Wednesday, December 21, 2011

Pastry Puff Tuna Log

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

Semalam saya buat puff tuna ni, sedap sangat rasanya. Resepi ambil dari rumah Pn Ros, Sinaranmenu. Masa mula mula terpandang kat rumah Pn Ros, hati ni dah terpikat sebenarnya, terus copy paste letak dalam waiting list. Tetiba semalam hati ni meronta ronta suruh buat puff, jadi kita pun geledahla dapur cari bahan bahan, alhamdulillah semuanya ada, cuma tunanya saja tin besar, jadi saya cedok ler isinya 3 ketul yg besar besar untuk dibuat inti, yg lain letak kembali dalam petisejuk.

Masa membakar pastry puff ni, bahagian atasnya lambat benar nak kuning, jadi kita pun gatai tangan pi buka api atas. Beberapa minit selepas tu, tetiba permukaan pastry mengelembung dan merekah, alamak, silap teknik ni, panas sangat gamaknya ni, terus tutup kembali, keluarkan pastry puff dari oven dan cucuk dengan lidi biar rata kembali dan bakar semula. Agaknya mmg kena bakar dengan api bawah sahaja ya Pn Ros, baru cantik.

Terimakasih bebanyak diucapkan kepada Pn Ros kerana mempromosi puff yang enak sangat ni. Tak lupa juga buat Kak1 tuanpunya resepi yang memang dah terkenal dengan resepi2 hebatnya. Minta izin diperpanjangkan pula resepi sedap ni kat sini. Mudah mudahan ianya bermanfaat buat semua pengunjung, insyaAllah.

Choux Pastry
Resepi Asal : Kak 1 Citarasawan
Sumber 1: Pn Ros @ SinaranMenu

Bahan-bahan
* 100 grm majerin ( P.Ros guna butter)
* 200ml air
* 1/4 sudu garam
* 100grm tepung gandum
* 3 biji telur


Inti Tuna
* 1 tin kecil tuna,toskan airnya
* 1/2 labu bawang dicincang
* 1 ulas bawang putih dicincang
* 1 batang daun bawang dipotong
* 1 tangkai cili dicincang (P.Ros tak masukkan)
* 1/2 batang carrot didadu (P.Ros gunakan 1 batang)
* sedikit lada putih
* garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar mayonies
* 1 sudu besar tepung gandum
* 1 sudu besar majerin untuk menumis


Cara-caranya
1- Air,garam dan marjerin dimasak hingga mendidih.Tutup api dan masukkan tepung gandum kacau dengan cepat hingga menjadi doh.Buka api dan masak 2-3 minit lagi.Sejukkan.
2- Masukkan sebiji telur dan kacau hingga sebati.Masukkan telur berikutnya satu persatu dan kacau hingga menjadi adunan likat. Masukkan dalam piping beg dengan nozzle saiz sedang bentuk bulat/bintang (no 22) dan paip memanjang dan rapat2 dalam loyang yang sudah dilapik dgn kertas minyak atau parchment paper dan disapu dengan shortening supaya tidak melekat.
3- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25 minit dirak atas. keluarkan dari oven dan cucuk pastry yang mengelembung dengan garpu.Masukkan kembali dalam oven dan bakar dirak tengah selama 15 minit lagi hingga keperangan.
4- Angkat dan letakkan diatas redai.Kempiskan jika adunan mengelembung dengan tangan.Biarkan suam.Terbalikkan pastry diatas sekeping kertas minyak. keluarkan alasnya dengan cermat .Gunting tepi pastry dan buang bahagian yang keras supaya senang menggulung.(P.Ros tak gunting tepinya)
5- Sapu permukaan pastry dengan mayonies hingga rata,ratakan inti tuna diats pastry dan gulung hingga padat dan kemas.
6. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos cili.



Cara memasak inti tuna
1- Toskan tuna dan lecekkan sedikit
2- Panas kan butter ,tumiskan bawang hingga naik bau.masukkan carrot dan biarkan sebentar.Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
3- Masukkan 2-3 sudu besar air dan isi tuna,gaul hingga rata dan perasakan dgn garam,gula dan lada sulah.Masak hingga nampak pekat.Angkat dan gaulkan dengan mayonies dan daun bawang.
4- Sejukkan dahulu dan ratakan diatas pastry.
*jgn paip doh terlalu tebal, adunan ini secukupnya utk loyang 10in, jgn guna nozzle yg besar
gris kertas minyak dgn shortening/minyak utk mengelakkan pastri melekat


Saya ni tak berapa pandai menggulung, jadi tak berapa elok jadinya. Orang lain gulung jadi bulat dan cantik jer, kita gulung jadi bujur pulak.

Untuk hiasannya pula, kita geledah lagi petisejuk, huwaaaa daun pudina pulak tak der, yg ada cuma daun bawang, belasahla. Jadi, begitulah kejadian hiasan kat atas puff saya, hirisan daun bawang, hehehe, jadila kan......

Yang ni pulak jenama sardin yang saya guna, cap Adabi.

Psssst, Pn Ros, lepaih ni kena buat lagi dan lagi la nampak gayanya, pasai sedap sangat.....hehehe

Note : Sampai hari ni masih tak boleh letak komen, tak tau la kenapa, hanya boleh letak kat chat box aja, klu yg takder chat box tu, sedihla juga sbb kita tak dpt nak bersembang. Begitu juga beberapa blog yg lain spt Rahel, Nur, Wani, Siti Zahim dan ramai lagi...




12 comments:

  1. As Salam Wattie....cantiknya, cam sayang plak nak makan....tapi akak nak 1 boleh hehehe

    ReplyDelete
  2. Wattie.....ni Amie datang baru turun kat Bayan Lepas Airport...adooiii kena menyeberang lagi nak sampai rumah Wattie. Tak rugi sampai sini dapat makan PPT yang cantik! Sedapnya.... yang lebih tu tapau untuk Amie ye Wattie, ni nak balik semula ke Lahad Datu.. takut lambat, malam takde flight, nanti kena tidur tepi jalan pulak!

    ReplyDelete
  3. Emmmm....tgk je dah kechur2...sampai sini dah resepi best Kak 1 ni...resepi amik dah cuma tak bila nak buat ....pandang2 ..jeling2 je dulu...:)

    ReplyDelete
  4. b4 this kan mati2 tun ingat guna frozen puff pastry tu. hihi.. rajin betul wat pastry sendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam Wattie,, mekasih cuba resipi ni,, sedap kann mesti nak wat lagi hee hee.. Salam kenal

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak wattie...saya tinggal harapan je la kalau nak buat pastry sendiri ni..hehehhe...belum dtg seru lagik..kekeke

    ReplyDelete
  7. rupa parasnya sungguh cantik jelita...
    sangat cantikkk...really

    ReplyDelete
  8. Wow...wow..wow... dah jadi pun.Sedapkan watie.K.Ros rehat masak 2 3 hari ni sebab tak brapa sihat sibuk dgn kerja.Tq sudi cuba ya.K.Ros pun tak tahu knapa tak leh komen ya.

    ReplyDelete
  9. Salam kak Wattie,
    nampak cantik aje dihias dalam pinggan akak tu. macam di restoran pula. :)
    saya suka juga tuna digabung dengan puff pastry. kenyang makan ni.
    Ijan

    ReplyDelete
  10. salam kak wattie..menarik jer resepi nih...bole la cuba nanti..stok byk kat dapur tuh :)

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Wattie,
    sampai jer dapur kak wattie dah terhidang puff tuna...amboii sedapnya...cantik pulak tu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...sungguh menarik cara nak buat pastrinya...pasti sedap ni....

    ReplyDelete