Thursday, April 21, 2011

Crispy Fried Bread - Roti Goreng Rangup



Salam jumaat yang mulia,
Petang semalam perut berkeroncongla pulak. Tengok atas meja ada roti gardenia. Terus terbayang pada roti goreng rangup yang ditayangkan oleh Hasue tidak lama dulu. Ramai jugak yang telah mencubanya.

Resepinya pun senang sangat, budak budak pun boleh buat. Jadi, tidak mahu buang masa terus ke dapur bancuh adunan tepungnya. Biarkan sekejap atas meja, lepas amik anak dari kelas fardhu ain barulah goreng roti ni.



Sedapnya roti niiiiiii!!! Lembut dan rangup gitu. Yang bagusnya tu, adunan ini tidak menyerap minyak ke dalam roti (tak makan minyak kata orang utara). Untuk 8 keping roti rasanya adunan ni terlebih banyak. Nak buat double pun boleh. Lebihan tepung menggoreng tu saya simpan dalam petisejuk, esoknya anak goreng lagi, masih elok jadinya. Anak anak semua suka, sekejap aja dah licin. Zaidany siap merungut lagi, katanya abang makan banyak jadi dia tak bolehla nak berulang makan. Takpa la sayang, nanti ada masa mama buat lagi, gitula pujuk saya.



Adunan roti ni jugak sesuai untuk dibuat menggoreng pisang, cempedak, ubi dll. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada HaSue yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Tak lupa juga buat Hana dimana resepi ni saya cp. Oppss, Tun pun dah cuba nampaknya kan, tapi Tun buat goreng pisang. OKlah, kepada yang belum mencuba, dibawah ni saya perpanjangkan resepinya ya.

Crispy Fried Bread (Roti Goreng Rangup)

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning



Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)

Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.



5 comments:

  1. As'salam menarik roti grg ragup ni..mmg sdp npknya.. nnt nak try buat jugak le...kaya pun ada ni leh buat minum ptg

    ReplyDelete
  2. wahh..apsal cantik sgt roti goreng kat atas nih?terliur lak nengok seri kaya meleleh2 tuu..
    budak2 mmg gemar je makan nih..sedap je mkn suam2 kan..ehehe..adunan tu mmg byk utk roti tu..tp mmg leh simpan esbok dan guna lagi utk siaran ulangan..hihi..sesuai sgt nk goreng byk benda dlm satu masa..tima kasih krn mncuba.. ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...ramai dh cuba buat tapi nieza lum cuba lagi..

    ReplyDelete
  4. Sheila,
    Wsalam. Memang sedap roti goreng ni Sheila, cubala buat, gerenti tak nyesal.

    HaSue,
    Selalunya bila anak akak tanya kenapa mama masak sedap sgt?, akak akan jawab "sebab mama yg masak". Jadi bila Sue tanya kenapa roti goreng ni cantik sgt, akak kenala jawab "sebab akak yg buat" hehehe, perasaan betul hehehe, masuk tong angkat sendiri...

    Nieza,
    Memang sedap ni Nieza, cubala buat. Ni akak tengah promote sakan nihhhhh...

    ReplyDelete
  5. Sedap roti ni wattie.

    Nanti masak lagi ek.

    Good Luck ;)

    ReplyDelete