Monday, November 8, 2010

Chicken Varuval

Salam semua,

Tak tahu macam mana nak mula menulis hari ni. Kadangkala idea kering kontang langsung. Apa-apa aje la yer.....

Hari ni saya nak tayangkan satu lagi masakan ayam yang baru saya cuba. Resepinya saya perolehi dari risalah Tesco sempena perayaan deepavali baru2 ini. Masakan ini adalah hidangan kegemaran hari deepavali, maknanya masakan orang India la ni. Resepi asalnya adalah untuk daging kambing tp saya tukarkan kepada ayam. Kalau mengikut tekak saya yang sukakan masakan ala-ala India mari, rasanya memang sangat sedap. Saya tambahkan juga sedikit ubi kentang memandangkan ayam agak kecil dan sedikit. Ubi kentang tersebut saya goreng terlebih dahulu dan masukkan sewaktu proses terakhir memasak.


Inilah hasilnya, memang sedap sangat.


Sesuai kalau dimakan dengan nasi ataupun roti, atau mungkin juga roti jala, ataupun diratah begitu sajaaaaaaa, Wallaaaa, sehingga menjilat jari.


Boleh juga dibuat hidangan bersama ketupat sewaktu hari raya haji nanti. Kalau ada yang teringin nak mencuba, kat sini saya salinkan balik resepinya dari risalah Tesco. Selamat mencuba.

MUTTON VARUVAL - dah jadi CHICKEN VARUVAL

Bahan2
500gm daging kambing dipotong dadu - saya tukarkan dgn 1 ekor ayam diptg kecil
500gm daging kambing dipotong dadu bersama tulang
1 sb serbuk kunyit
1 sb serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

(Perap daging kambing bersama rempah selama 1 jam)
2 biji bawang besar dicincang halus
4 cb pes cili daripada 15 biji cili kering yg dikisar
50 gm serbuk kari daging
1 cb serbuk ketumbar
200 ml yoghurt - sy terlupa nak letak
garam secukup rasa

Bahan2 menjadi pes
3 cm halia
6 ulas bawang putih
12 biji buah gajus
sedikit air

Rempah
2 keping kayu manis
6 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga dihancur

Cara-cara memasak
1. Panaskan 4 cb minyak dan tumiskan bawang yang dicincang hingga lembut dan naik bau. Tambahkan kesemua daging kambing, serbuk kari daging serta serbuk ketumbar, jintan putih dan kunyit dan masak selama 3 minit. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Masak selama 3 minit.

2. Tambah pes cili serta pes halia, bawang putih dan buah gajus dan masak selama 5 minit. Masukkan garam dan yoghurt. Gunakan api sederhana dan masak sehingga kari menjadi kering dan daging menjadi lembut.

3. Masukkan 2 sb minyak ke dalam satu lagi kuali dan panaskan. Goreng beberapa helai daun kari sehingga ranggup dan harum. Campurkan dengan kari daging kambing varuval yang siap dimasak dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment