Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Wednesday, April 13, 2011
Telur Emas Spicy
Salam di pagi Khamis,
Dah kerap benar masak lauk2 ayam, jadi kali ni nak tukar selera, masak telur pulak. Resepi yang dicuba kali ni jumpa kat MYR Datin Lulu. Menengokkan bahan2nya memang terkena dengan selera saya, cumanya saya buat untuk 7 biji telur sahaja, takut juga kalau tak habis.
Beginilah rupanya telur emas spicy Datin Lulu. Saya buat terlebih pekat sedikit sebab menunggu pecah minyak (sebab kita letak terkurang minyak). Sekali pandang nampak macam telur masakkan yang dijual kat kedai nasi kandar. Rasanya pun sedap sangat, terasa segala rempah ratusnya yang berbagai2. Resepi ni juga tidak berapa pedas, kalau nak pedas kenala gigit cili padi yang dimasukkan sebiji2 kat dalamnya tu, baru berdesing telinga hehehe.
Kepada yang ingin mencuba di bawah ni saya perpanjangkan resepinya. Terimakasih diucapkan kepada Datin Lulu kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini.
TELUR EMAS SPICY
Bahan-bahan ( klau sorang 2 biji = 5 org la... )
10 biji telur - rebus/slps proses buang kulit d goreng hingga kuning keperangan
2 paket kecil srbuk kari daging
1 paket kecil srbuk kari ikan
*1 labu bwg besar
*5 ulas bwg merah
*5 ulas bwg putih
*2 inci halia
*2 batang serai
bhn* d kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/3 cawan kicap manis
10 biji cili padi - x prlu potong
1 labu bwg besar - hiris bulat
rmpah 4 sekawan: 1 btg k.k.manis/2kuntum b.lwng/5 butir cengkih/5 biji b.pelaga
1@2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
2 cawan air panas
Cara-cara :-
Panaskn 3/4 cawan minyak dlm kuali, masukkn bhn d kisar, rmpah 4 sekawan, cili api hingga naik bau... x prlu garing
Masukkn 2 jenis rmpah (x prlu bncuh dgn air) & daun kari, cepat2 kecilkn api & gaul sebati d ikuti 2 cawan air panas
Bleh masukkn sos tomato & kicap manis, kacau selalu mngunakn api sederhana aje...sesuai rasa garamnye
Apabila kuah pekat & pecah minyak, masukkn bwg besar...kecilkn api, biar ia mereneh prlahan-lahan
Bawang besar 3/4 layu, tutup api...curahkn keatas telur & bleh d hidangkn *sesuai utk mereka yg gemarkn makanan berempah, tpi x pedas pun. psttt...klau nk pedas gigit cili api tu...hihihiii...
u/p: masakn ni sesuai hingga 15 biji telur gak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amboi sedapnya..huhu
ReplyDeletesekali pandang macam pajeri pulak..
kak, byk jugak bhn dia ye.. mula2 nmpk mcm sambal telur.. hihi.. kalau goreng telur mata kerbau pastu wat kuah ni mesti lg sedap,kn (tun kurang sket telur rebus nih..hihi)
ReplyDeletesedapnya....nieza suka ni..sure bertambah nasi kalau ada sambal ni..
ReplyDeleteNurkass,
ReplyDeleteTerlebih pekat la Nur, tu yang nampak macam pejeri
Tun Telani,
Huuiiissh, memang best tu Tun, boleh dicuba, cumanya kekadang tu kuah takut menyerap kat dalam telur
Nieza,
Sebab sedap la kita try Nieza....hehehe
eeeee sedapnya mcm senang tq dgn resepi ni
ReplyDelete