Thursday, September 23, 2021

BISKUT SUJI TRADISIONAL




RESEPI BISKUT SUJI TRADISIONAL


Sumber Resepi : Cik Nurul Aini Gebuu

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum (diayak)

1 cawan gula halus ( gula icing ) ( boleh tambah kalau suka manis)

1 tin minyak sapi jenama Ghee (200g)

2 sb tepung jagung

4 sb susu tepung ( kalau tak letak pun boleh )

Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan




RESEPI BISKUT SUJI*

Cara Membuat Biskut Suji Tradisional

Masukkan minyak sapi dan gula dalam bekas menguli dan gaul sebati.(minyak sapi tak perlu cairkan)

Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, diikuti tepung jagung dan susu tepung dan gaul rata sehingga sebati.

Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lembut.

Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.

Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.

Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.

Sapu minyak/ marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.

Bakar pada suhu 160 `c dalam masa 20 minit (bergantung pada oven ).



Thursday, September 16, 2021

BINGKA (BENGKANG) UBI KAYU



BINGKA (BENGKANG) UBI KAYU

Sumber  :  Periuk Tanah


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa

1 cawan gula pasir (gula merah)

1/2 sudu teh garam

sedikit pewarna kuning



Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang






 




Friday, September 3, 2021

Indian Poori n masala tosai



N3 yg tertunggak sblm PKP.



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Minggu lepas saya, hubby dan anak sempat bersarapan pagi di Restoren Tandoori, Bandar Perda.  Hajat di hati sebenarnya nak makan Roti Naan tapi belum siap lagi, tengahari baru siap kata pekerja di situ. 

Jadi, saya menempah Roti Poori,  sejenis sarapan pagi popular masyarakat India untuk anak saya.  Anak anak memang tak biasa makan makanan sebegini sebenarnya, hehehe, takpa bagi dia rasa dulu.  Seingat saya, waktu saya bekerja dahulu, boleh dikatakan setiap minggu saya akan memesan 2 keping roti poori berinti masala dari rakan setugas berbangsa India yang kebetulan keluarganya menjalankan perniagaan makanan ini.
Ini pula untuk saya, Masala Tosai.   Jika berkunjung ke mana mana restoren mamak, hubby dan anak anak seringkali akan memesan roti canai ataupun roti telur.   Berbeza dengan saya,  Masala Tosai ataupun chapati menjadi pilihan,  itu makanan kegemaran saya sejak kecil lagi.  Teringat sewaktu kecil, arwah ibu dan ayah selalu belikan kami sekeluarga makanan ini.   Tosai Masala memiliki tekstur yang lembut dan 

rangup.   Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam ataukari ikan, serta chutney iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.
Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa.
Poori @ Roti Puri diperbuat daripada tepung gandum dan minyak @ minyak sapi.   Biasanya dihidangkan dengan hidangan sampingan seperti kari atau kentang