Friday, December 17, 2021

Chocolate chips rangup dan sedap




Biskut cip coklat yg sangat rangup, sangat sedap dan tak boleh berhenti bila dimakan.


 CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Bahan Bahan  :

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan Diayak

300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain

60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats
250 gm cip coklat
  



1.            Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.

2.            Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.

3.            Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.

4.            Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.

5.            Gaulkan hingga sebati dan rata.

6.            Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.

7.            Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.






 

Wednesday, December 1, 2021

Roti Jala Kari Ayam


Roti Jala
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)




Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.







5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.



Untuk resepi kari, anda boleh memilih samada nak digandingkan dengan kari ayam ataupn kari daging.  Di bawah ini saya letakkan link untuk resepi kari yang bersesuaian.





Wednesday, November 24, 2021

Tart Nenas Bunga Rose



TART NENAS
Sources  :-  Ayu@curlybabesatisfaction 

 Bahan-bahan utama: (Ayu buat 21/2 adunan dan inti nenas1kg ngam2 )
200 gm mentega (guna yang masin, gunakan goldenchurn butter)
1 sudu besar minyak sapi
2 biji kuning telur
3 sudu besar gula ising
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan tepung gandum 
jem nenas. 

.


Langkah pertama: 
Masukkan mentega, minyak sapi dan gula ising. Pukul guna senduk hingga sebati. Tidak perlu lama-lama. Asalkan gula sudah sebati dan cair bersama mentega dan minyak sapi sudah memadai. masukkan kuning telur. Pukul lagi.

Langkah kedua: 
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang sempurna. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung lagi tetapi jika doh sudah elok cantik, tidak payah habiskan baki tepung tersebut. Doh yang sempurna adalah doh yang sebati dan tidak melekat di tangan. 



Langkah ketiga: 
Sediakan plastik pengalas, penggelek doh dan penerap. Bahagikan doh pada beberapa bahagian. Ambil bahagian pertama dan mula canai. Bahagian doh yang lain hendaklah ditutup dengan kain supaya doh itu tidak kering. Canai dengan ketebalan sederhana. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai. Jika hendak lagi faham, sila rujuk pada gambarajah yang telah Mina sediakan ini. 

Langkah keempat: 
Setelah terap cengkerangnya, sumbatkan pula jem nenas ke dalam lubang yang tersedia. Pastikan jem nenas itu telah anda bulatkan atau gentel terlebih dahulu. Jangan malas-malas tau, nanti Biskut Tart Nenas anda jadi bersememeh dan tidak cantik.





Langkah kelima:
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 25 minit atau sehingga masak. Mina hanya menggunakan api bawah sahaja.





Thursday, November 11, 2021

KUIH SERIMUKA BAKAR



 
Kuih Seri Muka Bakar
Sumber  :   Azie Kitchen


Bahan Lapisan Bawah:-

500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus

sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak) 



Cara cara:

Rendam pulut sekejap. Basuh bersih  dan toskan.  Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.

Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul  rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak.  Tekan dan ratakan.



Bahan Lapisan Atas:-

4 biji telur gred B
1 cawan gula pasir - kurangkan 1 sudu besar
3 cawan santan 
1/2 cawan air daun pandan (pewarna kuning)
3/4 cawan tepung gandum - tambah 1 sudu besar
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil esen pandan
Sedikit pewarna hijau - jika suka
Beberapa helai daun pandan


* daun pandan dimesin dgn 1/2 cwn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia +  1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis


Cara cara: [

Kisar kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.  

Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna.  Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak

Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.





Thursday, November 4, 2021

RESEPI QUICHE LORRAINE

 





RESEPI QUICHE
Sumber  :  juicycafe


Bahan2 pastry..
250 gm tepung gandum - ayakkan
150 gm butter
Secubit garam
70 gm air



Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum dan butter dalam mangkuk, gaul atau pukul guna mixer sehingga menjadi serbuk roti.
2. Tambahkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

3. Bungkuskan doh dengan plastik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

4. Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm.




5. > pastry ke dalam loyang springfoam pizza yang telah digris bersaiz 9 inci dan tusukkan dengan garfu pada keseluruhanll pastry.

6. Sejukkan pastry dalam peti sejuk selama 20 minit.

7. Keluarkan pastry, alas keseluruhan pastry dengan kertas aluminium dan isikan dengan kacang hijau, ini supaya pastry tidak menggelembung.

8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit.
9. Keluarkan pastry, buang kertas aluminium dan kacang hijau, bakar lagi selama 8 minit.
10. Keluarkan dan sejukkan sebentar.



.

Bahan2 inti..
3 sdb minyak zaitun
160 gm bawang holland - hiris halus
60 gm ikan salmon - potong kecil - buang tulang - cuci - toskan
60 gm udang segar - potong kecil - cuci - toskan
100 gm keju mozarella @ parmesan - diparut
3 biji telur
200 gm susu segar
150 gm uht whipping cream
20 gm tepung gandum
1/2 sdk garam halus
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya..

1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar.

2. Letak dan ratakan bawang dalam kulit pastry yang telah disediakan.


3. Taburkan ikan salmon, udang dan mozarella sehingga rata pada keseluruhan pastry.

4. Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam, lada sulah dan kulit kayu manis, tapiskan dan tuang kedalam kulit pastry.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 35 minit atau sehingga masak.

6. Siap dihidangkan.

Thursday, October 28, 2021

KUEH KETAYAP YANG LEMBUT

 


RESEPI KUEH KETAYAP

Sumber  :  Che Nom


Bahan-Bahan:


Bahan-bahan untuk inti kelapa:

1 biji kelapa parut

1/2 cawan gula melaka

sedikit air

1/2 cawan gula putih

1-2 helai daun pandan

1/2 sudu kecil garam



Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)

1/2 cawan jus pandan (kisar 1/2 cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)

1 biji telur

1/2 sudu kecil pewarna hijau

2 sudu besar minyak masak

1/2 - 1 sudu kecil garam


CARA CARA


Cara-cara untuk inti kelapa:

Masak kelapa parut (kelapa muda lagi sedap), sedikit air, gula nisan @ gula melaka.

Tambah lagi air supaya gula mudah larut.

Kacau sampai gula cair sikit.

Masukkan daun pandan.

Teruskan masak sampai bahan-bahan larut sekata.

Masukkan gula putih dan garam.

Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan sejukan.




Cara-cara untuk kulit kuih ketayap:


Gunting daun pandan kemudian bland dengan sedikit air.

Ambil air daun pandan.

Masukkan bahan-bahan kedalam blander secara berselang seli.

Dimulakan dulu santan cair (supaya tepung tak melekat di permukaan bawah blander).

Diikuti dengan tepung gandum, air pandan, telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak (untuk kuih kekalkan lembut lebih lama).


Kisar sampai sebati dan kemudian tapis.

Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak (ratakan dengan tisu).

Tuang adunan dan ratakan dalam pan.

Sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit (supaya kulit tidak koyak bila digulung).

Masukkan inti dan gulung perlahan-lahan.


Tips:

Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.

Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.

Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut. Che Nom tak masak dulu sbb guna gula nisan ori dari Marang, gula nya yg lembut dan cepat cair


Friday, October 15, 2021

Resepi Tart Nenas Nyonya Yg Sedap





Tart nenas tradisional nyonya yg sangat gebu, lemak dan cair di mulut .  


TART NENAS NYONYA

Bahan utk doh :-
250 gm mentega
75 gm gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

280gm tpg gandum
40gm tpg kastad 
10gm susu tepung.
70gm tepung jagung

Bahan utk Glis   :-
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

350 gm jem nenas ready made @ secukupnya




Cara cara :-

Untuk Doh :-
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur,
esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.

Untuk Glis :-
Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.

Untuk Tart Nenas :- 
Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan)
dan tekan. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh.
Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan
dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tart tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.







 

Friday, October 1, 2021

Ayam Kicap Pedas Chef Wan



Sumber  :  SINI

Ayam Kicap Pedas Chef Wan

Bahan:-
10 keping ayam - digoreng dahulu

Bahan digoreng dan dikisar:-
6 batang cili kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

Bahan sampingan:-
1 sudu kecil teh serbuk kunyit
1 cawan nenas - potong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - potong 2 cm panjang (*ummi pun guna carrot)
2 biji buah tomato - belah 4
2 tangkai daun bawang - hiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap (*ummi ganti kicap pekat manis mcm Maklang gak..hehe)
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama serbuk kunyit. Masukkan stok ayam berkicap, timun/carrot dan ayam. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air, asam jawa, nenas, tomato, gula dan garam. Setelah masak hidangkan dengan hirisan daun bawang.


Thursday, September 23, 2021

BISKUT SUJI TRADISIONAL




RESEPI BISKUT SUJI TRADISIONAL


Sumber Resepi : Cik Nurul Aini Gebuu

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum (diayak)

1 cawan gula halus ( gula icing ) ( boleh tambah kalau suka manis)

1 tin minyak sapi jenama Ghee (200g)

2 sb tepung jagung

4 sb susu tepung ( kalau tak letak pun boleh )

Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan




RESEPI BISKUT SUJI*

Cara Membuat Biskut Suji Tradisional

Masukkan minyak sapi dan gula dalam bekas menguli dan gaul sebati.(minyak sapi tak perlu cairkan)

Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, diikuti tepung jagung dan susu tepung dan gaul rata sehingga sebati.

Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lembut.

Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.

Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.

Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.

Sapu minyak/ marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.

Bakar pada suhu 160 `c dalam masa 20 minit (bergantung pada oven ).



Thursday, September 16, 2021

BINGKA (BENGKANG) UBI KAYU



BINGKA (BENGKANG) UBI KAYU

Sumber  :  Periuk Tanah


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa

1 cawan gula pasir (gula merah)

1/2 sudu teh garam

sedikit pewarna kuning



Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang






 




Friday, September 3, 2021

Indian Poori n masala tosai



N3 yg tertunggak sblm PKP.



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Minggu lepas saya, hubby dan anak sempat bersarapan pagi di Restoren Tandoori, Bandar Perda.  Hajat di hati sebenarnya nak makan Roti Naan tapi belum siap lagi, tengahari baru siap kata pekerja di situ. 

Jadi, saya menempah Roti Poori,  sejenis sarapan pagi popular masyarakat India untuk anak saya.  Anak anak memang tak biasa makan makanan sebegini sebenarnya, hehehe, takpa bagi dia rasa dulu.  Seingat saya, waktu saya bekerja dahulu, boleh dikatakan setiap minggu saya akan memesan 2 keping roti poori berinti masala dari rakan setugas berbangsa India yang kebetulan keluarganya menjalankan perniagaan makanan ini.
Ini pula untuk saya, Masala Tosai.   Jika berkunjung ke mana mana restoren mamak, hubby dan anak anak seringkali akan memesan roti canai ataupun roti telur.   Berbeza dengan saya,  Masala Tosai ataupun chapati menjadi pilihan,  itu makanan kegemaran saya sejak kecil lagi.  Teringat sewaktu kecil, arwah ibu dan ayah selalu belikan kami sekeluarga makanan ini.   Tosai Masala memiliki tekstur yang lembut dan 

rangup.   Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam ataukari ikan, serta chutney iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.
Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa.
Poori @ Roti Puri diperbuat daripada tepung gandum dan minyak @ minyak sapi.   Biasanya dihidangkan dengan hidangan sampingan seperti kari atau kentang