Saturday, April 30, 2011

Lauk Beriani Ayam


Salam semua,
Selamat berhujung minggu semua. Bestkan semua orang dapat bercuti lama kali ni, esok pun cuti lagi lah yer sebab menyambut hari pekerja. Terlambat pulak update n3 hari ni. Sebenarnya nak update semalam, tapi saya ke rumah SIL sebab ada kenduri sikit kat sana, petang baru balik. Bila buka lappy nak letakkan n3 ni, tetiba jadi slow pulak, mengalahkan kura kura, naik boring kita ni menunggunya....terus tutup, esok jerla update.

Jadinya, sebagaimana yang dijanjikan hari ni saya nak menayangkan pula lauk yang digandingkan denga nasi beriani yang saya buat kelmarin dulu. Resepi Kak Liza menjadi pilihan saya. Saya memang suka memasak lauk pauk dari resepi Kak Liza sebab kena sangat denga selera saya. Dah banyak sangat resepi Kak Liza yang saya cuba dan hasilnya tidak pernah menghampakan, terimakasih bebanyak ya Kak Liza. Saya telah lama mengikuti perkembangan Kak Liza sejak di alam fotopages lagi. Seingat saya, Kak Liza adalah antara yang terawal bergiat aktif di dalam perkongsian ilmu masak memasak ini.



Inilah dia beriani ayam WHM. Saya buat agak pekat sedikit. Lauk ni pekena dengan nasi beriani ayam......fuhhhhhhh sedap sangat, hingga menjilat jari tau.....hehehe Anak anak dan hubby semua kata sedap, siap suruh buat lagi nanti.



Resepi ni sebenarnya menggunakan daging, tapi saya tukarkan dengan ayam. Walaupun ayam, rasanya tetap sedap. Kepada yang ingin mencuba, di bawah ni saya perpanjangkan resepinya yang saya perolehi dari rumah Kak Liza

BERIANI DAGING/AYAM

Bahan
1 kg daging / ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.




Friday, April 29, 2011

Nasi Beriani Ayam



Salam jumaat yang mulia,
Hari ini mengagahkan diri menunaikan permintaan hubby yang teringin nak makan nasi beriani. Kalau ikutkan citarasanya, dia nakkan nasi beriani daging, tapi disebabkan stok dalam petisejuk cuma ada ayam, maka beriani ayamlah jadinya. Beras basmathi tu pun dah agak lama dibeli masa shopping mingguan kat Tesco. Hubby yang beria-ia suruh beli.

Resepi beriani ayam ni adalah resepi lama zaman dulu dulu. Masa tu tenet tenet semua ni tak ada lagi. Saya memang tak ingat langsung kat mana saya salin resepi ni. Maklum, dulu dulu semua resepi pilihan saya kumpul dan salin semula ke dalam sebuah buku yang saya namakan buku masakan. Kebanyakkan resepi saya ambil dari majalah, suratkhabar ataupun salin terus semasa menonton di tv. Buku masakan pun dah naik rabak.



Saya suka memasak menggunakan resepi ni kerana ianya menggunakan rempah ratus campuran yang kita kisar sendiri (tak pakai rempah beriani paket tu ya). Kalau yang kehabisan stok beriani ataupun tak jumpa rempah beriani kat mana mana, resepi ini amat molek untuk digunapakai. Dijamin sedap!!!



Dari segi rasanya pula, kalau mengikutkan tekak saya yang memang sukakan masakan yang berempah, nasi beriani ni meamng sangat sedap kerana rempah ratusnya yang pelbagai. Rupanya pun sedikit berlainan dari rempah beriani paket.

Proses memasak hampir sama macam nasi nasi yang lain. Bila air nasi yang ditanak kering, saya selitkan ketulan ayam yang saya ambil dari lauk beriani ayam yang saya sediakan sekali di celah celah nasi. Bila digembur nasinya, mak aiiiii baunya saja sudah cukup untuk membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya perpanjangkan resepinya.

NASI BERIANI AYAM

Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar

Rempah Utk Digiling :-
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak

Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis



Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.

Untuk lauk beriani pula, esok saya akan letakkan n3nya, barula cukup syarat set nasi berianinya kan? Tak bolehla letak hari ni, dah panjang sangat ngomelan saya hari ini, kang boring lak semua orang. Lagipun, kalau letak hari ni semua, nanti tak ada apa pula yang nak ditayangkan esok kan........jadi....sabo ya TUNGGUUUUU............................

Tuesday, April 26, 2011

Kek Gulung Ala Siput



Salam semua,
Petang kelmarin memberanikan diri buat Kek Gulung Kasih yang glamour ni. Merata rata nampak orang dok buat. Paling teruja bila tengok Cik Mat Gebu buat, kemain cantiknya lagi. Tapi nama kek Cik Mat Kek Gulung Sekaya. Terus aja hati ni meronta ronta nak buat jugak.


Mencabar jugak buat kek gulung ni, perlu berhati hati kalau tak kek merekah ataupun melekat. Kena buat lembut lembut dan ayu ayu gitu.......ahakssss


Tengoklah hasil gulungan kek saya. Bab menggulung ni saya tak berapa arif, kena banyak praktis lagi. Kek gulung saya tak berapa bulat gulungannya, jadi bujur la pulak, lepas tu tang hujung hujung dia melekat sikit, mungkin sebab permukaannya masak tak sekata. Kek ni saya namakan kek gulung ala siput sebab bila dah potong nampak cam siput lak, jangan marah Dayang ya.



Saya tak buat tompok tompok. Saya lorekkan saja ikut gerak jari jemari kasarku ni selepas meletak beberapa tompok kat atas kek. Saya gunakan warna kuning dan hijau saja, tp bila masak cuma warna hijau saja yang kelihatan, warna kuning lak hilang, hmmmm mungkin warna asal kek dan warna kuning yang saya gunakan seakan akan warnanya. Tekstur kek ni sangat sangat halus dan lembut. Saya sapukan buttercream kat dalamnya. Disebabkan kek ni pun kecik aja, sekejap aja dah selesai, tanggung beres.



Resepi ni dah lama saya cp dari rumah Mas. Masa tu tengah demam kek ni. Resepi asal dari DayangJack. Terimakasih buat semuannya ya.

Kek Gulung Ala Siput

Bahan :
70 g tepung gandum - diayak
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran@minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak @ minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Rujuk DISINI. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem @ krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.



Monday, April 25, 2011

Telur Masak Kicap Lada Hitam

Salam semua,


Semalam masak ayam, hari ni giliran telur pulak. Kat rumah saya ni, kalau nak menu telur tu laku cepat, samada dibuat telur masak kicap atau telur bersambal, jalanla.

Resepi yang saya ambil dari rumah Ummi Kuantan ini ringkas dan senang saja cara buatnya. Resepi ni lebih kurang macam telur masak kicap biasa, cuma kelebihannya ada tambahan lada hitam dan capsicum. Itulah yang menjadikannya istimewa.


Nampak pun cantikkan sebab kepelbagaian warna, ada merah, ada hijau, ada oren dan juga hitam. Rasanya pula apatah lagilah, maveles gitu. Terimakasih buat Ummi untuk resepi istimewa ini. Di bawah ini saya perpanjangkan resepinya kepada yang ingin mencuba.

TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili

1 - 2 sudu besar kicap masin

1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang
1 biji tomato - dibelah 6

sedikit garam (jka perlu)

sedikit air
minyak utk menumis

Cara-Cara:-

Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.

Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.

Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)

Tutup api dan hidangkan




Sunday, April 24, 2011

Ayam Pandan - Pandan Chicken



Salam petang Isnin semua,
Bersiaran semula setelah 2 hari bercuti ya. Semalam saya tanyakan anak anak, esok nak makan apa, mama nak masakkan. Anak yang ke4, AminFayyadh beritahu minggu lepas masa kat sekolah dia makan ayam pandan, seketul 50sen, sedap katanya, jadi dia pun beli 2 ketul, makan meratah begitu saja. Katanya lagi, cuba mama buat ayam yang macam tu, mesti sedap. Maka, saya ni pun jalankanlah soal selidik, tanya itu dan ini, macamana rupanya, bagaimana rasanya, bagaimana cara buatnya, maklum ni first time saya dengar resepi ayam pandan. Bagus jugakla, sebab daun pandan kat belakang rumah tu dah terlampau banyak sangat, sampai kering jadinya, sayangla pulak.



Malam tu jugak saya google kat dalam internet cari resepi ayam pandan. Tu diaaaaaa banyaknya resepi ayam pandan, ada berbagai2 versi sebenarnya. Ada versi Indonesia, ada versi Thailand dll. Jadi, buat permulaan ni kita cubala resepi yang versi Malaysia dulu yer dak, cepat cepat copy paste, esok bolehla bereksperimen.



Maka, hari ni bangun awalla sikit, bersihkan ayam, lepas tu perap dengan rempah ratusnya dulu. Sambil sambil tu masak nasi, buat jugala kari ayam sikit serta sup ayam utk anak kecil. Kemudian pergi belakang rumah ambil daun pandan pula, saya pilih yang besar2 dan panjang sikit supaya mudah bila nak membalut nanti.



Proses membalut ayam menggunakan daun pandan ni mencabar jugak rupanya sebab daun pandan tak macam daun palas yang lebih lebar dan panjang. Ayam pun kenala potong kecil kecil supaya muat bila membalut. Untuk ayam yang agak besar saya letakkan 2 helai daun pandan, lepas tu selit dengan "toothpick" supaya tidak terbuka dan kemas.

Selepas membalut, terasa tangan ni panassss, hmmmm panas betul ni sebab banyak cili padi kat dalam perapan tadi. Jenuh jugakla saya mencuci dengan sabun, masih jugak panas, lebih kurang 2 jam jugaklah baru panas tu reda sikit.



Tiba masa menggoreng pulak. Takder masalah langsung sebab balutan tidak terbuka dan melekat. Sementara menunggu ayam masak, belek belek juga suratkhabar semalam. Aduhaiiii, bau daun pandan semerbak mewangi memenuhi ruang rumahku, bukan dapur saja, habis satu rumah bau ayam pandan ni. Kecur air liurku, tak sabar rasanya nak rasa ayam ni.



Ini la dia rupanya ayam pandan. Rasanya sedap sangat walaupun sedikit pedas. Resepi yang dicungkil dari MYResepi ni sumbangan Che Iza@MyResepi. Kepada yang ingin mencuba, tu dia resepinya saya dah tepek kat sini. Terimakasih ya Iza.

Ayam Pandan

Bahan-bahan (untuk 3-4 org )

1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Thursday, April 21, 2011

Crispy Fried Bread - Roti Goreng Rangup



Salam jumaat yang mulia,
Petang semalam perut berkeroncongla pulak. Tengok atas meja ada roti gardenia. Terus terbayang pada roti goreng rangup yang ditayangkan oleh Hasue tidak lama dulu. Ramai jugak yang telah mencubanya.

Resepinya pun senang sangat, budak budak pun boleh buat. Jadi, tidak mahu buang masa terus ke dapur bancuh adunan tepungnya. Biarkan sekejap atas meja, lepas amik anak dari kelas fardhu ain barulah goreng roti ni.



Sedapnya roti niiiiiii!!! Lembut dan rangup gitu. Yang bagusnya tu, adunan ini tidak menyerap minyak ke dalam roti (tak makan minyak kata orang utara). Untuk 8 keping roti rasanya adunan ni terlebih banyak. Nak buat double pun boleh. Lebihan tepung menggoreng tu saya simpan dalam petisejuk, esoknya anak goreng lagi, masih elok jadinya. Anak anak semua suka, sekejap aja dah licin. Zaidany siap merungut lagi, katanya abang makan banyak jadi dia tak bolehla nak berulang makan. Takpa la sayang, nanti ada masa mama buat lagi, gitula pujuk saya.



Adunan roti ni jugak sesuai untuk dibuat menggoreng pisang, cempedak, ubi dll. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada HaSue yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Tak lupa juga buat Hana dimana resepi ni saya cp. Oppss, Tun pun dah cuba nampaknya kan, tapi Tun buat goreng pisang. OKlah, kepada yang belum mencuba, dibawah ni saya perpanjangkan resepinya ya.

Crispy Fried Bread (Roti Goreng Rangup)

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning



Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)

Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.



Wednesday, April 20, 2011

Ikan Pesmol



Salam dan selamat tengahari semua,

Ni N3 live from Permatang Pauh tau. Takder yg autopublish macam selalu yer. Issshhh, bukan gossip Mr X ler. Ni kan blog masak, gossip masak jerla.

Semalam sewaktu menonton tv, tiba tiba terdengar orang memberi salam. Terkejut jugakla malam malam begini orang bagi salam kan. Entah orang ker apa ker.....eeeee takutnya.. Jengah dari tingkap, rupa-rupanya kawan hubby. Hubby yang tengah dok mengelamun dalam bilik air, terus keluar bila dipanggil dengan bertuala, hehehe hubby saya ni jenis yang tak berapa kisah sangat. Ingatkan apala yang mustahak sangat,
rupa rupanya dia bawak ikan, nak jual. Katanya, adiknya baru jer ambil dari Kuala Muda, Penaga. Kuala Muda memang terkenal dengan ikan ikannya yang fresh sebab baru naik dari laut. Terus aja, hubby beli. Bila bawak masuk ke dalam rumah, saya merungut jugakla sebab ikan yang dalam peti ais tu pun masih banyak lagi yang belum dimasak, ni pi tambah pulak......waaaaaaaaa geramnya. Ikan kecik kecik pulak tu, jenuhla aku nak menyiangnya huhuhu…… Lagipun anak anak tak berapa suka makan ikan, kalau ayam tu lajula sikit. Tapi, apa nak buat, ikan dah pun dibeli, kenala otak ni memikir camana nak menghabihkannya.



Jadi, hari ni kenala masak ikan. Cari resepi yang sempoi sikit, biar famili semua suka. Resepi ni dah lama saya copy dari rumah Nur. Asal resepi ni sumbangan Datuk Chef Wan yang terkenal seantero dunia. Terimakasih ya Nur kerana promote sakan resepi ni. Kalau nak tengok versi yang cun melecun leh la singgah rumah Nurindah . Ikan Nur cantik jer jadinya dengan hirisan limau sebagai hiasan. Saya punya togel aja, takder hiasan apa pun, ikan rock ler jadinya hehehe.


Ikan Pesmol
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

Bahan Kisar
~~~~~~~~~

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia



Cara-Cara
~~~~~~~
1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata-rata.
4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.


Rendang Udang



Salam petang rabu semua,
Pagi pagi lagi dah tanya pakcik google resepi udang. Pakcik google pun keluarkanlah resepinya yang panjang berjela, tapi hati ni terbekenan kat satu jer resepi. Yang kita masak hari ni tu la.



Beginilah kejadian udang setelah direndangkan. Rasanya pulak, wallaaaa......sedap sesangat, maklum rendang la katakan. Bila makan rendang ni rasa macam nak raya la pulak sebab selalunya rendang rendang ni kita cuma jumpa pada hari raya kan.

Resepi sedap dari MYResepi ni sumbangan Fida. Terimakasih bebanyak ya Fida.

Rendang Udang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sb serbuk rempah kari
2 batang serai - dititik
2 lembar daun kari - dipetik2
1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
3 sb penuh kerisik
garam dan gula secukup rasa
1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
minyak utk menumis

Cara-cara
Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.


Amacam??? Teringin dak....mai sini lekaih amik sorang sekoq. Sapa cepat dia dapat, sapa lambat, tinggai bekaih la jawabnya......

Monday, April 18, 2011

Ayam Harum Thai



Salam buat semua,

Resepi yang telah dicuba oleh ramai bloggers masak memasak, hanya saya yang sedikit ketinggalan. Biasala kan, bila dah dok dalam waiting list, kenala tunggu gilirannya kan. Ayam Harum Thai ni masak semalam. Saya buat untuk 1 ekor, jadi kenala doublekan bahan-bahannya. Kat rumah saya ni kalau buat sedikit, nanti tak cukup pula sebab rakyatnya ramai.

Dari segi rasanya pula, ada rasa masam masam manis gitu, tak pedas langsung. Kalau ada anak anak kecil yang teringin nak makan, tak perlula risaukan ? Masaknya pun tak mengambil masa yang lama sebab semua bahan ready made, cuma campurkan aja.



Macam biasala, posing sikit untuk tatapan teman-teman semua. Tempat posing biasanya kat dapur kecil saya, tempat dimana semua masakanku terhasil. Terimakasih buat Ummi yang telah mempromosi sakan resepi ini. Tak lupa juga buat tuanpunya resepi.

AYAM HARUM THAI
Resepi: TryMasak
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan

2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)

sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas




Saturday, April 16, 2011

Custard Teacake



Selamat berhujung minggu semua,
Lama dah buat custard teacake ni, masa deman kek ni melanda waktu tu. Saja simpan dulu buat pekasam, hari ni baru post n3 nya. Teragak2 juga nak postkan n3 ni sebenarnya. Teacake yang saya buat ni berderai sewaktu saya mengalihkannya ke dalam pinggan. Mujur juga ada sebahagian yang masih boleh dipotong untuk diambil gambar. Tekstur kek ni tersangatlah gebunya. Itulah yang membuatkan tangan kasar saya ni tak mampu nak mengampu kek tu dengan seelok2nya.



Walaupun begitu, rasa kek ni memang mabeles. Macam yang blogger lain komen. Tengokla custardnya.....hmmm nyum nyum. Resepi asal dari blog 1001 Resepi tapi saya copy paste dari blog CMG. Terimakasih buat kedua-duanya ya.

CUSTARD TEACAKE

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Panaskan oven pada suhu 178C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Friday, April 15, 2011

Spicy Red Chicken - Ayam Masak Merah Chef Wan



Salam semua,
Hari ni saya masak Ayam Masak Merah Resepi Chef Wan. Saya peminat resepi Chef Wan No 1 tau..... Suka sangat tengok cara dia menyediakan hidangan dengan mulutnya yang petah berbicara membuatkan sesiapa saja tidak jemu mendengarnya.



Resepi ni saya tukil dari laman Asian FoodChannel. Terimakasih buat Chef Wan.

Spicy Red Chicken
(Ayam Masak Merah)

Ingredients:
6 Tbsp / 3 fl oz Vegetable Oil
2 Cinnamon Bark (Kulit Kayu Manis)
4 pieces Cloves
4 pieces Cardamoms
125 ml / 4 fl oz water
1 kg / 2 pounds / 3 oz Chicken, cut into 12 pieces
125 g / 4 fl oz Raisins, finely chopped
250 ml / 8 fl oz Tomato Ketchup (Tomato Sauce)
3 Tbsp / 1 ½ fl oz Honey
3 Lemongrass (Serai), slightly bruised
1cm / ½ Galangal (Lengkuas or Blue Ginger), crushed
2 tsp toasted Sesame Seeds
2 Screw Pine Leaves (Daun Pandan), shredded and knotted
1 sprig Mint Leaves (Daun Pudina), roughly crushed
1 Lime (Limau Nipis)
Salt to taste

Paste Ingredients: - to be finely grounded

10 Shallots (Red Onion), peeled
2 Garlic cloves, peeled
2 cm / 1inch Ginger, peeled
1 Lemongrass (Serai)
15 pieces dried Chilies (Cili Kering) - softened in hot water, drain

Method:
Marinade Chicken with a pinch of salt, and Turmeric Powder. Deep fry Chicken together with 1 Lemongrass (Serai), 1 Screw Pine Leaves (Daun Pandan), and 1 Cinnamon Bark (Kulit Kayu Manis). Drain and set aside.

Heat Oil in a wok; add in grounded Paste, and the remaining Cinnamon Bark, Cloves, Cardamoms Pods, Screw Pine Leaf and Lemongrass. Stir-fry until fragrant.

Add in Galangal, Raisins, Tomato Sauce and Honey, and stir well. Then, add in the Chicken and crushed Mint Leaves. Bring to simmer for 1-2 minutes.

Lastly add in salt, Lime Juice and toasted Sesame Seeds.

Dish onto a serving plate. Sprinkle toasted Sesame Seeds for garnish

Thursday, April 14, 2011

Sotong Percik



Salam buat semua,
Tak tahu langsung yang hubby ada membeli sotong sewaktu pergi ke pasar malam tempohari. Semalam baru hubby beritahu, baru perasan sebab masa dia bawa balik hari tu terus aja masuk petisejuk tanpa dibuka bungkusannya. Jadinya, hari ini giliran resepi sotong la pula yer.

Resepi sotong percik ni saya ambil dari rumah Ummi Kuantan. Selalunya yang kita dengar hanya ayam percik saja, tak sangka pula sotong percik pun ada resepinya. Sotong kali ni kecil kecil sahaja, jadi banyaklah juga kuantitinya. Hubby kata mahal pulak harga sotong kali ni sampai RM 20, selalu beli tak sampai harga tu. Saya gandakan resepi ni untuk sesuaikan dengan kuantitinya. Cara masaknya pula saya ikut cara Ummi juga.





Asal resepi ni dari Rossitamz@MyR ni...asal namanya Sotong Percik Ramadhan, tp saya cp dari blog Ummi Kuantan . Terimakasih semuanya ya.


SOTONG PERCIK

Bahan:-
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (*)
5 biji cili padi (*)
5 biji cili merah (*)
1 labu bawang besar (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
2 batang serai (*)
1 helai daun kunyit - hiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam jawa
garam dan perasa secukupnya.

Cara Memasak:-
Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci
Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. (*Ummi letakkan sotong tadi ke dalam kuah dan gaulkan kuah dengan sotong 4 - 5 saat, tutup api)

Kek Pisang Idaman



Salam semua,
Semalam, jiran sebelah pesan nak kek pisang 2 biji untuk dibawa ke KL, nak ambil pembantu rumah baru katanya, sambil sambil tu nak singgah juga di rumah ipar duai beliau.

Jadi, hari ni lepas ambil Zaidany dari kelas fardhu ain, terus ke kedai buah buahan kat bandar Perda cari pisang. Hanya pisang emas saja yang kelihatan bergantungan. Jadi, saya belilah sekilo.

Malam, baru mulakan projek mengadun kek pisang ni. Sekejap aja dah siap, bila sejuk sikit terus pack dan malam tu jugak suruh hubby hantar kat jiran yang menempah, takut pulak mungkin jiran nak bertolak ke KL awal pagi.



Baki pisang ada lagi beberapa biji. Tak mahu membazir, saya habiskan dengan membuat kek pisang untuk famili pulak. Kali ni resepi ciptaan sendiri yer. Resepi ikut sukahati, sukat sukat dan adun. Alhamdulillah, walaupun resepi cincai cincai, tapi menjadi nampaknya. Cantik jer naiknya sewaktu proses membakar.


Ni lah dia rupanya kek pisang cincai cincai keluaran WHM, saya namakan dia Kek Pisang Idaman sebab kek sebeginilah idaman hati saya dan keluarga dan kek pisang juga menjadi idaman sesetengah penggemar kek. Kek ni lembut dan gebu dan sedikit lembab sebab saya masukkan susu rendah lemak kat dalamnya. Maklumlah, stok susu rendah lemak memang sentiasa ada kat rumah saya.