Friday, July 16, 2021

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIPS COOKIES






 CHOCOLATE CHIPS COOKIES

 250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

 Bahan Diayak
M 300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung 

Bahan Lain
 60 gm kacang badam / walnut / pecan
~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats
250 gm cip coklat

 1. Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
2. Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
4. Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
5. Gaulkan hingga sebati dan rata.
6. Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.


Monday, July 12, 2021

TART NENAS GEBU

 




TART NENAS GEBU

Bahan utk doh :-
250 gm mentega
75 gm gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

280gm tpg gandum
40gm tpg kastad 
10gm susu tepung.
70gm tepung jagung

Bahan utk Glis   :-
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

450 gm jem nenas ready made @ secukupnya


Cara cara :-

Untuk D0h :-
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur,
esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.

Untuk Glis :-
Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.

Untuk Tart Nenas :- 
Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan)
dan tekan. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh.
Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan
dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tart tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.