Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Thursday, April 7, 2011
Nasi Nenas
Salam petang Jumaat,
Memula tu ingat nak post n3 sebelum pi ambil Zaidany dari tadika, tapi lappy buat hal la pulak, lambat sunggh loadingnya. Jadi, pergi amik anak kecil tu dulu, suapkan nasi, rehat sekejap, lepas tu hantar pulak dia pergi kelas fardhu ain, jadi baru ni la sempat nak update n3 untuk hari ni.
Buat nasi nenas ni minggu lepas sebenarnya sebab tengok nenas yang dibeli tak terusik Resepinya dapat kat Trymasak sewaktu mengoogle. Saya tambahkan daun pandan kononnya untuk bau yang lebih harum.
Tengokla tu, daun pandan pun jadi hiasan, amacam ada gaya tak....
Nasi Nenas
Ingredients
1) Beras Basmathi (2 cawan) - sy guna beras biasa aja
2) Kiub nenas dalam tin (1/2 cawan)
3) Ayam (300g)
4) Halia (4 hiris)
5) Bawang putih dicincang kasar (2 ulas)
6) Bawang merah dicincang (2 ulas)
7) Serbuk kari (1 sudu besar)
8) Minyak untuk menumis
9) Garam (secukup rasa)
Directions
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih. Renehkan 1 jam untuk mendapatkan 3 cawan air rebusan ayam.
Apabila masak, keluarkan ayam dan ambil isinya.
Tumis bawang merah hingga wangi.
Curahkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air. Biar hingga sedikit garing.
Masukkan isi ayam, beras basmathi, dan stok ayam tadi. Masak nasi hingga airnya kering.
Sementara itu, hancurkan kiub nenas.
Apabila air nasi kering, gemburkan nasi dan masukkan nenas. Kacau rata dan masak hingga nasi empuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uish.. akak, nasi nenas pun ada ek? ni 1st time tun dgr nih.. nk rasa sikit... aaaaa, nganga mulut luas2 kt sini tunggu org suap..
ReplyDeleteKak xpernah dengaq@makan lagi nasi nenas,meh ckit nak tapau,ngee..Nmpak sedap la,dahla posing sakan jer nasi tuh,hehe..
ReplyDeleteTun Telani,
ReplyDeleteZaman la ni macam2 nasi ada Tun, akak pun ni first time buat nasi nenas ni...ok la gak rasanya. Tun pun nak gak, eeeee mai dekat sikit Tun, akak nak suap dah ni.....
Zaliedana,
Dana tak pernah dengaq nasi nenas??? cian kat Dana. Akak selalu gak order nasi nenas, tp yang goreng especially kat restoren masakan Thai, klu kena yang betul2 Siam mari, dia hidang lak dalam kulit nenas, best tau, klu tak caya cuba try test....... Posing lak mcm biasala Dana, baru sedap mata memandang yer dak.