Sunday, December 4, 2011

Tomyam Songkhla


Salam Sabtu semua,
Tengah buat apa tu.....mesti tengah rilek rileks kan, maklumlah hujung minggu. Dah seminggu berhempas pulas di tempat kerja, inilah masanya untuk berehat. Macam saya ni berhempas pulas di dapurlah hari hari, kalau tak alamat tak makanla kami anak beranak dan takderla hidangan yang berbagai bagai kat dalam blog ni...hehehe

Hari ni saya masak tomyam. Sudah lama rasanya saya tak masak tomyam, sejenis masakan ala Thai yang agak pedas, panas tetapi lazat. Tak pasti pula darimana asal sebenar tomyam ni, mungkin selatan Thailand. Yang pastinya, rata rata penduduk Semenanjung menggemarinya especially saya di utara ni la hehehe. Boleh dikatakan sepanjang jalan di Permatang Pauh yakni sepanjang perjalanan ke rumah saya, kebanyakkan restoren atau pun gerai gerai kecil menyediakan masakan yang berasaskan tomyam dan menu standard masakan Thai seperti nasi goreng pattaya, padprik, somtam, ikan masam manis, kailan ikan masin dll. Kiranya masakan ala Thai ni ramai penggemarnya setanding masakan nasi kandar, malahan di restoren nasi kandar pun sekarang ni ada juga masakan ala Thai. Saya pernah makan tomyam di restoren Siam dimana tukangmasaknya juga adalah warga Thailand, memang masakannya jauh lebih sedap berbanding tempatan. Kuah tomyamnya saja sangat pekat seperti asam pedas, terasa segala rempah ratusnya, fuhhh kecur air liurku dibuatnya....


OK lah, berbalik kita kepada hidangan tengahari saya. Tomyam songkhla ni menepati citarasa anak kecil saya sebab ianya tak berapa pedas. Dah lama benar salin resepi ni dari rumah Nieza. Baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya. Asal resepi dari Pulut Sekaya MYR. Boleh juga tengok hasilan Hana dan Ayu yang awal awal lagi telah mencubanya. Terimakasih semuanya di atas perkongsian ini ya.

TOMYAM SONGKHLA
by : pulutsekaya.myresipi

Bahan-bahan
5 ekor udang (lagi besar lagi sedap) - sy ganti ayam
1 batang serai diketuk
1 ulas bawang merah dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
2 helai daun limau purut dikoyak2
4-5 biji cili api dipotong2/ketuk
sedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot - sy letak carrot dan btg saderi jer
1 cube ayam -(Ayu tambah) nieza pun ikut kak ayu bubuh juga
sedikit paste tomyam (nieza tambah)
1/2 biji limau nipis
1-2 cawan air ikut suka
sos ikan/garam secukup rasa-(Ayu letak kedua2nya sekali) nieza letak sos ikan saja
sedikit daun bawang dihiris

Cara-cara

Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
Sedia dihidang



11 comments:

  1. salam kak wattie ...

    meleleh dah ni kalo dengarpasal tom yam.... terbayang3 dah tom yam depan mata ... hihi

    ReplyDelete
  2. Tomyam..memang kecur air liur.Hujan2 ni bayangkan hirup sup tomyam.Sedapnya...

    ReplyDelete
  3. sedapnya tomyam..makan pedas berapi memang best...hehehhe....saya hari tu beli tomyam sampai ketitsan akhir kuahnya duk hidup jugak...kekekek..buat sendiri seperiuk leh hirup kuah...kekeke

    ReplyDelete
  4. kak wattie terguda cheq tgk tau ,:)

    ReplyDelete
  5. Assalam kak,sy mmg suka sgt2 tomyam,kdang tuh mmg tiap mggu wat tomyam..Nanti leh cuba resepi ni lak,nmpak sedap n ramai yg dah cuba kan.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak wattie..wahhhh
    tom yam memang favourite ku & budak2 kat rumah ni..kasi tomyam & nasi aje dah cukup ..memang best..

    ReplyDelete
  7. amboi lauk sedapnyer...musim hujan cenggini beshnye dpt hirup tomyam nih kan..

    ReplyDelete
  8. Betoi kak wattie...kalau tukang masak thai mari mmg rasa tom yam nya lain dr local...lebih sedap, pekat...iza pernah mkn kat hadyai dulu...rasa tom yam n kerabu suun die...mmg kaw2...tak leh jumpa rasa yg mcm tu kat sini...sampai skang masih duk teringat2 lg

    Sedap tom yam tu kak wattie...kalau kena dgn nasi panas ngan telur dadar je pun dah cukup...tak yah lauk len lg dah

    ReplyDelete
  9. Waa..menu thai pulak ek...hehehe..jarang2 gak kite buat menu thai ni..macam sedap jer..nak kena try ni..

    ReplyDelete
  10. wahh ada tomyam kat sini...sorry kak lambat singgah sini.sama-sama kita berkongsi resepi kak saya pun dah buat ayam madu mamak haji tu sedap sgt..tqx2:)

    ReplyDelete