Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Saturday, April 9, 2011
Kari Kepala Ikan Pelita Nasi Kandar
Selamat berhujung minggu semua ya,
Selalunya, weekend begini saya cuti masak memasak. Jadi, hidangan weekend biasanya lauk yang ditapau ataupun makan di kedai aja. Hari ni teringin pula nak makan nasi kandar, rasanya lama jugak kami tak menjamah nasi kandar, rasa rindula pulak. Jadi, saya pun mengajak hubby cari restoren nasi kandar. Hubby saya kalau bab makan mmg tak pernah tolak sebab dia suka makan, hahahah macam saya jugak.
Memang banyak sangat restoren nasi kandar kat Penang ni. Antara yang famous ialah Pelita Nasi Kandar, Line Clear Nasi Kandar, Shariff Nasi Kandar, Kassim Mustaffa Nasi Kandar. Kata hubby lak, kalau nasi kandar Pelita Nasi Kandar la yang the best.
Jadi, pukul 1145 lebih kami bersiap siap ke sana, sampai di sana lebih kurang jam 1200tgh. Orang tak berapa ramai lagi nampaknya. Terdapat 2 pilihan tempat makan di restoren ini. Satu makan secara terbuka dan satu lagi makan secara tertutup di dalam restoren berhawa dingin. Memandangkan cuaca kat luar panas terik hari ini, maka kami memilih untuk makan di tempat berhawa dingin, sejuk la sikit kan.
Antara lauk yang dipesan ialah kari kepala ikan, ayam goreng, sambal sotong, bendi dan papadam serta kuah campur. Semuanya untuk 2 orang makan. Hanya anak yang kecil ikut serta, yg lain ada aktiviti lain samada di rumah atau di sekolah. Untuk semua itu harganya RM 50 termasuk minuman, okla gak kan sekali sekala makan cam ni. Sewaktu menjamah makanan tu, bertambah ramai yang datang bersama keluarga untuk menjamu selera, riuh rendah jugakla jadinya kat dalam restoren tu.
Alamakkkkk, masa tengah amik gambar ni semua, tiba tiba bateri kong kali kong la pulak, jadi gambar ni ajala yang sempat diambil, yang lain hancussssss...
Okla, jom kita semak sedikit sebanyak sejarah tentang Pelita Nasi Kandar ya.
Pelita Nasi Kandar adalah rangkaian restoren nasi kandar yang terbesar di Malaysia. Operasinya bermula pada tahun 1995 di sebuah kedai kopi kecil yang bertempat di Chai Leng Park, Perai, P Pinang. Kawasan yang majoriti penduduknya adalah berbangsa Cina. Sungguh menakjubkan, dalam waktu yang begitu singkat, keenakan Pelita Nasi Kandar yang sering di perkatakan telah berjaya membuatkan bisnez ini berkembang pesat sehingga membolehkan mereka membeli kedai kopi berkenaan. Sehingga kini Pelita Nasi Kandar telah mempunyai lebih dari 26 cawangan di seluruh negeri termasuk di peringkat antarabanga iaitu di Chennai, India yang dibuka pada tahun 2000.
Lepas makan tengahari, kami window shopping kat Jusco Seberang Perai sekejap. Lepas tu terus balik, sampai rumah lebih kurang jam330 petang.
Labels:
Jalan Jalan Cari Makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak wattie p pelita nasi kandar yang kat ne? biasa kami p bekfes je, g kat pelita ns BM sebelah RHB tu. roti pisang dia sedap.. nasi dia tak penah try lagi
ReplyDelete