Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Wednesday, December 1, 2010
Cucur Udang Geragau
Salam semua,
Ini adalah kali kedua saya membuat cucur udang geragau ini. Memang sedap sangat. Kali pertama buat cucur ni mengikut resepi yang sebenarnya, tp gambar yang diambil tak berapa jadi sebab hari hujan dan gelap la pulak sbb tu tak letak dalam N3. Gambar yang di atas ini adalah kali kedua saya membuatnya dan mengikut bahan bahan yang ada kat dapur jer. Mungkin lebih sesuai saya namakan ia cucur ikan bilis bertaugeh sebab saya gantikan udang dengan ikan bilis dan kentang saya gantikan dengan taugeh.
Sedap dan rangup cucur ini bila dimakan panas panas bersama sos cili. Sampai petang pun masih lembut lagi. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan cucur ni dengan cucur udang geragau, memanglah cucur udang geragau lebih sedap, lebih sedap kalau menggunakan udang segar.
Resepinya saya cp dari blog Cik Mat Gebu. Terima kasih yer Cik Mat.
CUCUR UDANG GERAGAU - dah jadi CUCUR IKAN BILIS BERTAUGEH
BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)- sy ganti ikan bilis
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder - sy ganti yis kering
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment