Sunday, October 18, 2009

Kek Pertunangan Shaiful dan Amy

Salam Aidil Fitri buat semua rakan2 fp yang baru nak ronda-ronda, maklum semua masih dalam mood raya dan mungkin masing-masing sibuk menghadiri dan mengadakan majlis rumah terbuka. Bagi pihak saya pula, aidil fitri disambut sederhana dan di rumah sendiri aja sebab saya dan suami masing-masing anak yatim piatu (huhuhu sayula pulak) dan lagi saya , pula tak berapa sihat sejak sebelum raya lagi. Saya mengalami batuk yang berpanjangan, jadi rasanya elokla saya di rumah saja, takut nanti tersebar kat orang lain pulak. Kebetulan ada sorang kawan hubby yang datang raya kat rumah, dek kerana kesian kot tengok saya yang batuk tak henti2, dia suggest suruh saya ambil madu, alhamdullilah seminggu selepas raya, baru la reda sikit. Selalunya rumah saya menjadi tempat adik beradik berkumpul, jadi dua tiga hari tu sibuk la melayan mereka semua. Di pagi raya, hidangan istimewa yang saya buat adalah ketupat daun palas dan rendang, hidangan ni wajib ada. Yang agak sedih tu, tak ada satu pun gambar hari raya pun yang saya ambil, tak teringat langsung, maklum sebelum ni pun memang tak pernah ambil, cuma bila dah mula berjinak-jinak dengan alam fp ni, kemeriahan tu makin terasa bila tengok fp kawan-kawan yang penuh dengan gambar-gambar raya. Ada juga rumah terbuka jiran yang saya hadiri tp malula pulak nak ambil gambar tengah orangramai dok sibuk-sibuk nak makan.

Ok lah, kita beralih pula pada kegemaran kebanyakkan rakan fp, memasak, membaking dan mendeko . Minggu lepas adala seorang rakan hubby,menempah kek dari saya. Alhamdullilah terlepas jugak gian saya nak mendeko. Kek ni dah ditempah seawal dua tiga minggu sebelum tu sempena majlis pertunangan mereka. Chocolate Moist Cake dan Butter Cake. Sepatutnya kek diambil pada hari Ahad, tetiba hubby call dari office kata dia nak ambil pagi sabtu pulak. Alahai kenapala saya selalu berdepan dengan perkara-perkara yang last minute macam gini. Perkara adhoc macam gini selalunya buat saya tension. Saya suka membuat perancangan yang awal supaya tak kelam kabut, tp apa nak buat, sabar aja la, mungkin ini salah satu dari cabang-cabang ujian yang terpaksa dilalui oleh kebanyakkan mereka yang berkecimpung dlm bidang ni. Deko kali ni pun rose juga, kali ni ngan buttercream pulak, saja nak mahirkan tangan lagi. Harap-harap mereka suka. Terima kasih bebanyak la En Shaiful Dan Cik Amy kerana sudi menempah daripada saya, sebarang kekurangan harap dimaafkan.










No comments:

Post a Comment