Wednesday, December 28, 2011

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alahaiiii.......sunyinya suasana dapur dua tiga hari ni kan. Mungkin ramai yang masih bercuti cuti Malaysia, menghahiskan saki baki cuti yang masih tertinggal tak berapa hari lagi. Ataupun mungkin juga sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak2 ke sekolah. Saya pun malas jugak sebenarnya ni, tapi menggagahkan diri juga untuk mengupdate blog yang kian suram ni.


Ni menu dua tiga hari lepas, masakan MamakHaji lagikkkssssss.........jangan jemu ya, tapi kali ni saya mencuba pula resepi mee goreng mamak. Kita baru aja cuba mee goreng mamak, Mamakhaji dah bok keluaq mee rebuih pulak dahhhhhh.....huwaaaaa....tak tahan dah jiwa ni nak mencuba mee rebus pulak, sebab mee rebus memang favourite family semua. Oklah jom kita semak bahan bahannya ya, manala tau, kalau kalau ada sesapa yang ingin mencuba. Macam biasalah resepi MamakHaji memang panjang berjela jela sebab keterangannya amat terperinci, kalau tak reti buat jugak, tak taula nak kata apa. Pes mee goreng ni macam kuah cucur udangla, kelainannya ialah pada campuran kacang dhal yang dimasak bersama. Ooooo ni rupanya rahasianya ya......hehehe

RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Sumber : Mamakhaji tks Mamak.

Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.

1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 gengam kacang dhal (paruppu)

1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.

1 cekak mee kuning.
1cekak tuageh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1?.
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair.
air garam yang dilarutkan dalam botol.

Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).



CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis…hahaha).


Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Makan sepinggan mee goreng ni memang sungguh mengenyangkan, terduduk saya dibuatnya. Maunya tak kenyang, kat dalamnya ada bermacam macam campuran seperti cucur udang, tauhu goreng, kentang rebus selain mee itu sendiri. Rasanya kalau sepiring pun dah cukup.

Psssttt...MamakHaji, kalau la cheq ketuk kuali kuat kuat buat memanggil pelanggan dalam rumah cheq (macam yang mamak sarankan buat mengambil perhatian pelanggan yang berada 1 km jauhnya), macamanala agaknya ya hahahaha. Silap haribulan habis satu taman yang terkejut beruk dan terpa mai rumah cheq, ape ke halnya mak budak ni dok buat bising2 tengahari nih.....kuang kuang kuang........

9 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie

    Utk kita sepinggan jgn lupa ya?

    ReplyDelete
  2. wahh beshh kak wattie...ade resepi pes dia...salin dulu yerrr..TQ

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Wattie..main ketuk2 koli ni yang tak tahan nak dengar ni..Terus berdezuppppp kita datang bawa pinggan

    ReplyDelete
  4. salam kak wattie..hadoii terliurnyeee saya hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap, lain dari yang lain, ada guna kacang tanah dan kacang dal, mesti kena cuba...


    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kak cheq terlioq dah ni,kak ghetuk koli kuat tu macam mee pata yang hat padang kota tu kui kui kui

    ReplyDelete
  7. Kak Wattie,terliuqnya cheq tengok,nih dah leh nega mee goreng mamak dah ni kak wattie,pasni,kalah mee pata,hehe..Nmpak sedap tuh..

    ReplyDelete
  8. Sedapnye klu ada cili..mkn pedas2 memang terangkat dan licin je pinggan tu..

    ReplyDelete
  9. assalam kak wattie, wahh ada mee mamak pulak..sedapnya!.nanti nk terai gak la suka kalau mee mamak ni:)

    ReplyDelete