Tuesday, November 29, 2011

Fritata Telur


Salam semua,
Hari ini saya nak paparkan projek menghabiskan putih telur tak berapa lama dulu. Banyak juga lebihan putih telur yang tersimpan di dalam petisejuk lebihan dari membuat biskut raya baru baru ini. Tak tau pulak nak dibuat apa. Semasa tengah mencari resepi telur, terjumpa resepi ni di dapur Kak Liza. Dari bahan bahannya nampak macam menarik. Jadi, kita pun cubala.



Maka, terhasillah Fritata Telur ini. Cuba anda lihat tekstur telur ini, sungguh lembut, sedikit lembab dan rasanya sungguh sedap. Warnanya pula keoren orenan hasil dari campuran cili yang telah diblend sekali. Mungkin saya akan menggunapakai resepi ini untuk gorengan telur yang seterusnya sebab cara penyediaannya begitu mudah sekali.


FRITATA TELUR

Bahan A [blend ]
1 mangkuk putih telur
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan B
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 batang kacang buncis atau kacang panjang [potong kecil]
1/2 batang carrot [sagat]
sedikit kobis [racik]
3 s/b minyak


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga layu.
2. Masukkan bahan B yg telah dimasakkan dalam adunan bahan A. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dalam pan dan masukkan adunan yg telah digaulkan rata.
4. Masakkan dengn api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan.
5. Hidangkan dengan salad.


11 comments:

  1. menarikla resepi ni kak...sedapnya mcm telur dadar lak nampaknya:)

    ReplyDelete
  2. Simple dan sedap....mkn cam tu je pun sedap kan Wattie...:)...resepi menarik tuk dicuba ni...

    ReplyDelete
  3. oooowww...resepi yang menariklah Wattie... namanya pun sungguh unik! terpikatla pulak...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak wattie,kalo da putih telur byk2 leh try resepi nih,mmg nmpk sedap telur nih,dah mcm telur dadar yg besa tuh kan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wattie,

    sihat ke?? Ish mmg nampak sedap..wah kita dh terbyg kalau ada udang geragau sedap tk campur sekali ngan sayur2 tu...ish kecur dibuek nya.

    ReplyDelete
  6. salam Wattie..macam omelet pun ada..macam telur dadar pun ada...menarik sungguh resepi ni..

    ReplyDelete
  7. wah..sedapnih..biasa ada telor putih lepas buat biskut saya buat telor dadar biasa je...buat letak sayur2 cam gini jadik berselera pulak tengok..:)

    ReplyDelete
  8. salam kak..nampak macam yg selalu kat kedai tuh tapi yg akak nye kompom lagi bes..hihihi

    ReplyDelete
  9. Wah, fritata telur ni pun nampak menarik.. ader lebihan putih telur pas ni, leh buat fritata ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Aslmkum k.Wattie

    idea yg baik nak habiskan putih telur....

    ReplyDelete
  11. wah boleh jd makanan yg nampak enak sekali! :D

    ReplyDelete