Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Tuesday, December 6, 2011
Gulai Kurma Telur
Salam buat semua,
Hari Ahad lepas, sy pulang ke kg menjenguk rumah lama yang disewakan dan buat kerja2 mengemas dan menebas sikit. Sampai hari ni masih lagi terasa sengal2 dan letihnya, maklum dah lama juga saya tak buat kerja2 macam tu. Entah di mana silapnya, saya terpijak dawai penyangkut baju yang diletakkan di atas lantai, dalam jugak lukanya, macam tercucuk paku, banyak jugaklah darah yang mengalir keluar. Serta merta saya teringat kat arwah ibu. Arwah ibu dulu menghidap diabetes, ibu jari kaki dan jari tengahnya terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman. Cepat2 saya cari tisu ataupun kain untuk membalut, hmmm tak bawak pula, satu apa pun tak ada, maklum rumah kosong. Hanya yg kelihatan pada mata saya ialah, suratkhabar hubby beli yang dibawa bersama, tanpa berfikir panjang, saya ambil dan lipat suratkhabar tersebut biar tebal untuk menahan darah dari terus mengalir keluar. Kemudian saya terus sambung buat kerja menebas. Saya ni jenis orang yang tak berapa kisah kalau luka2 macam ni, maklum kita dah terbiasa dengan suasana susah dahulu. Malam bila dah pulang ke rumah, baru saya mandi dan cuci bersih2, tak ke klinik pun sebab saya memang tak suka ke klinik.
Oklah dah terkeluar topik la pulak. Hari ni nak tayangkan pula menu hujung bulan. Ni la menu bila mai hujung bulan kat rumah saya. Buat kurma telur ni penghujung bulan November hari tu. Selalunya bila stok bahan bahan basah dalam petiais dah makin berkurangan atau dah habis, ditambah pula kemalasan untuk ke pasar, menu ni ajala yang mampu terhasil. Stok telur memang sentiasa ada kat rumah, selalunya saya beli dua papan sekaligus, tahanla buat seminggu dua.
Sebenarnya anak anak dan hubby tak berapa suka kurma telur ni, tapi saya buat jugak sebab dah kering idea tak tau nak masak apa, google dlm internet pun selalu jumpa resepi yang lebih kurang sama ngan sambal telur aja. Resepi ni saya ambil dari rumah Kak Liza, terimakasih ya kak.
GULAI KURMA TELUR
BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam
Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
Kurma telur yang cukup pekat dan sedap.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak sedap kurma telur ni..lama dah tak buat kak.
ReplyDeletekak Wattie, kesinnya ..masa luka tu akak cuci dgn air tak?kalau boleh masa tu kena cepatx2 cuci air pastu baru balut.harap cepat baik la..kena rehatkan la sama kaki tu:)
Sedap la pulak kak cek tgk telur masak kurma ni...lama dah tak masak2 menu cam gini...simple dan sedappppp....
ReplyDeleteAssalam kak,kalo menu gini kat umah sy mesti xlaku gak,coz telur rebus kureng cikit,kecuali mkn ngan nasi lemak tuh mmg wajib ade,tapi air tangan akak nmpk sedap sungguh..
ReplyDeletePstt kaki kak dah ok ke,Awat xg klnk kak,leh juga sapu ubat n cuci luka tuh,adoyaiii seriau baca cite akak..sy pon nmpk gayanyer weekend nih kna menebas kat umh dijawi jugalah,org yg sewa dah tamat kontak,pas depa klq,umh tuh jadi tongkang pecah dah kak,smp kan tingkap pecah n mngkuk toilet pon leh pecah,mmg hampeh sungguh depa nih..
tengok gambar pun dah tau sedap :)
ReplyDeleteSalam Wattie...pertama kali nampak kurma telur..tentu sedap sangat2..menggiurkan betul.
ReplyDeletemesti cuba jgk ni sedapnyaaa
ReplyDeleteAssalam kak wattie,
ReplyDeletelauk telur masak apa pun kita suka..lagilah lauk kurma macam gini..memanglah sedap..Nakkk..
salam kak wattie ;;;
ReplyDeletesedapnya gulai kurma telur ni nampak can simple je bahan je cam nak buat yang daging punya .. wani ada terbuat sebab resepi dia nampak pelik tambah itu tokok ini ingat nak cuba la .. hasilnya kureng sedap sikit .. menyesal pulak buat banyak.. terlebih bahan lain .. kureng la menjadinya .. tapi yang ni simple je...
alhai kak watie ..jaga diri baik2 ya.. luka2 tu x leh nak ambil ringan jugak tau
Salam Wattie,
ReplyDeletePeh...ini pasti kalah kurmak Mamak Penang nie..rempah kurmak ditumis ..yes! ini yang buatkan kurmak ini cukup harum dan tentang "yogurt" ini yang Mamak Haji tertarik dengan resepi wattie..Ia bertukar menjadi menu ini sebagai menu makanan kesihatan(healthy Food).Kalau mcm ini Mamak Haji kenalah singgah selalu blog wattie..hehhehe!