Wednesday, April 20, 2011

Ikan Pesmol



Salam dan selamat tengahari semua,

Ni N3 live from Permatang Pauh tau. Takder yg autopublish macam selalu yer. Issshhh, bukan gossip Mr X ler. Ni kan blog masak, gossip masak jerla.

Semalam sewaktu menonton tv, tiba tiba terdengar orang memberi salam. Terkejut jugakla malam malam begini orang bagi salam kan. Entah orang ker apa ker.....eeeee takutnya.. Jengah dari tingkap, rupa-rupanya kawan hubby. Hubby yang tengah dok mengelamun dalam bilik air, terus keluar bila dipanggil dengan bertuala, hehehe hubby saya ni jenis yang tak berapa kisah sangat. Ingatkan apala yang mustahak sangat,
rupa rupanya dia bawak ikan, nak jual. Katanya, adiknya baru jer ambil dari Kuala Muda, Penaga. Kuala Muda memang terkenal dengan ikan ikannya yang fresh sebab baru naik dari laut. Terus aja, hubby beli. Bila bawak masuk ke dalam rumah, saya merungut jugakla sebab ikan yang dalam peti ais tu pun masih banyak lagi yang belum dimasak, ni pi tambah pulak......waaaaaaaaa geramnya. Ikan kecik kecik pulak tu, jenuhla aku nak menyiangnya huhuhu…… Lagipun anak anak tak berapa suka makan ikan, kalau ayam tu lajula sikit. Tapi, apa nak buat, ikan dah pun dibeli, kenala otak ni memikir camana nak menghabihkannya.



Jadi, hari ni kenala masak ikan. Cari resepi yang sempoi sikit, biar famili semua suka. Resepi ni dah lama saya copy dari rumah Nur. Asal resepi ni sumbangan Datuk Chef Wan yang terkenal seantero dunia. Terimakasih ya Nur kerana promote sakan resepi ni. Kalau nak tengok versi yang cun melecun leh la singgah rumah Nurindah . Ikan Nur cantik jer jadinya dengan hirisan limau sebagai hiasan. Saya punya togel aja, takder hiasan apa pun, ikan rock ler jadinya hehehe.


Ikan Pesmol
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

Bahan Kisar
~~~~~~~~~

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia



Cara-Cara
~~~~~~~
1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata-rata.
4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.


10 comments:

  1. byk ikan ek kak watie, blh laa hntr ke umah tun sket. kt sini lajuu je ikannyer.. hihi.. tun pun x suka siang ikan. kdg2 rasa mcm nk beli fish fillet je (betapa malas nyer daku nk siang ikan.. haha)
    1st time dgr ikan pesmol nih. nmpk cm sedap je =)

    ReplyDelete
  2. ikan fresh mesti manis rasa dia kan watie...

    ReplyDelete
  3. syoknya mkn ikan fresh tu kak..dok sini dpt yg frozen jer...masa dok kg dulu selalu dpt mkn ikan fresh beli kat tempat nelayan naik laut...special tajuk menu ikan ni kak nampak pun sedap ni.

    ReplyDelete
  4. Salam Wattie...

    Boleh kak cek tau ngape nama menu ni Ikan Pesmol...he he pelik nama tu...
    Ape2 pun...memang nampak sedap...ikan fresh lagi...

    ReplyDelete
  5. Tun Telani,
    Teringin gak nak antar, tp agak agak Tun bila sampai sana nanti, camanala rupanya eekkk, hehehe

    Munna,
    Ikan fresh ni memang manis dan sedap bila dimasak, isinya pun tk lembik

    Nieza,
    Yang fresh kat sini kadang kadang jugak Nieza, yg kat pasar tu pun dah byk letak ais, bila habis aisnya, isi jd lembik

    Cik Cek,
    Wsalam Cik, Wallahualam saya pun tak tau dan tak selidik pulak darimana dtg nama tu, tau tau jer disebut sebut ikan pesmol. Nanti kita buat research ya

    ReplyDelete
  6. Ishhhh...cam best jer lauk ni... Bila nk rajin cam Wattie ni???

    ReplyDelete
  7. Naz,
    Kita pun tak ler rajin sangat sebenarnya, tapi dah terpaksa, nak buat camana kan hehehe

    ReplyDelete
  8. assalam kak Wattie,
    selera nampak ikan pesmol tu..pernah tengok chef wan masak ikan ni..masa tu tak terpikir lak nak cuba..tp bila tengok kak wattie nyer nampak sedap..teringin lak menerai..ambik resepi ya kak..tq

    ReplyDelete
  9. Iza Akma,
    Wsalam Iza, silakan ya, resepi memang utk dikongsi bersama. Resepi Chef Wan memang hebat2 belaka, mabeles

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Wattie,

    tk tau mcm mana pulak Nur boleh terlepas N3 ini...kalau Wattie tak beritau pasti Nur dah tertinggal ketapi ni....hehe...terima kasih ya sudi mencuba...kalau DCW dengor org duk muji dia makin kembang dia nanti...heheh...jgn marah Dato...bila nak turun Spore lagi....heheh...

    ReplyDelete