Thursday, December 22, 2011

Apple Orange Smoothie

Salam dan selamat petang semua,

Resepi hari ini ditujukan khusus buat Amie, yang kini bermastautin di negeri di bawah bayu, Sabah. Harap Amie sekeluarga sihat sihat ya. Kekerapan Amie membuat tayangan amal minuman yang penuh berkhasiat ini menggamit naluri ini untuk turut sama menikmati keenakkan smoothie.


Smoothie, dihasilkan dari kisaran buah buahan segar alamsemulajadi yang telah didinginkan, susu, yoghurt, madu dll. Boleh dipelbagaikan mengikut citarasa tersendiri dengan menambahkan ais kerim, chocolate, sirap, ketulan ais dsbnya.


Minuman ini berserat, teksturnya berkrim seperti milkshake, juga rendah kalori. Jadi, tidak hairanlah smoothie dikategorikan sebagai minuman yang berkhasiat dan sihat. Jadi, bagi mereka yang mementingkan perjagaan kesihatan amatlah disyorkan untuk mengambil minuman ini bagi menggantikan hidangan harian anda. Apatah lagi, minuman ini juga amat mudah dan cepat untuk disediakan. Untuk penerangan yang lebih lanjut dan pelbagai jenis resepi smoothie, bolehlah singgah di banglow mewah Amie, ada bermacam macam jenis smoothie yang telah dihasilkan. Patutla kulit Amie halus mulus cantik gitu, pinggang ramping bagai kerengga, rupanya dia amalkan petua meminum smoothie...hehehe. Kak Wattie anugerahkan Amie award Ratu Smoothie Of The Year hehehe....


Resepi smoothie ni pun saya ambil dari rumah Amie, cuma buahnya saja saya tukarkan. Sedap sangat rasa smoothie ni, lemak berkrim, sungguh nyaman bila sampai ke tekak yg sedang kehausan. Untuk satu bancuhan ini saya dapat lebih kurang 3 gelas. Satu untuk saya, satu untuk hubby dan satu untuk Zaheen. Zaheen merungut tak suka, tapi hubby pulak tersangatlah suka, minta kita buatkan hari hari. Saya pula teramatlah sukanya, kalau apa apa minuman yg bersusu dan berbuah buahan mesti saya suka. Opsss....panjang pulak ngomelan saya hari ni. Jom kita semak resepinya dulu....

Resepi : Smoothie Kiwi Dengan Epal
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji buah kiwi - buang kulit, buang biji dan potong kecil-kecil (sy ganti oren)
2 biji buah epal - buang biji dan potong kecil-kecil
100ml yogurt asli
200ml susu rendah lemak
3 sudu gula (sy ganti madu)

Cara:
1. Sejukbekukan buah kiwi dan epal selama 4-5 jam.
2. Masukkan buah kiwi dan epal ke dalam pengisar bersama yogurt asli, susu rendah lemak dan gula.
3. Kisar kesemua bahan hingga halus.
4. Tuang bahan kisar ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.


Jadi, apa ditunggu lagi, jom kita ramai ramai mencuba minuman berkhasiat ni. Selamat bersmoothie.......





4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Wattie..emmm nyamannya smootie...Saya pun suke tapi kalau buh yogurt sah2lah hb tak sentuh...Jadi kalau nak buat kena portion yang kecik je lah...

    ReplyDelete
  2. Dah sampai pun...nasib baik ada penerbangan akhir ke sini dah malam (sini dah masuk Isya tau),
    Huuuu.... Wattie,kalau pinggang Amie macam kerengga mana ada saiz baju yang boleh dipakai... ha hahahh
    sedapkan smoothie, yogurt memang sangat baik untuk diet harian, teruskanlah membuat smoothie dari pelbagai jenis buah-buahan ye Wattie,
    ha...satu lagi sebelum Amie berangkat balik ni, pasal award ratu smoothie tu memang Amie sangat berkenanlah Wattie sebab dah 2x Wattie tulis... seronok sangat dengarnya, he hehehhh nanti kalau ada masa design satu award ratu smoothie untuk Amie buat kenang-kenangan ye, nanti Amie gantung kat penjuru dapur Amie ye Wattie...jangan lupa tau! Amie nak jadkan satu motivasi amalkan smoothie supaya pinggang Amie betul2 ada rupa kerengga ops! pinggang kerenggalah...he hehehh

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,pasai kak amie ratu smootie tuh mmg sy setuju sgt,kat dapo org len mana lah da smutie kerap,kat dapo kak amie,leh kata ari2,pastu nasi lak pelbagai perisa,mmg rajin sungguh kak amie ni..Akak dahaga lak memalam singgah sini,dahla byk pot pet nih,meh smuti segelas kak..

    ReplyDelete