Sunday, May 31, 2015

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai



Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai

Bahan ikan:
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit dan garam

Bahan sos:
3 ulas bawang putih - hiris
1cm halia - hiris kasar
8 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula


Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar 
1 tin kecil nenas dalam tin (ganti dengan cendawan butang)
1 biji tomato buah
½ biji cili benggala merah
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala kuning
½ biji timun


Cara memasak:
Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.



Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.




Friday, May 29, 2015

Rose Chilled Mango CheeseCake / Kek Keju Mangga Dingin



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini kali pertama saya membuat kek keju.  Alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat rasanya.  Memakan sepotong kek keju mangga dingin beku ini seperti kita memakan aiskrim.   


 Chilled Mango Cheese Cake / Kek Keju Mangga Dingin



Dasar Biskut 



150gm biskut digestive - dihancurkan


70gm mentega cair



Adunan Keju

  • 250gm cream cheese - suhu bilik
  • 60gm gula kaster
  • 1 sudu besar lemon jus
  • 1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar utk glaze**
  • 140ml yogurt (1 pack kecil)
  • 150ml UHT whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
  • 50ml air
  • 1/2 biji mangga - potong dadu

Glaze

  • 1/2 sudu besar gelatin
  • 50ml air
  • 4 sudu besar puri mangga ** + 1 sudu besar gula pasir (gaul rata)


Hiasan :

  • 3 biji mangga gold waterlily (di hiris nipis)
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 100ml air
  • Loyang 7" Loose Base Tin

Cara-cara : 

  1. Dasar Biskut : Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. 

  1. Adunan Keju :Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan. 
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan. 
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan puri mangga, lemon jus dan yogurt, putar hingga bergaul rata.
  4.  Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaupbalik hingga sebati.
  5.  Atur kiub mangga di atas dasar biskut. Kemudian tuang adunan keju dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.  

  1. Glaze :
    Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sebentar.Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Gaul bersama puri mangga hingga rata, biarkan suam baru di tuang ke atas adunan keju. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku. 

  1. Hiasan : 
    Susun hirisan mangga membentuk bunga ros atau yang di sukai. 
  2. Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kacau hingga wapnya hilang dan suam baru di tuang ke atas hirisan mangga. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

*** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang










Saturday, May 23, 2015

Buttercream Floral Cupcakes & Snow Almond Hantaran

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Sakinah dari Tasek Gelugur sebagai hantaran pertunangan.











 Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, May 13, 2015

Cenderahati Marble Cheese Brownies dlm giftbox lutsinar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 
Tempahan Intan dari Tmn Alma Jaya.




 Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Sunday, May 10, 2015

Blueberry Sandwich Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hidangan minum petang,  blueberry sandwich cake.  Saya buatkan topping yang simple sahaja sebab tidak mahu terlalu banyak krim.



Resepi diadaptasi dari resepi di SINI .



Saturday, May 9, 2015

Italian Rainbow Cake & Blueberry Cheese Tarr

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di samping kek, Nur Aqmar juga menempah blueberry cheese tartlet.


Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, May 7, 2015

Donut yg gebu dan lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Mendonut pula kali ini sebagai memenuhi permintaan anak bongsu saya Zaheen yang nak bawa bekal ke sekolah.  Syarat utamanya donut tu mesti ada topping coklat kat atasnya, tak mahu salut gula saja.  Hmmm......anak anak zaman sekarang, mentang mentanglah mama suka memasak dan membaking, ada ada saja permintaan mereka.




Nah ambik, nak coklat sangat kan.   Mama letak apa yang ada dalam stok



Donut ini lembut dan gebu, sampai keesokannya harinya pun masih lembut.  Tapi rupa parasnya takla begitu cantik, habis bengkang bengkok kejadiannya sebab saya tak pandai nak membulatkannya.  Berkali kali dicuba pun masih macam tu jugak  walaupun menggunakan cutter donut.  Cuba tengok, ada yang tinggi, ada yang rendah, yang senget, yang gemuk, yang kurus, yang berombak ombak, hehehe macam macam rupa ada.  Lagi satu saya tak timbang adunan sebelum dibentuk, pakai hentam saja heheheh.  
 In sha Allah ada kelapangan nak asah lagi bakat membulat donut, kalau boleh nak bagi dapat yang macam donut Big Apple tu, amacam, boleh ke ni???  Tunggu........



Saya menggunakan resepi yang diadaptasi dari SINI

Donut Gebu dan Lembut

 500gm tepung roti atau 
gandingan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum
100gm gula kastor 
40gm susu tepung 
1st bread improver 
 11gm yis atau sepeket yis 
sebiji telur campurkan dgn air sejuk 265gm 
80gm butter 
1st bread softener 


 Cara caranya  :-
Campurkan  bahan bahan kering dan masukkan bahan bahan cecair.   Uli sebatikan dan masukkan butter. Ulli hingga doh menjadi licin dan elastik.   Perap selama 30minit, tumbuk tumbukan untuk membuang angin, Bentukkan dan perap hingga naik 2 kali ganda.  Panaskan minyak dan goreng donut sehingga perang keemasan.

Untuk hiasan pula, saya cairkan coklat masakan dan celup donut ke dalamnya.  Kemudian taburkan dengan coklat urai/manik warna warni.  Boleh juga dijuraikan dengan coklat berlainan warna seperti putih dan pink.  Nak letak topping lain lain pun boleh, ikut selera memasing.