Monday, November 2, 2009

Tempahan Sally sempena majlis perpisahan

















Steam Buttercream cake class







Kek Pisang













Happy Fathers Days











Hasilan dari Kelas kek fondant yang saya ikuti







My first edible image cakes













Tempahan dari En Azizi untuk anaknyha Ayreen









Happy Birthday Aiman







Selamat Pengantin Baru Muhd Firdaus






Tempahan Kak Halimah sempena majlis pertunangan Johaizal











Sunday, October 18, 2009

Kek Pertunangan Shaiful dan Amy

Salam Aidil Fitri buat semua rakan2 fp yang baru nak ronda-ronda, maklum semua masih dalam mood raya dan mungkin masing-masing sibuk menghadiri dan mengadakan majlis rumah terbuka. Bagi pihak saya pula, aidil fitri disambut sederhana dan di rumah sendiri aja sebab saya dan suami masing-masing anak yatim piatu (huhuhu sayula pulak) dan lagi saya , pula tak berapa sihat sejak sebelum raya lagi. Saya mengalami batuk yang berpanjangan, jadi rasanya elokla saya di rumah saja, takut nanti tersebar kat orang lain pulak. Kebetulan ada sorang kawan hubby yang datang raya kat rumah, dek kerana kesian kot tengok saya yang batuk tak henti2, dia suggest suruh saya ambil madu, alhamdullilah seminggu selepas raya, baru la reda sikit. Selalunya rumah saya menjadi tempat adik beradik berkumpul, jadi dua tiga hari tu sibuk la melayan mereka semua. Di pagi raya, hidangan istimewa yang saya buat adalah ketupat daun palas dan rendang, hidangan ni wajib ada. Yang agak sedih tu, tak ada satu pun gambar hari raya pun yang saya ambil, tak teringat langsung, maklum sebelum ni pun memang tak pernah ambil, cuma bila dah mula berjinak-jinak dengan alam fp ni, kemeriahan tu makin terasa bila tengok fp kawan-kawan yang penuh dengan gambar-gambar raya. Ada juga rumah terbuka jiran yang saya hadiri tp malula pulak nak ambil gambar tengah orangramai dok sibuk-sibuk nak makan.

Ok lah, kita beralih pula pada kegemaran kebanyakkan rakan fp, memasak, membaking dan mendeko . Minggu lepas adala seorang rakan hubby,menempah kek dari saya. Alhamdullilah terlepas jugak gian saya nak mendeko. Kek ni dah ditempah seawal dua tiga minggu sebelum tu sempena majlis pertunangan mereka. Chocolate Moist Cake dan Butter Cake. Sepatutnya kek diambil pada hari Ahad, tetiba hubby call dari office kata dia nak ambil pagi sabtu pulak. Alahai kenapala saya selalu berdepan dengan perkara-perkara yang last minute macam gini. Perkara adhoc macam gini selalunya buat saya tension. Saya suka membuat perancangan yang awal supaya tak kelam kabut, tp apa nak buat, sabar aja la, mungkin ini salah satu dari cabang-cabang ujian yang terpaksa dilalui oleh kebanyakkan mereka yang berkecimpung dlm bidang ni. Deko kali ni pun rose juga, kali ni ngan buttercream pulak, saja nak mahirkan tangan lagi. Harap-harap mereka suka. Terima kasih bebanyak la En Shaiful Dan Cik Amy kerana sudi menempah daripada saya, sebarang kekurangan harap dimaafkan.










Tuesday, October 13, 2009

Udang masak serai wangi dan kek coklat

Salam, Agak lama juga tak masak udang. Bila masak pula selalunya buat sambal tumis udang jer, jemu pulak rasanya. Maka semalam carik juga resepi2 udang dalam "waiting list" dan terjumpala resepi udang masak serai wangi. Resepinya saling tak tumpah macam ayam masak merah cuma ditambah asam jawa. Rasanya memang sedap. Kononnya kita ni nak surprisekan hubby ler buat kelainan sikit, nak jamu dia ngan respi baru. Tetiba bila hubby pulang, dia bawak balik memacam, mee udang, kari ikan pari, sambal tumis udang ngan petai, cucur udang, kuih talam dan seri muka (lupa la pulak nak ambil gambar), eeeee geramnya, tak jadi ler nak jamu dia ngan resepi terbaru tu. Silap aku jugak ler tak bagitau dia. Dah memang menjadi kelaziman bila kami berpuasa, dia akan beli sesuatu untuk buat berbuka. Tak per la, anak-anak makan udahler, yg lainnya masuk petiais, esok tak payah masak,


























UDANG MASAK SERAI WANGI
Sumber : Pn Sabariah Shawal (tks yer puan)

Bahan-bahannya 600gm udang harimau - digoreng setengah masak (saya guna udang biasa jer)
4 batang serai 100 gm cili kering mesin
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sdb pati asam jawa
30 gm belacan bakar (saya tak letak sebab kehabisan stok) 100 gm pati santan
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Kisar halus, serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.



























Ni pulak kek coklat yng dah lama dibuat sebenarnya, cuma baru hari ni nak letak.

KEK COKLAT
Bahan2nya
270 gm butter
250 gm gula castor
200 gm tepung gandum
70 gm serbuk koko
1 camt baking powder
6 biji telur
1 camb ovalette
2 camb fresh milk
1 camt esen vanila

Cara-caranya
1. Ayak bersama, tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan ketepikan.
2. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
3. Masukkan ovalette dan pukul lagi, masuk esen vanila dan fresh milk.
4. Masukkan bahan tepung yang diayak bersama tadi dan pukul lagi.
5. Butter dipukul berasingan dan campur ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
6. Alas dan gris loyang bulat 9" dan tuang adunan kedalamnya.
7. Bakar pd suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak










Saturday, October 3, 2009

Cupcakes untuk jamuan Aidil Fitri Transit Amin Fayyadh

Salam buat semua, Hari Isnin lepas, bila anakku pulang dari sekolah, dia bagitau esok cikgu suruh bawa kueh untuk buat jamuan hari raya. Alamak, camana ni, kueh pun dah tak seberapa, kalau bawa sikit takut tak cukup pulak. Cikgu ni pun satu, hari tu bagi circular kata nak buat jamuan pada hari khamis 1hb Oktober, tup tup dia ubah tarikh pulak, mengejut pulak tu. Pikir punya pikir, maka ku gagahkan juga diriku yang malas ini untuk membuat cupcakes untuk anakku. Pukul 8mlm baru nak bancuh adunan, bakar kek, lepas tu bancuh pulak adunan untuk deko kek. Lepas tu termenung pulak kat meja dok pikir nak buat deko yang camana. Jadinya, ini lah hasilnya, deko yang sangat-sangat simple untuk budak-budak. Harap-harap mereka semua suka. Malam tu, pukul satu lebih jugakla aku tidur. Takpa la, anak punya pasal, apapun mama sanggup lakukan, asalkan mereka bahagia, tp yang paling penting mereka tak buat hal.














































Ni pula lebihan adunan dari cupcakes yang ku buat. Dapat sebiji lagi kek saiz 6".

















Cikgu balas balik bekas. Alhamdullilah, macam tau-tau aja cikgu ni stok kueh saya dah surut. Terima kasih banyak yer cikgu.