Thursday, December 1, 2011

Ayam Masak Madu Nasi Kandar


Salam jumaat buat semua,

Masakan nasi kandar lagiiiiii........ jangan mare ye, kita nak bagi Mamak Haji glamer sikit hari ni. Resepi ni pun dah lama dibuat sebenarnya. Kelainan resepi ni ialah pada kurma yang ditambahkan ke dalamnya.


AYAM MASAK MADU.
Source : Mamak Haji

Bahan-Bahan:

1. 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
2. 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
3. 100gm buah kismis.
4. 50gm buah jagus.
5. 2 sudu besar gula pasir.
6. 1 sudu besar serbuk cili.
7. 1 susu besar Jintan putih.
8. 1 sudu besar Jintan manis.
9. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
10. Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
11. Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
12. Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
13. Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
14. Hirisan bawang besar i biji (besar).
15. Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.


1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan..

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.


Ayam Masak Madu ni agak manis, mungkin disebabkan kuantiti buah kurma yg agak banyak, ditambah pula dengan campuran gula pasir. Mungkin saya patut kurangkan di masa hadapan.

10 comments:

  1. Selamat pagi Wattie,
    pandainya Wattie masak, siap ambil resepi dari Mamak haji lagi,
    Amie dah baca resepi yang Ayu Singapore masak dari koleksi resepi Wattie, Ayam Masak Kicap dari Mamak haji juga... memang hidangan di sini mengancam selera belaka!

    ReplyDelete
  2. Salam Wattie....nampak menarik resepi ni, boleh lah cuba nanti....nyum nyum !

    ReplyDelete
  3. tun nobatkan akak jd ratu nasi khandar.. hehehe.. nmpk sedap! tp hasben tun kalau ada manis sikit pun dalam lauk, nnti bising laa dia.. huhu

    ReplyDelete
  4. Assalam kak wattie cayang,sy kalo mai sini,gerenti terliur n wak blk resepi aym yg mmg nmpak semua sedap2 air tangan akak ni..Nak juga try nanti2,amkk reespi dlu kak,sy kalo nk wat nantixnk letak gula pasir dahla,sbb akak kata mnis eks..

    ReplyDelete
  5. Menarik resepi ni ...siap ada buah kurma lagi...amik resepi dulu...tq ya Wattie...:)

    ReplyDelete
  6. salam watie....oooo letak kurma yer,kalau xde rasanya blh gak letak kismis kan...

    ReplyDelete
  7. assalam kak wattie cyng, waduhhh terguda lagi dgn resepi mamak ni kak..saya suka sgt lauk ni.kalau pi kedai nasi kandaq sure nk cari lauk ayam msk madu ni.dok sini nampaknya kena buat sendirila.copy resepi dulu..tq kak:)

    ReplyDelete
  8. kak, dah buat ...sedap tq..lap u:)

    ReplyDelete
  9. Salam Kak WAtie, thanks soo much for the recipe..Dah Cuba and memang sedap.

    ReplyDelete
  10. As salam, terima kasih kongsi resipi, mohon saya copy resipi nie yea, anak saya suka sangat masak ayam madu, tapi saya tak pernah menjadi masakkannya. so mohon saya mencuba resiti puan yea.trima kasih.

    ReplyDelete