Thursday, December 1, 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa


Salam semua,
Keadaan cuaca mendung seharian, namun aktiviti memasak tetap diteruskan. Mencari kelainan di dalam masakan, maka siakap tiga rasa menjadi pilihan.

Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Saya suka menggunakan Ikan Siakap di dalam masakan saya kerana ianya memiliki isi yang putih dan berkeping. Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai. Seringkali kita lihat, ikan in dimasak stim dengan air limau dan bawang putih, atau digoreng bersama serai dan aneka masakan lain.


Sewaktu tinjauan resepi di internet, terserempak dengan resepi ini di rumah KakIna Kl. Dikongsikan bersama juga oleh Inahar dan Ummi Zaihadi. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada semuanya.

IKAN SIAKAP TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina

Bahan:-

1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camba minyak - untuk menumis
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
minyak yang banyak

Bahan Cincang Halus:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

1/2 kuntum bunga kantan - sy tak letak
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
sedikit batang saderi-potong kecil - sy tak letak
1 biji bawang besar di potong bulat
akak tambah 1 batang daun ketumbar-separuh di racik dan separuh untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:-

2 cam. besar cili kisar
1 cam. besar sos tomato
2 cam. besar sos plum
2 cam. besar gula pasir
2 cam. besar sos cili
1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi)
1 1/2 cam. teh kicap manis
sedikit sos ikan

Cara Memasak:-

Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, batang saderi, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama-sama nasi panas.


Resepi ni memang menepati citarasa keluarga, sedappppp......

10 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie,

    sungguh2 menyelerakan sekali...dh kecur air liur kita nie...telan@syok sendiri kita tengok...hehe..
    tangan yg pandai memasak sememangnya jadi pun nmpak sedap...betul tk Wattie??

    ReplyDelete
  2. Kalau Kak Wattie buka restoren, Kaz pasti jadi regular customer yg paling setia.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,
    memang rajin betul akak ni..macam2 lauk ada kat sini...tinggal nak scroll pelan2 mana yang berkenan......

    ReplyDelete
  4. Wattie...
    Ini lauk ikan siakap sgt menggoda jiwa tau...tak de ke nak ajak2 kak cek makan sekali...he he...:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak wattie,
    sedap nampaknya kak...terbuka selera

    ReplyDelete
  6. datang rumah wattie...misti ada lauk2 best punya...jadi lapar

    ReplyDelete
  7. Salam Wattie..
    sedapnya mkn siakap 3 rasa..klu Rahel suka mkn dg nasi putih je...rata mcm tu pun ok juga..

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak ikan tiga rasa...masak apa pun sedap ikan siakap ni..goreng pun sodap...hehhehe

    ReplyDelete
  9. salam watie,

    saye baru je lepas wat resepi ni...cuma de beberapa bahan hiris tu xde stok..dan lagi satu saye pakai ikan dowry..siakap da wat goreng smalam..hehe..tapi memang sedap ...pasni leh cube lagi...

    ReplyDelete