Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Sunday, November 27, 2011
Kam Heong Chicken
Salam Maal Hijrah buat semua,
Hari ni nak tayangkan pula hidangan Cina Muslim yang sedap banget ni. Resepi amik dari rumah Zaliedana. . Maaf ya Ct, akak cilok resepi ni dari rumah Ct tanpa pengetahuanmu dan modipy sikit ikut cara akak buat. Resepi asal dari rumah Wardah. Dikongsikan dan diolah bersama juga oleh simanis berikut, Nurul, Diana . Anak anak sapala agak nya ni ya..... pandai sungguh depa memasak. Terimakasih semuanya ya kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap ni. Anak anak akak semua kata sedap, mungkin boleh masuk dalam list menu bulanan.
Minta izin untuk perpanjangkan resepinya di sini pula ya.
KAM HEONG CHICKEN
Bahan-bahan
500 gm ayam - diperap dengan tepung jagung, lada sulah dan sedikit garam, goreng & toskan.
4 tangkai cili padi ( d ketuk )
2 tangkai cili merah ( d hiris )
10 biji cili kering - Diana tambah
2 labu bawang besar ( d hiris )
1 ulas bawang merah ( d cincang ) Diana tambah
4 ulas bawang putih ( d cincang )
5 helai daun kari - betul ke 5 helai ni, sy bantai 5 tangkai biar meriah sikit
Minyak
Bahan bahan A
2 sudu makan rempah kari - sy letak 5 sb
2 sudu makan sos cili - sy letak 3 sb
2 sudu makan sos tomato - sy letak 3 sb
2 sudu makan kicap - sy letak 3 sb
1/2 sudu makan kicap cair - sy tak letak
2 sudu makan sos tiram - sy letak 3 sb
Gula secukup rasa
Cara-cara
Gaulkan ayam bersama bhn² perap dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam masak tapi jangan garing.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
D dalam periuk yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar cincang dan cili kering sehingga naik aromanya.
Kemudian masukkan bhn² A dan daun kari... Gaul rata.. Biarkan sehingga ianya nampak pekat.
Masukkan ayam goreng, cili merah, 1 biji bawang besar yang d hiris dan cili padi. Gaul sehingga ayam sebati bersama kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Jangan ada yang sakit hati dan sakit mata pulak tengok hidangan ni ya. Cuba tengok kat chat box tu, dah ada yang sampai hantuk kepala kat tiang lampu hahahaha..., ni kes teruk dah ni yang ooiii. Tu ha kat ataih dah ada resepi, pi dapoq buat apa apa yang patut. Semua dialu alukan untuk mencubanya ya, InsyaAllah sedap, pasti takkan menyesal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
s,mat mlm Wattie...
ReplyDeletesenang dan sedap nampaknya kam heong chicken ni kan...
morning kak wattie.. pagi2 jalan gk resepi ayam yg sedap.. terliur je nengok, nnti nk selongkar dapur tgk bahan2 ada x..
ReplyDeleteselamat pagi Wattie... datang pepagi ni nak cuci mata di sini,
ReplyDeletekalau dah kata Wattie sedap, mesti sedap tu...senang2 nanti nak cubalah..
Resepi yg kak Wattie try semuanya hebat2 dan sedap2 sgt. InsyaAllah yg ni pun Kaz akan try.
ReplyDeletesalam kak wattie , wani pun ada buat hari tuh ,,memang sedap banget kam heong chicken ni ... makan dgn nasi panas2 ... sebab ari tuh masak sikit ...tak sempat nak ambik gambornya...
ReplyDeletegambar2 watie semunya menarik...suka nengok.
ReplyDeleteAssalam kak,owh akak dah wat ya ayam nih,mmg sedap kan,sy pon dah 2kali wat..Kalo sedap mmg akan selalu ada siaran ulangan la,hihi..
ReplyDeleteAssalam K Wattie,
ReplyDeleteDah sampai cni juga Kam Heong Chicken... Sedapp sangat kan kak... salah satu menu fav kat rumah nurul... tgk K Wattie nyer, cam nak buat plak esok lusa ni... hehe :)