Friday, December 31, 2010

Sekitar Majlis Pertunangan Fatin dan Hasrul



Salam semua,

Ini la dia gambar Fatin, anak saudaraku yang melansungkan pertunangan sabtu lepas. Cantikkan, ada la rupa iras iras anak mami penang sikit.



Cuba tengok ni pulak, majlis pertunangan pun dah macam majlis persandingan, siap dengan pelamin sekali. Masa saya dulu dulu mana ada cam ni semua. Duduk ler atas bangku kayu buruk tu sambil ibu mertua sarungkan cincin. Kata Abang Chan iaitu bapa Fatin, sekejap jer dia orang mai pasang tak sampai setengah jam kena bayar RM400. Untungnya....



Ini pula acara menyuap gula ke mulut bakal pengantin, biasalah ni kalau dah dapat menantu belah mami jarum, acara ni salah satu adat mereka. Semua sedara mara sebelah tunang Fatin menyuap gula ke mulut Fatin, jenuh la ko Fatin, ramai lak tu yang suap gula, jangan semut tumpang sekaki dah.



Bekas cincin pun cantiknyer bukan main lagi.



Yang ni hantaran sebelah pihak perempuan. Warna tema "gold". Baju gold, langsir pun warna gold. Kata Abang Chan, semuanya Fatin buat sendiri dari A sampai Z. Bertuahla dapat anak yang cam gini kan, ringan beban ibubapa, jimat belanja lak tu. Cantik cantik la hasil tangan Fatin, dah leh ambil tempahan dah ni.



Yang ni pula hantaran daripada pihak lelaki, sebelah lelaki bertemakan warna hijau, jd semua sedara mara mami jarum yg mai pakai baju kaler hijau, macam boria batu feringgi lak dah, keh keh keh, jangan marah ya.



Ambil jugak gambar kek daripada pihak pengantin lelaki.



Last but not least, mak ndak (saya ler tu) tumpang sekaki ambik gambar untuk dibuat kenang kenangan bersama Fatin. Selamat bertunang Fatin, semuga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Thursday, December 30, 2010

Selamat Bertunang Fatin dan Hasrul.




Salam semua,
Sebelum menutup tirai tahun 2010, nak letakkan N3 kek tempahan terakhir. Kek yang bertemakan gold colour ini dibuat untuk majlis pertunangan anak saudara sebelah hubby, Fatin namanya. Fatin menyambut hari bahagianya pada 26hb Disember yang lepas. 3 hari sebelum majlis, ibubapanya bawakan bekas untuk diletakkan kek di dalamnya, satu untuk kek dan satu lagi untuk cupcakes. Mujur juga ada warna gold kat rumah, jadi tak payah nak cari kat bakeri lagi.



Tapi masalah lain pulak yg timbul bilamana bekas hantaran yang dibawa tidak mempunyai board yang sesuai dengan saiz bekas hantaran. Jadi, terpaksalah hubby beli yang besar dan balik rumah buat kerja tukang kayu sikit, potong sedikit biar muat dengan bekas hantaran. Alhamdulillah, berhasil.



Mujur yang ni ada saiznya. Kata Kak Yon, letakla berapa bijik kek yang muat kat dalam bekas tu. Ngam ngam dapat 9 biji.



Sebiji kek besar dan 9 biji kek kecik kecik. Semuanya dibuat khas untuk Fatin dengan sentuhan penuh kelembutan......



Sebelum pulang, saya tanyakan ibu Fatin, camana dengan kek tu, puashati ker? Katanya, cantik kek tu, tak pernah nampak lagi bunga cam tu kat kedai, semua yang datang kata cantik, alhamdulillah, berbunga mekar hati saya sekejap macam bunga bunga kat ataih kek tu hehehe. Dan dia kata lagi nanti leh tempah untuk adik Fatin pulak, hehehe alhamdulillah syukur.



Buat Kak Yon, terima kasih kerana sudi menempah kek dari saya, sebarang kekurangan harap dimaafkan. Dan buat Fatin dan Hasrul pula, selamat bertunang diucapkan, semuga hidup mu berdua bahagia hingga ke syurga.

Wednesday, December 29, 2010

Award Lagi



Salam semua,

Dah beberapa hari cuba nak gantungkan anugerah daripada Ana Qawina ni. Hujung minggu selalu sibuk dengan kenduri, lepas tu balik kg sat tengok rumah lama, tebas menebas apa yg patut sikit. Anak anak bukan main seronok lagi bila balik kg padahal kg cuma 10 minit aja dari rumah.

Alhamdulillah, hari ni ada kelapangan sikit untuk menjawab soalan soalan daripada Anna. Sebelum tu, terima kasih diucapkan buat Anna kerana sudi bagi award lagi sekali kat akak, sampai dua sekali, huisssh banyak tuuu. Nak tergelak pun ada gak bila dapat award chef ni, macam kata Ana jauh panggang dari api. Kita ni pun baru aja nak berjinak jinak dengan dunia masakan, harap masin la mulut sipemberi
award, dan leh jadi Chef yang betul betul……bukan Chef yang tipu tipu lagi heheheh Amacam, agak agak ada tanjak dak???


1. Sejak Bila Anda Mula Memasak Dan Apakah Masakan Pertama Anda?
Alahai susah nak jawab soalan ni nihh. Tak berapa nak ingat bila mula memasak, tp kalau tak silap masa zaman remaja la sebelum kahwin dan kalau tak silap jugakla masakan pertama saya ialah kari ikan kembung dengan bendi. Masakan ni memang arwah ibu selalu buat dan saya suka bila mai tang bab tumbuk bawang merah, bawang putih
dan lada hitam pakai lesung, maklum dulu dulu takder blender. Lagi satu sambal belacan, ni wajib ada.

2. Siapa Yang Mengalakkan Anda Memasak?

Tak der sapa sebenarnya. Arwah ibu tak pernah memaksa, klu suka tolong, klu tak suka, suka hati ko ler. Saya sendiri yang suka dan minat sangat ke dapur tolong ibu masak memasak. Lagipun dulu dulu hidup saya sekeluarga agak susah, masak pakai dapur arang jer, bila ada duit lebih sikit baru beli dapur minyak, sedih gak la. Minat memasak ni makin menebal semenjak berhenti kerja 2 tahun lepas sebab terpaksa memasak untuk famili. Maklumla kita yg pilih nak jadi surirumahtangga sepenuh masa.

3. Masakan Yang Anda Suka Masak Dan Digemari Orang-Orang Kesayangan Anda...

Masak Nasikkkkk!!!! Senang dan semua mesti nak makan, keh keh keh……. Tapi kena dengan lauk pauknya la especially ayam masak merah atau apa apa masakan ayam.
Kalau masak ni, insyaALLAH gerenti habis, licin periuk belanga, anak anak dan hubby semua suka.


4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung Ke Blog Anda


Sebenarnya saya ni tak ramai peminat, maklum kita ni pun tak berapa aktif berkarya......dan tak rajin sgt berblogwalking. Macam biskut sekejap ada, sekejap tak der, jd pengunjung pun tak berapa ramai, apatah lagi follower. Walaubagaimanapun, saya teringin sangat nak tag beberapa orang kat bawah ni, harap mereka sudi menerima award ini.

Normarlida
Umieaisyah
Momma
Mamasya
Ummi Zaihadi

Tuesday, December 28, 2010

Koey Teow Goreng Sempoi



Salam buat semua,

Hari ni breakfast heavy sikit, koey teow goreng sempoi. Memang sempoi gilerrrr koey teow ni. Ini kali kedua buat koey teow goreng ni. Kali pertama buat dapat makan sorang sepiring jer sebab buat sikit sangat, kesian pulak kat anak anak tak boleh nak bertambah. Disebabkan kesedapannya lah, maka hubby beli koey teow lagi sekali kat pasar malam dan suruh saya goreng pagi ni buat sarapan.

Koey Teow ni tak berapa pedas, sedang elok jer rasanya. Resepinya macam biasalah saya cilok dari blog CMG terima kasih yer Cik Mat.

KOEY TEOW GORENG SEMPOI

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
1 genggam taugeh, buang ekor (erkk..mat tak buang laaa..hehe)
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan hirisan sotong
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
1/2 camca teh cuka makan (optional)
2 biji telur, dipukul sedikit
Kicap cair secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Secubit gula



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sos cili, sos tiram, sedikit gula, cuka dan kicap pekat. Kacau rata dan masukkan sotong serta udang, gaul dan tolak tepi kuali.
Masukkan telur dan biar hingga telur sedikit mengeras. Kacau rata. Masukkan kue teow dan gaul rata. Tambah kicap cair secukup rasa. Masukkan taugeh gaul pantas hinggga mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama hirisan cili hijau atau cili jeruk, timun dan juga sos cili.

Sunday, December 26, 2010

Kari Ikan Merah



Salam,

Sebenarnya buat Kari Ikan Merah ni dua hari lepas bersekali dengan Pais Ikan Mak Dara. Resepi kali ni pun cilok dari majalah Keluarga keluaran Jun 2008.

Tengok bahan2nya lebih kurang macam yang saya selalu buat, cuma kelainannya resepi ni mereka letak halia dan cili kering. Sedap kari ni, makan pulak dengan Pais Ikan, eeeeemmmmm, nyum nyum..... berpeluh peluh jugaklah sebab pedas sikit. Lagi pedas, lagi kick yer dak.

Kari Ikan Merah

Bahan-bahan
1 ekor ikan merah - dipotong dan dibersihkan
3 labu bawang besar - dihiris (sy letak 1 labu jer)
10 ulas bawang merah - dikisar (sy letak 3 ulas jer)
10 ulas bawang putih - dikisar (sy letak 2 ulas jer)
2.5cm halia - dikisar
1 sb halba campur
2 sb cili kisar
5 tangkai cili kering - dipotong potong
3 tangkai daun kari
1 senduk rempah kari (sy guna rempah kari Babas)
1/2 tin susu cair (sy guna santan)
sedikit air asam jawa
5 batang bendi - dipotong
2 biji tomato - dipotong 4
3 tangkai cili hijau - dipotong 2
3 tangkai cili merah - dipotong 2
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak



Cara-cara
1. Tumis bahan hiris bersama daun kari, halba campur dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak semula. Masukkan juga cili kering.
3. Masukkan susu cair dan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan dan bendi. Masukkan serbuk perasa, garam, tomato, cili hijau, cili merah. Biarkan hingga mendidih seketika.
4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas panas.
5. Apa lagi, makan ler.....

Saturday, December 25, 2010

Hawflakes Layered Cake (Kek Lapis Asam Manis)



Salam semua,
Kek yang telah lama ku pendam hasrat untuk memcubanya. Satu ketika dulu saya pernah mendaftar untuk belajar membuat kek lapis ini, malangnya telah beberapa kali ditunda dan akhirnya dibatalkan oleh penganjur tanpa diberitahu sebab musababnya. Jadi, saya pun patah hati dan terus batalkan hasrat untuk belajar membuat kek lapis ini. Azam saya biarlah saya belajar melalui laman web, buku atau majalah saja. Sebenarnya ramai sangat rakyat Malaysia di luar sana yang tidak lokek untuk berkongsi resepi, kaedah dan petua petua berguna di dalam bidang baking ini. Semuanya terserah kepada diri sendiri untuk melipatgandakan usaha membuat research, rajin bertanya dan mencuba resepi resepi baru. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Apa yang saya perhatikan, kek lapis banyak menggunakan telur, yg ni pun salah satu sebab eksperimen kek lapis saya sering tertunda. Lagi satu sebab ialah bila mengingatkan proses melapis kek itu sendiri, kena mengadap oven sehingga selesai.

Cubaan pertama saya memilih resepi Bro Rozzan yang memang pakar dalam membuat kek lapis. Banyak yang telah mencuba dan berhasil. Saya cuma buat separuh adunan saja, takut tak jadi dan bakar menggunakan loaf pan 8.5"x5"x4". Alhamdullilah, proses membuat kek lapis saya berjalan dengan lancar walaupun baru pertama kali saya mencubanya.


Kombinasi warna pilihan yang bersesuaian dengan stok yang terdapat di dapur kecilku, hehehe, hijau, coklat dan warna asli adunan. Menarik kan......


Potong jugakla sebagaimana lazimnya orang memotong kek lapis untuk sessi photography hehehe. Kek agak lembab mungkin disebabkan oleh penggunaan marjerin.

Resepi ni saya cp dari blog CMG. Tuanpunya resepi Bro Rozzan. Terimakasih buat keduanya.

KEK LAPIS ASAM MANIS
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna "Golden Churn")- sy guna marjerin jer
150 gram gula halus
10 biji telur gred "A"
300 gram biskut marie, dikisar halus (mat guna jenama "munchy's")
1 tin kecil susu pekat manis (mat guna dalam 300 gram)
85 gram seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 camca teh esen vanilla
2 pack asam manis (haw flakes), setiap pack ada 10 bungkus
Pewarna makanan ikut suka (mat guna oren, biru dan merah jambu)

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar rata. Masa ni adunan kelihatan berbiji2 sedikit.

Pada kelajuan perlahan masukkan susu pekat manis dan biskut marie kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Letak pewarna kegemaran pada setiap bahagian, kacau rata.

Sediakan tin 4 persegi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah. Masukkan tin kosong tadi selama 2 minit.
Kaluarkan tin, sudukan 4 camca besar adunan (terpulang pada anda untuk memilih warna adunan), ratakan dan bakar selama 4 - 5 minit atau hingga peerang. Keluarkan dan sudukan 4 adunan lagi yang sama warna, ratakan dan susun haw flakes tadi, anggaran 25keping. Masukkan kembali dalam oven, kali ini tukar api pada fungsi "grill". Bakar selama 2-3 minit hingga perang. Keluarkan dan tekan sedikit kek tadi, biar padat, jika terdapat gelembung udara, cucuk dengan lidi sate, dan tekan perlahan2. Sambung melapis dengan 4 camca besar adunan warna lain pula, susun haw flakes pada lapisan kedua setiap warna.

Buat hingga selesai, untuk lapisan akhir, tukar api pada mode atas dan bawah, bakar hingga masak (3-4 minit). Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar dingin atas jaringan...Untuk tahan lebih lama, boleh dibungkus dengan plastik cling, masukkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk

Friday, December 24, 2010

Tempahan Azilah untuk majlis bertunang



Salam semua,
Ini pula adalah tempahan Azilah sekali lagi sempena majlis pertunangan juga. Cuppies ni untuk diberikan kepada sepupunya pula sebagai hantaran.


Hasil campuran warna warna, terhasillah warna ni.


Harap Azilah sukakannya.


Terima kasih diucapkan buat Azilah di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Cristang Debil Chicken



Salam semua,
Tu dia namanya resepi kali ni, Cristang Debil Chicken, sempoi semacam jer. Resepi dari Majalah Keluarga keluaran tahun 2004 sumbangan Hotel Summit. Nampak gambar dalam majalah bukan main cantik lagiii, maklum la juadah disediakan oleh Chef Chef Hotel ternama. Tapi bila melihatkan bahan2 dan kuantiti yang diperlukan, bergerun jugak rasanya.

Seingat saya la, dulu dulu bila habih jer baca majalah keluarga tu, terus simpan dalam lemari, tak terasa langsung nak try apa apa pun resepi yang ada. Maklum la zaman kita muda dulu mana ada tenet tenet cam ni, cepatnya masa berlalu, teknologi pun dah bertambah canggih. Kalau terasa nak makan apa, tekan aja pc, tak payah baca majalah dah, baca aja blog blog insan insan prihatin yang sudi berkongsi resepi menarik kat sini, hmmm dah leh jadi chef kat rumah sendiri, bertuahkan budak budak zaman sekarang.




Nak tahu ka rasa dia camana? Tu dia resepi kat bawah, akak dah salin balik dari majalah tu, masak ler, baru tau camana rasa ummmphhh dia.. keh keh keh....

CRISTANG DEBIL CHICKEN

Bahan bahan A
Seekor ayam dipotong 20 bahagian
10 gm biji sawi - saya letak 5gm jer
20 gm serbuk ketumbar - saya letak 10gm jer
400 gm ubi kentang dibelah dua - saya letak 300gm jer
30 gm cuka putih - saya ganti limau kasturi
50 gm gula
sedikit garam dan lada sulah

Bahan B - dikisar
200 gm bawang merah - saya letak 150gm
50 gm serai - saya letak 100gm
150 gm lengkuas - tak letak sbb tak der
100 gm buah keras - saya letak 50gm
200 gm cili kering - saya letak 150gm
50 gm kunyit hidup - saya letak 40gm
150 gm bawang putih - saya letak 50gm
60 gm halia - saya letak 50gm
100 gm cili merah - saya letak 80gm

Cara-caranya

1. Tumis bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan biji sawi dan serbuk ketumbar.
3. Campurkan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Masukkan ayam diikuti ubi kentang, cuka dan gula
5. Bubuh sedikit garam dan lada hitam.

Thursday, December 23, 2010

Selamat Bertunang Maizura dan Zainol


Salam semua,
Bunga lagiiiiiii. Agak agak ada tak perempuan yang tak suka tengok bunga???? Ishhh, kalo ada heran gak saya..... sebab selalunya bunga ni sangat sinonim dengan wanita..

Ok lah, jangan jemu ya, sebab saya ni tengah gila deco kek bunga bungaaan, tak jemu mata memandang. Kek yang penuh dengan bunga bunga rose mekar ini dibuat bersempena dengan majlis pertunangan Maizura dan Zainol. Maizura adalah teman kepada Azilah yang menempah kek pertunangan baru baru ini. Kata Azilah, Maizura berkenan tengok kek yang ditempah olehnya sewaktu menhadiri majlis pertunangan Azilah. Jadi, terus dia suruh Azilah tolong tempahkan untuk hari bahagianya pula iaitu pada hari Ahad lepas 19hb Disember 2010.



Maizura nakkan kek yang serupa macam Azilah, cuma warnanya saja dia nakkan warna maroon sesuai dengan warna tema majlis. Dah cari kat kedai warna maroon, tp tak der. Jadi, saya pun google dalam internet kalau kalau ada alternatif lain. Hasil carian, terjumpa campuran warna yang sesuai bagi menghasilkan warna maroon. Jadi saya mencuba campuran warna tersebut iaitu merah dan burgundy, malangnya warna maroon yang diinginkan tidak juga terhasil. Mungkin saya patut simpan campuran tersebut beberapa hari bagi menghasilkan warna yang lebih terang.



Mujur juga kata Azilah, kalau takder warna maroon warna merah pun tak per. Jadi, warna yang kat atas kek tu adalah paduan warna merah dan burgundy, nampak adalah juga iras iras warna maroon tp maroon pudar, tp tetap cantikkan?



Buat Maizura dan Zainol, terima kasih diucapkan di atas tempahan ini, harap kalian berdua berpuashati. Jika terdapat sebarang kekurangan harap dimaafkan yer. Tak lupa juga diucapkan Selamat Bertunang, semuga kalian berdua bahagia selamanya hingga ke syurga.



Kalau ada sesiapa yang ingin menempah kek yang sebegini, boleh la sms atau dial no telefon kat atas tu ya, tempahan sentiasa dialu alukan.....

Wednesday, December 22, 2010

RG Cupcakes


Salam semua,

Adikku minta dibuatkan lagi sedikit cupcakes sebab yang ditempah tempohari tak cukup. Rasa bersalah pulak dia sebab ada lagi rakan rakan yang tak dapat cupcakes.
Jadi, hari ni tambah lagi 16pcs untuk diagih agihkan kat member member opis. Dia minta diletakkan nama company tempat dia bertugas iaitu RG. Terketar ketar jugaklah kita ni deko huruf huruf tu. Dan dia minta letak bunga rose sekuntum kat situ. Jadi, cam tu la hasilnya.


Amacam, nampak sweet tak……. Lembut aja warnanya kan, saya sukeeeeeee. Harap adikku suka juga. Cuma hubby aja yang komplen kata warna dia tak berapa ceria, huhuhu…
tak pa la lain kali letak warna terang benderang sikit…… cam lampu kat traffic light tuuu.

Monday, December 20, 2010

Tutorial Step by Step Membuat Bunga Rose Dengan Flower Nail

Salam sejahtera semua,
Apa khabar?. Semuga anda semua didalam lindungan ILLAHI hendaknya. Hari ini tak der N3 lauk pauk yer tapi saya nak ajak jom ramai ramai kita belajar membuat bunga rose.

Sejak saya meletakkan N3 kek tempahan yang dipenuhi bunga bunga rose segar buttercream tempohari, ada beberapa teman blog yang bertanyakan saya cara cara membuatnya malah ada yang menelefon bertanyakan samada saya ada menganjurkan apa apa kelas. Sejujurnya, saya bukanlah pakar di dalam bidang ini malah masih di dalam proses pembelajaran. Rose yang saya letak tempohari merupakan rose pertama tanpa kon yang saya hasilkan. Saya mempelajarinya melalui pemerhatian dan pembacaan di laman laman web. Ditambah sedikit sebanyak pengalaman saya mengikuti kelas membuat kek dan rose berkon tidak lama dulu.

Jadi, untuk tidak menghampakan semua dan kepada yang berminat untuk mempelajari seni membuat bunga rose tanpa kon ini, di bawah ini saya perturunkan (cheewah macam nak belajaq silat pulak) sedikit sebanyak langkah demi langkah mengikut cara saya, cara Kak Wattie la yer menghasilkan bunga rose tanpa kon. Agak payah juga nak buat N3 ni sebab kita pun dah berpuluh tahun tak ke sekolah, nak karang cerita pun ambik masa yang lama, jenuh jugak la nak buat kerja sekolah ni tp demi adik adik dan teman teman blogku sayang, ku gagahkan juga.......... Semuga anda semua faham dengan bahasa pasar saya ini ya........ dan sebarang kekurangan atau kesilapan harap dimaafkan.


TUTORIAL STEP BY STEP MENGHASILKAN BUNGA ROSE DGN FLOWER NAIL CARA KAK WATTIE



1. Mula mula sebelum buat bunga rose, pergila chek dulu dah cukup ker bahan bahannya ya. Bahan bahan yang perlu ada adalah buttercream, piping bag, nozel bunga rose dan paku bunga (flower nail). Kalau tak der lagi, pergila cari dulu kat mana mana kedai bakeri. Untuk bunga yang mekar menguntum seperti yang saya hasilkan tu saya menggunakan nozel no 123 cap ayam jer......dan paku bunga(flower nail), entah betul ke tidak sebutan ni, cap wilton korea no 7. Tu haaa rupa dia kat ataih tu.



2. Mula mula buatkan dasar bunga rose. Tangan kena lembut yer, kalau keras cam kayu, alamat tak jadi la bunga tu. Anda mesti melakukan tiga pergerakan serentak iaitu menekan beg icing, menggerakkan nozel dan memusing paku. Pegang piping bag di kanan tangan anda dan flower nail di sebelah kiri tangan anda. Letakkan nozel di tengah2 flower nail dgn yg tirus menghala ke atas. Semasa anda menekan piping bag, gerakkan nozel dan pusingkan flower nail sehinggalah kon terbentuk. Jikalau menggunakan kaedah Wilton, nozel no 12 dan nozel bunga no 7 digunakan untuk menghasilkan dasar bunga rose. Yang saya buat ni adalah kaedah malas sebab tak mau menukar terlalu banyak nozel, nanti tangan belengaih (comot dengan aising)


Lebih kurang cam ni la rupa dasar dia, dalam dia agak berongga ya, klu nak yang padat ikut cara wilton, tp kena tukar tukar nozel la pulak



3. Sekarang buatkan lapisan pertama ataupun bahagian tengah kelopak dengan menggunakan nozel yang sama. Pegang flower nail yang mengandungi dasar bunga rose tadi di sebelah kiri tangan dan nozel di sebelah kanan tangan. Bahagian nozel yang lebar sepatutnya menyentuh kon icing tadi sedikit ke bawah daripada puncak kon dan bahagian sempit nozel menghala ke atas. Yg ni ikut kaedah Wilton ler.

4. Gerakkan nozel ke atas dan kemudian ke bawah seperti huruf "n" bagi menghasilkan kelopak pertama. Kelopak ini sepatutnya mengincup ke dalam. Alamak yang saya buat tak berapa kincup ler. Mulakan semula di hujung kelopak pertama dan tekan nozel bagi menghasilkan kelopak ke2. Ulangi langkah tadi bagi menghasilkan kelopak ke3, diakhiri dengan menindih kelopak pertama tadi. Menghasilkan 3 kelopak kesemuanya.



5. Buatkan 5 kelopak di barisan berikutnya dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan mengembangkan sedikit kelopaknya. Kelopak terakhir mestilah menindih kelopak pertama tadi. Aikkk pasai apa 4 kelopak aja, belasah ler ikut sedap jari dan sedap mata memandang, janji cantik..... Tp korang jangan ikut akak lak, buat biar betul yer..



5. Buatkan barisan terakhir sebanyak 7 kelopak. Prosesnya adalah sama. Kelopak terakhir mestilah menindih kelopak pertama di barisannya. Bergantung kepada anda sebanyak mana kelopak yang diinginkan samada 3, 5, 7, 9 dan seterusnya..... Haaa, kan dah siap, senangkan?

8. Selepas bunga lengkap dihasilkan, dengan menggunakan gunting kecil ataupun pisau yang tirus di hadapannya, perlahan lahan alihkan bunga rose dari atas paku ke atas kek sebagaimana yang dikehendaki. Jangan pi guna sudu lak, kang hancusss bunga rose tu....



Kalau agak agak tak reti dengan bahasa dan keterangan yang saya berikan kat atas tu, cuba tengok gambaq kat sini pulak. Mujur jugak ada anak teruna saya kat rumah, klu tidak jenuhla camana nak ambik gambar dengan tangan kiri kanan ada barang. Gambar gambar ini lebih terperinci. Kalau tak reti jugak, alamatla korang ni kena masuk kelas semula, hehehe. Gi la cari mana mana tokey kek yang pandai buat bunga, labur sikit duit masuk kelas dia. Tak rugi masuk kelas ni sebenarnya, belajar sekali aja, sampai bila bila leh buat. Sebenarnya, agak susah menghasilkan bunga rose ini pada permulaannya. Saya sendiri walaupun telah mengikuti kelas membuat kek dan bunga rose namun mengambil masa yang agak lama sebelum betul betul dapat memperlajari teknik dan cara cara yang betul menghasilkan bunga rose yang cantik. Yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan.

Semuga dengan panduan yang tidak seberapa ini dapatlah anda mencuba untuk menghasilkan bunga rose sebagaimana yang anda inginkan. Sekiranya anda rajin berusaha dan tidak jemu berlatih dan bermain dengan icing, InsyaALLAH, keinginan anda pasti akan tercapai. Untuk pengetahuan anda, langkah ini juga dapat anda aplikasikan sekiranya anda ingin membuat rose dengan kon dengan mengabaikan step no 2. Selamat Mencuba, semuga berjaya.....

Sunday, December 19, 2010

Tahniah Deanah Athirah Ainaa



Salam semua,
Adhoc order, macam biasala perangai si adik bertuah ku ini, mesti nak buat last minute order. Petang ni bagitau, esok pagi dah nak ambil, kelam kelibut jadinya, cam tak cukup tangan dibuatnya, hehehe.



Cupcakes penghargaan buat anak saudara saya, Deanah kerana memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru baru ini. Sekaligus melayakkan beliau diterima masuk ke sekolah sebagaimana yang dipohon. Tahniah Acik ucapkan buat Deanah, semuga menjadi anak yang solehah dan terus berjaya di dunia dan akhirat, Aminnnnn.



Ibu Deanah minta dibuatkan cupcakes ini untuk diberikan kepada teman teman office beliau.

Saturday, December 18, 2010

Pais Ikan Mak Dara



Salam,

Apa khabar? Sihat ker? Kalau tak sihat, pi la cari doktor cepat2, nanti merebak kang susah semua orang hehehe, N3 pun nanti miss. Nak masak apa hari ni ya. Berjam jugakla kepala ni dok memikir.

Pais Ikan Mak Dara, tersenyum sendiri bila saya membaca nama resepi CMG ni.....Memandangkan saya tak ada anak dara, hanya anak teruna yang berderet ni ha kat rumah, maka saya rasa resepi ni lebih sesuai kalau saya namakan Pais Ikan Mama Teruna hehehe.

Bila makan pais ikan ni, teringat saya kat arwah ibu........Arwah ibu rajin menyediakan pais ikan ni, tp selalunya dia akan menggunakan ikan ikan kecil dan makan diratah begitu saja. Memang sedap, malangnya saya tak pernah cuba membuatnya, maklum dulu kita bekerja, pergi pagi, balik petang, kadang kadang sampai malam baru sampai rumah, lauk pauk pun pakai cater aja, hujung bulan bayar.



Ni la dia rupanya, anak anak macam biasalah semuanya sedap, entah iya entah tidak.
Saya balut dengan daun kunyit jer sebab takder daun pisang. Resepinya saya copy paste dari blog Cik Mat Gebu
Terima kasih kepada tuanpunya dan CMG.

PAIS IKAN MAK DARA

BAHAN-BAHANNYA :-
6 keping daging ikan tenggiri, digaul dengan sedikit serbuk kunyit
2 helai daun kunyit muda, hiris halus
1 - 2 camca besar jus asam jawa
1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa kulit basah
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
2 biji bawang besar saiz sederhana*
10 biji cili padi hijau*
1 biji cili merah (mat tambah sendiri)*
1 ulas bawang putih (sendiri letak)*
1/3 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat)
4 helai daun kunyit, untuk membungkus
Beberapa helai daun pisang, untuk membungkus

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Gaul kelapa parut bersama bahan tumbuk lumat, daun kunyit hiris dan perasakan dengan garam, gula dan juga jus asam jawa secukupnya, gaul rata.

2. Bentangkan sehelai daun pisang, alas dengan 2 helai daun kunyit, kalau daun kunyit saiz besar, guna 1 helai saja. Letak 1/4 bahagian no. 1 tadi, ratakan dan susun 3 keping ikan tenggiri, letak 1/4 bahagian lagi atas ikan dan ratakan. Balut ikan tadi dengan daun kunyit, kemudian bungkus dengan daun pisang, biar tebal sikit. Buat kaedah yang sama untuk satu lagi.

3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 30 minit. Keluarkan dan hidang panas2 bersama nasi dan lauk2 lain.....hmmmm, ratah macam tu punn sedappp. Boleh penggsann!

Friday, December 17, 2010

Ayam Kapitan



Salam semua,

Lama tak masak ayam ni, dah bertahun jugakla. Tetiba hari ni bila dok belek belek buku masak lama, teringin pulak nak makan ayam kapitan ni. Tengok bahan bahan semua dah ada, kira ok la tu.



Sebenarnya ayam kapitan ni pun ada banyak versi, jadi buat permulaan saya cuba yang ini dulu, nanti try yang lain pulak. Rasa ayam ni sedikit masam sebab kebanyakan bahan yang digunakan memang berasa masam pun. Walaubagaimanapun, ianya tetap sedap dengan keenakkan rasanya yang tersendiri.

Kalau sekali sekala nak berubah selera, mempelbagaikan citarasa, bolehla masak ayam ni. Tapi kalau diberi pilihan, saya lebih suka ayam yang bersambal. Ok lah, kot kot la kalau ada yang termengidam bila tengok gambar kat ataih tu, tu haaa resepi dia ada kat bawah, gi la try.....nanti feedback balik ok.

AYAM KAPITAN

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 8
1 biji timun
15 tangkai cili kering / cili boh
20-30 biji lada hitam
1 1/2 sb tauchu
2 batang serai diketuk
15 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
4 helai daun limau purut
4 sb minyak masak
1 biji limau purut
secubit garam
asam jawa dan gula

Cara-cara

1. Timun dicakar bersama kulitnya, kemudian dihiris nipis nipis.
2. Limau purut diambil kulitnya dan dipotong kecil-kecil.
3. Bawang putih, bawang merah, tauchu dan lada hitam ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan cili boh/cili kering mesin.
4. Panaskan minyak dan masukkan 2 batang serai dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Kacau rata.
5. Bila telah kuning, masukkan ayam, garam dan gula. Kacau lagi, kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit air. Biarkan sebentar.
6. Kemudian masukkan kulit limau purut dan dikacau.
7. Tutup dan biarkan 5-10 minit hingga ayam menjadi empok. Kacaukan lagi dan masukkan timun. Biarkan sebentar dan angkat. Masakan ini agak pekat.
8. Siap untuk dihidangkan.