Tuesday, November 29, 2011

Fritata Telur


Salam semua,
Hari ini saya nak paparkan projek menghabiskan putih telur tak berapa lama dulu. Banyak juga lebihan putih telur yang tersimpan di dalam petisejuk lebihan dari membuat biskut raya baru baru ini. Tak tau pulak nak dibuat apa. Semasa tengah mencari resepi telur, terjumpa resepi ni di dapur Kak Liza. Dari bahan bahannya nampak macam menarik. Jadi, kita pun cubala.



Maka, terhasillah Fritata Telur ini. Cuba anda lihat tekstur telur ini, sungguh lembut, sedikit lembab dan rasanya sungguh sedap. Warnanya pula keoren orenan hasil dari campuran cili yang telah diblend sekali. Mungkin saya akan menggunapakai resepi ini untuk gorengan telur yang seterusnya sebab cara penyediaannya begitu mudah sekali.


FRITATA TELUR

Bahan A [blend ]
1 mangkuk putih telur
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan B
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 batang kacang buncis atau kacang panjang [potong kecil]
1/2 batang carrot [sagat]
sedikit kobis [racik]
3 s/b minyak


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga layu.
2. Masukkan bahan B yg telah dimasakkan dalam adunan bahan A. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dalam pan dan masukkan adunan yg telah digaulkan rata.
4. Masakkan dengn api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan.
5. Hidangkan dengan salad.


Monday, November 28, 2011

Musim Angry Birds la pulak

Salam semua,

Hari ini jom kita layan sekejap koleksi angrybirds anak kecil saya, Zaheen. Semenjak dua menjak ni koleksi angrybirds memang menjadi pilihan kanak kanakkan.



Sekali singgah supermarket, mesti tarik tangan mama suruh beli benda alah ni. Kalau tak beli, siapla, berlagu sakan la jadinya.


Sekali singgah petrol station atau kedai runcit, mesti pujuk abah beli satu. Mujur satu, tak dua tiga, kalau tak jenuhla si abah. Kalau engkar alamat si abah kena jadi penunggu setia petrol station la jawabnya, hahaha takpun si anak akan duduk di atas lantai buat perangai, hmmmm malu tu, jadi layan jer la.


Sebenarnya ada banyak lagi, tapi dah terkorban sebelum sessi fotographi. Sehingga hari n3 ni dibuat hanya si angry bird bewarna kuning ni aja yang selamat, hehehe....

Baru baru ni dia ternampak beg sekolah angrybirds pulak dah. Mujur juga dapat dipujuk sebab sekolah nak dibuka lambat lagi, jadi tangguh dulu. Nampak gayanya Dec ni kena beli jugakla beg tu sebab dia akan ke tahun satu untuk memulakan sessi persekolahan.


Sunday, November 27, 2011

Kam Heong Chicken


Salam Maal Hijrah buat semua,

Hari ni nak tayangkan pula hidangan Cina Muslim yang sedap banget ni. Resepi amik dari rumah Zaliedana. . Maaf ya Ct, akak cilok resepi ni dari rumah Ct tanpa pengetahuanmu dan modipy sikit ikut cara akak buat. Resepi asal dari rumah Wardah. Dikongsikan dan diolah bersama juga oleh simanis berikut, Nurul, Diana . Anak anak sapala agak nya ni ya..... pandai sungguh depa memasak. Terimakasih semuanya ya kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap ni. Anak anak akak semua kata sedap, mungkin boleh masuk dalam list menu bulanan.

Minta izin untuk perpanjangkan resepinya di sini pula ya.

KAM HEONG CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam - diperap dengan tepung jagung, lada sulah dan sedikit garam, goreng & toskan.

4 tangkai cili padi ( d ketuk )
2 tangkai cili merah ( d hiris )
10 biji cili kering - Diana tambah
2 labu bawang besar ( d hiris )
1 ulas bawang merah ( d cincang ) Diana tambah
4 ulas bawang putih ( d cincang )
5 helai daun kari - betul ke 5 helai ni, sy bantai 5 tangkai biar meriah sikit
Minyak


Bahan bahan A
2 sudu makan rempah kari - sy letak 5 sb
2 sudu makan sos cili - sy letak 3 sb
2 sudu makan sos tomato - sy letak 3 sb
2 sudu makan kicap - sy letak 3 sb
1/2 sudu makan kicap cair - sy tak letak
2 sudu makan sos tiram - sy letak 3 sb
Gula secukup rasa


Cara-cara
Gaulkan ayam bersama bhn² perap dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam masak tapi jangan garing.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
D dalam periuk yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar cincang dan cili kering sehingga naik aromanya.
Kemudian masukkan bhn² A dan daun kari... Gaul rata.. Biarkan sehingga ianya nampak pekat.
Masukkan ayam goreng, cili merah, 1 biji bawang besar yang d hiris dan cili padi. Gaul sehingga ayam sebati bersama kuahnya. Angkat dan hidangkan.



Jangan ada yang sakit hati dan sakit mata pulak tengok hidangan ni ya. Cuba tengok kat chat box tu, dah ada yang sampai hantuk kepala kat tiang lampu hahahaha..., ni kes teruk dah ni yang ooiii. Tu ha kat ataih dah ada resepi, pi dapoq buat apa apa yang patut. Semua dialu alukan untuk mencubanya ya, InsyaAllah sedap, pasti takkan menyesal.



Thursday, November 24, 2011

Kek Lapis Batik Sutera


Salam semua,

Hari raya qurban yang lepas mencabar diri menghasilkan kek lapis seperti yang dapat anda semua lihat di atas. Ini adalah percubaan kali kedua saya. Kek Lapis mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek yang lain. Menggunakan kuantiti telur yang lebih berbanding kek biasa, juga mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakannnya. Namun hasilnya sungguh menakjubkan, berlapis lapis, berwarna warni dalam pelbagai corak yang sungguh cantik. Kek ini juga tahan disimpan berbulan lamanya, itulah keistimewaan kek lapis yang tidak terdapat pada kek kek yang lain. Selalunya mereka yang berkunjung ke Sarawak ataupun Indonesia pasti tidak akan melepaskan peluang membawa pulang kek lapis sebagai buah tangan kan?


Tekstur kek lapis ni halus, lembut dan padat serta enak. Semakin lama kek disimpan akan menjadikan kek bertambah lembap dan lebih enak. Amacam??? ada yang tertarik untuk mencuba???. Untuk melihat resepinya sila klik di SINI ya.

Suka sangat saya melihat kombinasi warna pilihan yang dihasilkan ini, cantikkan, hehehe....jangan mare...


Kek yang diigemari pelbagai golongan dan peringkat umur. Sangat sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut di majlis majlis keraian, kenduri ataupun perayaan. Separuh kek ini dibawa ke rumah brother in law sebagai buah tangan sempena majlis kenduri qurban.


Wednesday, November 23, 2011

Ikan Siakap Aroma Bersantan


Selamat tengahmalam semua,
Ya Allah berilah kesabaran kepadaku.......dah tengah malam baru berjaya upload gambar2 ni, mata pun dah pedih sangat, mengantuk betul ni........ jadi layan dulula gambar2 di bawah ni ya, esok sambung cerita..........tuan puteri nak beradu jap...

Salam petang khamis sekali lagi,
Ok, kita sambung cerita ikan semalam ya. Sabtu lepas beli ikan siakap kat Tesco sebab nampak ada promosi, hmmm begitulah, tunggu murah aja kita rembat. Saya ambil 2 ekor yang besar besar. Saya ni kalau beli ikan mesti nak selak insangnya tengok warna kat dalam, kalau merah segar baru saya ambil, kalau dah tukar kaler jadi kelabu atau yang sewaktu dengannya saya reject awal awal walaupun dari luarannya kelihatan elok. Bila tengah menyelak insang ikan tu, saya jeling2 juga org sekeliling yang membeli, takder pulak orang lain melakukan sedemikian, mungkin orang lain tak cerewet cam saya agaknya.


Resepi ni saya ambil dari laman SajiOnline semasa tengah tercari cari resepi ikan. Nampak bahan2 pun menarik, jadi tak rugi mencubanya. Saya perpanjangkan resepinya di sini pula ya. Terimakasih diucapkan kepada pihak SajiOnline.

Ikan Siakap Aroma Bersantan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - sy tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris


Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Alhamdulillah, sedap sangat rasa ikan ni ditambah dengan taburan bawang goreng sendiri yang harum mewangi. Anak anak pula bila tengok kejadian ikan yang molek sangat di dalam pinggan, tak sabar sabar bertanya bila boleh dimakan. Selepas seorang, seorang pula bertanya. Macam biasa, terpaksala mereka bersabar sekejap sementara menunggu sessi fotografi si ikan siakap selesai. Hmmm nampaknya mereka pun sedia memahami sebab hari2 macam tu hehehe.


Monday, November 21, 2011

Eclairs

Salam isnin semua,
Hari ini bereksperimentsasi pula dengan eclairs. Resepi ni saya perolehi daripada teman sepejabat sewaktu saya bekerja dahulu. Siap dibuat salinan dari buku untuk saya. Tak pasti pula buku apa. Ini kali pertama saya mencuba resepi ini setelah beberapa tahun diselitkan di dalam fail masakan saya.

Doh ini digunakan untuk menghasilkan cream puff dan eclairs.
Saya letakkan fresh cream di dalamnya dan sedikit piping chocolate dan cream sebagai hiasan.

Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya salinkan semula resepinya dan juga buat rujukan saya di masa hadapan.

CREAM PUFF DOUGH

250ml water
1 ml salt
60 gm unsalted butter
15 ml granulated sugar
150 gm plain flour
4 large eggs - beaten

1. Preheat oven to 190C. Butter and lightly flour baking sheet.

2. Place water, salt, butter and sugar in heavy bottomed saucepan. Cook over medium heat. Continue cooking for 2 minutes after liquid starts to boil.

3. Reduce heat to low. Add all of flour and mix rapidly with wooden spoon. Cook dough until it no longer sticks to spoon or fingers when pinched. Be sure to mix constantly.

4. Remove pan from heat and transfer mixture to bowl. Let cool 3 minutes.

5. Incorporate eggs one at time, mixing well between additions. Mixture must regains its smooth texture before next egg is added. The finished dough should be shiny and smooth.

6. Fit piping bag with plain, round tip. Fill piping bag with dough and squeeze out shapes of your choice, the size of an egg for cream puffs or 10cm (4in) long strips for eclairs. Leave space between each.

7. Brush tops of shapes with beaten egg, smoothing tails left by piping bag. Let stand at room temperature for 20 minutes.

8. Bake 35 minutes in oven. Turn off heat and position door ajar. Let stand 45 minutes.

9. When cold, fill with your choice of pastry cream or whipped cream. Glaze tops with caramel or chocolate.


Friday, November 18, 2011

Peach Cream Cake








Thursday, November 17, 2011

Nasi Daging


Assalamualaikum semua,
Ada ke sapa sapa yang masih simpan daging korban kat dalam petiais? Kalau ada, bolehla cuba resepi nasi daging ni. Tapi yang saya buat ni bukan daging korban ye, tapi daging yang hubby beli tempohari, dah lama sgt daging tu terperuk dalam petisejuk, jadi hari ni merajinkan diri menghasilkan nasi daging yang agak lama juga saya tak buat ni.

Nasi daging ni favourite hubby dan anak anak, tapi wajib ada gandingannya, apalagi kalau tak Air Asam kan. Anak anak saya kalau ada air asam, tak payah kari lain dah, tp saya buat juga sedikit kari daging. Tak letak gambarnya kat sini sbb dah selalu sangat buat kari yang sama.

Resepi nasi daging ni saya skodeng dari dapur Kak Liza yang memang dah terkenal seantero blogs.....Terimakasih ya kak.

NASI DAGING

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan - sy guna beras biasa aja
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
1 sb rempah kari - ni saya tambah
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
1 btg serai - ni saya tambah
2 tangkai daun kari - ni saya tambah

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]


Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Rupa air asam jawa yang saya gandingkan bersama nasi di atas. Bahan-bahan pakai agak agak aja.

AIR ASAM JAWA

Bahan A
2 biji cili merah
1 in belacan
1 sb kerisek - nak lagi sedap letak lebih
1 mangkuk air asam jawa

Bahan B
1 biji bawang besar
2 biji tomato
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Bahan C
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Blend bahan bahan A hingga hancur. Ketepikan.
2. Hiris nipis bahan bahan B.
3. Tuangkan bahan2 A ke dalam bahan2 B, tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4. Sebaiknya dihidangkan segera bersama nasi daging, nasi tomato dll.


Selamat menjamu selera.

Wednesday, November 16, 2011

Biskut Hari Raya Aidil Adha

Tempahan biskut raya aidil adha.









Ayam Serai Kasturi


WORDLESS WEDNESDAY

Salam semua,

Resepi dari rumah CMG. Terimakasih ya.


AYAM SERAI KASTURI

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)



CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...

Monday, November 14, 2011

Peach Cream Cake tempahan Nor

Salam buat semua,

Peach cream cake ini tempahan Nor untuk 3 orang sahabatnya yang menyambut hari lahir dalam bulan yang sama.

Kalau nak tahu lebih lanjut dan macamana rupanya kat dalam, sila klik kat SINI ya.


Terimakasih ya Nor, harap Nor berpuashati dengan hasilannya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.