Friday, February 19, 2010

Kek Kukus Buah-buahan Fondant

Salam semua,

Agak lama juga saya belajar membuat kek fondant, klu tak silap pertengahan tahun lepas. Jadi, di kesempatan ini saya cuba mempraktikkan apa yang saya pelajari dengan membuat sebiji kek untuk anak saya Amin Fayyadh sempena hari lahirnya yang ke 10. Takut lupa pulak kalau dah lama tak buat. Bila dah habis deko, baru la terperasan yang anak kita tu lelaki, silap haribulan pi adun warna pink, letak bunga pulak tu......alahai, awatla pi jadi lagu tu. Ni mesti pasai dok ralit menguli fondant ni.... Apa pe pun, beginila hasil kek fondant pertama saya. Deko nya simple saja sebab sendiri punya, hehehe.

Jika anda berkeinginan untuk menempah kek yang sebegini atau apa2 jenis kek lain, sila lah sms/tel 012-4742726 atau email saya di watti.ismail@gmail.com. Saya pasti membuat yang terbaik, demi memuaskan hati anda sebagai pelanggan yang amat saya hormati, insyaALLAH.





Wednesday, February 10, 2010

Nasi Udang Kitchari


Kek Oren





Petang tu, cuba pulak buat kek strawberry mat gebu, tp saya tukar perisanya jadikan kek oren sebab tu aja stok yang ada kat rumah. Tekstur kek ini sangatla gebu dan lembut macam nama tuanpunya kek, terimakasih ya Cik mat sebab sudi berkongsi resepi ini. Buat kek ni pun kosong aja tak mekap apa pun.

Friday, February 5, 2010

Gulai Pisang dgn bilis











GULAI PISANG DENGAN IKAN BILIS
Bahan-bahan :-
4-5 biji pisang
5-6 sb rempah kari daging/ayam
1 sb cili mesin
segenggam ikan bilis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 st lada hitam
1 mangkuk santan pekat
garam dan sedikit serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan airnya. Pisang dibuang kulit, dipotong dan dibersihkan.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk lumat.
3. Campurkan serbuk kari daging/ayam dengan sedikit air dan gaul sebati.
4. Hiris sedikit bawang merah, bawang putih dan halia untuk menumis.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tadi. Bila telah naik bau masukkan rempah kari tadi dan biar sehingga naik minyak. Masukkan pula ikan bilis dan biar sebentar.
6, Masukkan pisang dan dan gaul rata. Biar hingga pisang 1/2 masak.
7. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih.
8. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
9. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan.

Blueberry cheese cake




Salam, Lama sangat teringin nak buat cheese cake ni, baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya. Resepi cheese cake ni saya ambil dari fp Kak Liza, thanks yer kak. Rasanya memang sedap. Masa tengah tuang topping blueberry kat atas kek tu, terlebih tuang la pulak sampai meleleh ke bawah. Mmmmm yummy, memang sedap banget. Lain kali saya akan cuba resepi lain pula.

BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan:
250 gm krim keju
80 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung ]
30 gm tepung superfine ] ayak
100 gm blueberry
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan putih dan kuning]
1 s/k cream of tartar
Topping: Filling blueberry.. bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket.

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 10 minit.
2. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga betul2 gebus [bila diterbalikkan tidak tumpah]
3. Pukul keju, butter dan gula sehingga kembang.
4. Masukkan fresh cream dan kacau rata.
5. Masukkan kuning telur satu persatu. Masukan esen vanilla.
6. Masukkan tepung jagung dan tepung superfine dan kacau rata lagi.
7. Masukkan blueberry dan juga putih telur. Kacau rata.
8. Masukkan adunan dalam acuan spring-foam dan bakar dalam oven selama 75 minit.
9. Sejukkan selama beberapa jam dan masukkan dalam peti sejuk.
10 Hiaskan dengan blueberry topping dan hidangkan.