Wednesday, March 19, 2014

Princess Sofia The 1st Birthday Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Princess Sofia The 1st,  tempahan Farah Wahida dari Kampung Baru, Alma sempena hari lahir anaknya.



Di dalamnya adalah Chocolate Moist Cake.


Berat kek 2.1kg.  Dekorasi kek pula adalah butercream, fondant dan sedikit manik.


Farah Wahida juga menempah Blueberry Cheese Tart.














Selamat Hari Lahir diucapkan.  Semuga membesar menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia serta akhirat, amin.







Harapan saya tempahan yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa semua.  Sekiranya terdapat sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.










Monday, March 10, 2014

Ikan Kembung Goreng Bersambal



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu untuk hari ini adalah Ikan Kembung Goreng Bersambal ataupun Ikan Kembung Sumbat Sambal.



IKAN KEMBUNG GORENG BERSAMBAL

Bahan bahannya :-

6- 7 ekor ikan kembung / cencaru
sedikit garam

3 sb cili kisar 
1 biji bawang besar *
1 biji bawang besar *
1/2 inci belacan *
air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 biji buah tomato


Cara caranya  :-

1.  Ikan kembung disiang bersih.  Perahkan air limau kasturi dan garam biar serata dan biarkan sebentar.
2.  Cuci bersih dan toskan airnya.  Belah sedikit di bahagian belakangnya untuk memasukkan sambal.
3.  Lumur ikan dengan sedikit garam.  Asingkan


4.  Tumbuk bahan bahan bertanda * hingga lumat.   Masukkan cili mesin, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.  Gaul rata.
5.  Sudukan ke belakang ikan kembung yang telah dibersihkan tadi.
6.  Selitkan tomato yang telah dipotong baji bagi mengelakkan sambal daripada terkeluar.


7.  Panaskan minyak secukupnya.
8.  Goreng ikan hingga masak.  Berhati hati kerana gorengan mudah terpercik.
9.  Angkat dan letakkan di atas pinggan yang telah dilapik tisu dapur.
10.  Siap untuk dihidangkan.








Selamat Mencuba.

Saturday, March 8, 2014

DONUT GEBU & LEMBUT




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Minggu mencuba resepi resepi tersimpan.   Hari  ini mencuba resepi donut pula.





DONUT GEBU
Sumber Resepi  :  AzieJaya  (terimakasih ya)

Bahan-bahan   
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum 
1 peket yis segera-11gram 
50g marjerin/mentega 
1 sudu besar (penuh) shortening 
2 sudu besar (penuh) gula pasir 
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung 
1 biji Telur 
1/2 sudu kecil garam 
Gula Halus atau topping kegemaran anda 
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml) 


Cara-cara 
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). 


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur) Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. 


Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.



Saya gorengkan lebih kurang 10 ketul sahaja.  Selebihnya saya goreng separuh masak dan simpan dalam freezer untuk digoreng semua keesokkan harinya sebagai  bekal anak ke sekolah.


Saiz yang saya buat adalah saiz kecil.  Dapat lebih kurang 55 biji.



Thursday, March 6, 2014

The Melting Cheese Cakes & Mini Chocolate Cheese Tart




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek keju/cheese meleleh dan tat coklat keju bersaiz mini ini ditempah oleh Lina dari Penaga.  Setelah beberapa kali tempahan terpaksa ditunda disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan, akhirnya tercapai juga hasrat di hati Lina untuk merasai produk-produk keluaran deWattiesDelight.
























Seronok pula rasanya melorek design terbaru dari dapur saya ini.








Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.