaktu menerjah ke rumah Gert, Mykitchensnippets, saya ternampak resepi chicken tikka ni. Kalau yang berkuah pekat cam ni mmg my favourite ler. Nama pun dok Penang, sikit sebanyak masakan mamak style tu mesti jadi kegemaran dan meruntun tangan ni untuk mencubanya.



Memasak Chicken Tikka ni lebih kurang macam masak kari ayam, senang sangat. Cuma tukarkan rempah kari dengan rempah masala, santan ditukar dgn yoghurt, tambahkan tomato dan satu dua bahan lagi dah siap. Masakan ni pekat, memamg sedap dan sesuai sangat kalau dibuat mencicah dgn roti, spt kata Gert yang menyajikannya bersama2 Roti Naan………..huwaaaaaaaa saya tak tau buat roti naan………..cam mana ekkkk, ada orang tau buat roti naan tak, ajaq la sikit…. Tapi tak pa, internet kan ada, kemudahan tersedia di depan mata, apa lagiiiiiiiii kayuh laaaaaaaaa. Esok nak buat research tentang Roti Naaan pulak, tunggukan kemunculannya…..hehhhehe.


Sedap niiiii, tak terkata enaknya. Terimakasih buat Gert.


Tutup na jangan tak tutup, nanti lalat pulak masuk berenang.

Chicken Tikka Masala

Ingredients:
1 pound chicken meat - cut into bite size pieces
1 medium size onions – finely chopped
3 cloves garlic - chopped
1” ginger- finely chopped
1 can (15 oz)chopped tomatoes
2 tbsp of plain yogurt - sy gantikan dgn low fat milk
3 tbsp of Ghee or oil
½ tsp sugar
Salt to taste

Make into paste with a bit of water:

2 tbsp chili powder (depend on the spiciness you like)
2 tbsp garam masala powder - saya guna rempah kari daging jer
1 tsp of turmeric powder
1 tsp coriander powder

1. Heat the ghee or oil in a cooking pan. When oil is hot add in the onions and fry until lightly brown. Add in the garlic and ginger. Continue to stir-fry until fragrant
2. Add the mix spices paste for two minutes or until fragrant (you can add a bit of water if necessary). Add the tomatoes and continuously stir it for 5 minutes or until the sauce thickens.
3. Add in the chicken cubes and stir fry until the chicken pieces nicely coated with the sauce. Add in about 1 cup of water; bring it up to boil, lower down the heat and covered. Stir the chicken occasionally. Add in sugar, salt and yogurt.
4. Continue to cook for another 5 minutes or until sauce thickens. Dish out and serve warm with rice or naan bread

Friday, November 12, 2010

Ikan Masak Tiga Rasa

Salam Semua,

Sabtu lepas, bila gi Tesco, nampak ikan siakap fresh jer, selak tengok insangnya, pun masih merah lagi, harga pun leh tahan, ada promosi ……… apa tunggu lagi rembat jugak la sekor. Lepas tu, suruh pekerja kat sana siang siap2 dan potong enam, senang sikit bila nak masak. Adussss, bila tengok muka orang yang dok menyiang tu, mendidih jer darah ni, apa taknya, dahla muka masam mencuka, bila kita cakap dia buat2 derkkkk jer. Nak kata ramai orang, tak pulak, cuma dua orang jer. Bila dah siap menyiang, kita pun ucapla tkasih, muka dia lagi masam, aikkkk aku ada buat salah ka, terdetik kat hati kecil ni, rasanya tak kot. Tapi tak pa la, aku maafkan kau, sabor jer la, sebab kita memerlukan khidmat dia. Agaknya banyak sangat kot kerja kat Tesco tu, sampai tak leh nak senyum.

Ok lah, panjang pulak melalut hari ni, bukannya apa sekali sekala nak juga melepas geram. Untuk memujuk hati yang tengah membara tadi tu, hari ni nak masak ikan tiga rasa pulak. Resepi ni saya cilok dari blog DayangJack, terima kasih yer Dayang kerana sudi mengongsi resepi mudah ini. Saya letak banyak sos jadi kuahnya agak pekat. Saya tak tambahkan air langsung dalam resepi ni, jadi tepung jagung pun saya tak letak. Memang sedap masakan ni, ringkas tetapi sangat sedap. Selalunya kalau masakan cam gini saya makan kat restoren masakan thai, jarang buat. Sekarang dah tau, bolehla buat selalu.


Amacam, terliur tak? mai pinggan nak bagi sorang sekeping, heheheh


Maafla, gambar ni pakai camera hphone murah, sebab tu tak sharp. Nanti bila dah cukup bajet baru nak beli satu.

Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak) - saya guna ikan siakap1 labu bawang besar (dihiris dadu)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
10 biji cili padi (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan - tak letak sbb tak der
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung - tak letak
hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb - yg ni sy ganti mix vege

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.

Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.

Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.

Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.

Wednesday, November 10, 2010

Sup Telur

Salam semua,

Telur oh telur, telur memang sedap kalau disupkan. Ternampak hidangan ni buat pertama kalinya kat rumah KNor, secubitgaramnor67, kemudian kat rumah Izahdaut, the muffin lover. Resepi asalnya dari dapur kak hanieliza. Try jugakla buat, memang sedap kalau dimakan begitu sahaja.


Saya makan begitu sahaja dan si kecil makan bersama nasi.


Resepi yang sungguh mudah dan sedap dimakan. Kalau ada yang teringin nak makan, kat bawah ni resepinya saya cp dari blog KNor dan juga Izah, terimakasih semua yer.

SUP TELUR

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam - ditambah oleh Izah, saya pun tambah gak
Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.

3. Masukkan telur masa air menggelegak.

4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan

Monday, November 8, 2010

Chicken Varuval

Salam semua,

Tak tahu macam mana nak mula menulis hari ni. Kadangkala idea kering kontang langsung. Apa-apa aje la yer.....

Hari ni saya nak tayangkan satu lagi masakan ayam yang baru saya cuba. Resepinya saya perolehi dari risalah Tesco sempena perayaan deepavali baru2 ini. Masakan ini adalah hidangan kegemaran hari deepavali, maknanya masakan orang India la ni. Resepi asalnya adalah untuk daging kambing tp saya tukarkan kepada ayam. Kalau mengikut tekak saya yang sukakan masakan ala-ala India mari, rasanya memang sangat sedap. Saya tambahkan juga sedikit ubi kentang memandangkan ayam agak kecil dan sedikit. Ubi kentang tersebut saya goreng terlebih dahulu dan masukkan sewaktu proses terakhir memasak.


Inilah hasilnya, memang sedap sangat.


Sesuai kalau dimakan dengan nasi ataupun roti, atau mungkin juga roti jala, ataupun diratah begitu sajaaaaaaa, Wallaaaa, sehingga menjilat jari.


Boleh juga dibuat hidangan bersama ketupat sewaktu hari raya haji nanti. Kalau ada yang teringin nak mencuba, kat sini saya salinkan balik resepinya dari risalah Tesco. Selamat mencuba.

MUTTON VARUVAL - dah jadi CHICKEN VARUVAL

Bahan2
500gm daging kambing dipotong dadu - saya tukarkan dgn 1 ekor ayam diptg kecil
500gm daging kambing dipotong dadu bersama tulang
1 sb serbuk kunyit
1 sb serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

(Perap daging kambing bersama rempah selama 1 jam)
2 biji bawang besar dicincang halus
4 cb pes cili daripada 15 biji cili kering yg dikisar
50 gm serbuk kari daging
1 cb serbuk ketumbar
200 ml yoghurt - sy terlupa nak letak
garam secukup rasa

Bahan2 menjadi pes
3 cm halia
6 ulas bawang putih
12 biji buah gajus
sedikit air

Rempah
2 keping kayu manis
6 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga dihancur

Cara-cara memasak
1. Panaskan 4 cb minyak dan tumiskan bawang yang dicincang hingga lembut dan naik bau. Tambahkan kesemua daging kambing, serbuk kari daging serta serbuk ketumbar, jintan putih dan kunyit dan masak selama 3 minit. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Masak selama 3 minit.

2. Tambah pes cili serta pes halia, bawang putih dan buah gajus dan masak selama 5 minit. Masukkan garam dan yoghurt. Gunakan api sederhana dan masak sehingga kari menjadi kering dan daging menjadi lembut.

3. Masukkan 2 sb minyak ke dalam satu lagi kuali dan panaskan. Goreng beberapa helai daun kari sehingga ranggup dan harum. Campurkan dengan kari daging kambing varuval yang siap dimasak dan hidangkan.

Saturday, November 6, 2010

Puding Roti Capuccino

Salam semua,

Hari ni buat puding roti lagi sekali, gila buat puding pulak dahhhhh. Hari tu first time buat puding roti anak2 kata sedap. Selang sehari dua mereka suruh buat lagi. Sebab anak asyik jer dok bertanya, maka saya pun google, google dalam internet, terjumpala resepi puding ni kat Blogresepi.Com. Takder pulak nama tuan empunyanya tapi rasanya dari Indonesia, sebab resepinya pun dlm bahasa Indon, saya pakai agak2 jer bahasa tu, bukannya pandai sangat pun. Apa apapun, terimakasih bebanyak la kepada cikpuan yang empunya resepi ni kerana sudi berkongsi resepi enak ini.


Sekali tengok macam kuih bakar / bengkang (kata orang utara) la pulak


Sebagai hiasan untuk menyerikan lagi dan untuk membangkitkan selera anak2 dan tekak sendiri heheheh, saya tuangkan coklat yang dicairkan di atasnya.

PUDING ROTI CAPUCCINO

Bahan:
2 bh roti manis kepang, tabur buah kering, potong melintang 1 cm
500 ml susu cair
25 gr bubuk cappuccino instan - saya ganti dgn nescafe 3 in 1
25 gr kopi instan - tak letak pun
200 gr gula palem
50 gr almond flake
2 sdm mentega
5 btr telur, kocok hingga lepas
1/2 sdt garam

Cara membuat:
1. Siapkan pinggan tahan panas bervolume 500 ml, oles margarin hingga rata, sisihkan.
2. Atur potongan roti pada dasar pinggan hingga tertutup rata, sisihkan.
3. Masak susu sambil diaduk-aduk , jaga jangan sampai mendidih, angkat, tambahkan cappuccino, kopi instant dan gula palem, ratakan.
4. Kocok telur hingga lepas, tuang campuran susu sambil diaduk hingga rata, lalu tuang ke dalam loyang, dan tekan-tekan roti hingga cairan meresap. Diamkan selama 5 menit, sisihkan.
5. Lalu taburi almond flake dan mentega, panggang dalam oven panas bersuhu 180 derajat Celcius selama 40 menit hingga matang, angkat.
6. Sajikan selagi hangat atau bisa juga dingin.

Wednesday, November 3, 2010

Gulai Ikan Sardin dan bendi


Salam semua,

Pagi ni bila bukak peti ais, huwaaaaaaa tak dak apa yang tinggai. Kenala pi mini market yang berhampiran cari apa2 untuk masak makan tengahari. Takut nanti, anak2 balik sekolah, tengok kuali dok tertiarap lagi, nangis pulak depa. Anak2 ni kalau balik jer dari sekolah, masuk jer dalam rumah, perkara pertama depa tanya ialah "mama masak apa hari ni mama?". Kalau sebut lauk yang best2 tu, balik terus capai pinggan dan makan.

Lepas hantar anak gi tadika, singgah kat mini market taman, beli la ikan sardin dan kacang bendi sikit. Tak banyak pilihan yg ada dan ikan sardin tu jer yang menarik pun. Selalunya kalau ikan, saya gulaikan saja, lepas tu goreng sikit dan ada sayur2an sikit jadila….


Ni la dia, hidangan hari ni, gulai ikan sardin dan bendi. Resepi ni resepi arwah mak saya. Kalau masak apa2 gulai ikan, ni la resepi yang selalu saya gunapakai,resepi turun temurun.



GULAI IKAN DAN BENDI
Ikan - apa-apa jenis ikan pun tak per
7 sb rempah kari ikan campuran (saya campur rempah kari baba dan alagappa)
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
sedikit air asam jawa

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 tangkai daun kari

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai daun kari
1 ct halba campur

4-5 biji kacang bendi
2 biji buah tomato - belah 4
3-4 biji cili hijau
garam dan lada sulah secukupnya

Cara-caranya:
1. Ikan dibersihkan dan toskan airnya.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari, cili mesin dan air asam jawa, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan ikan, kacang bendi dan biar sebentar.
7. Masukkan pula buah tomato, cili hijau, garam, dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : sekiranya menggunakan ikan ketul (ikan yang lambat empuk), masukkan ikan bila rempah2 dah pecah minyak diikuti dengan santan dan lain lainnya.