Thursday, December 8, 2011

Nasi Lemon Kayu Manis dan Ayam Masak Tomato Heinz

Salam semua,

Menu tak berapa lama dulu. Kalau inginkan kelainan di dalam masakan anda, cubala resepi nasi lemon ni pula, rasanya ok juga, terasa masam masam lemon. Resepi nasi lemon ni saya jumpa kat blog Chef Sabri. Terimakasih ya Chef kerana sudi berkongsi resepi ini.


NASI LEMON KAYU MANIS
SUKATAN 8 ORANG
MASA : 20 MINIT

BAHAN:
4 cawan Beras Basmathi di basuh berasingan
4 sdm Mentega
3 sdm Minyak Jagung
4 cawan air
1 biji Buah lemon - di hiris bulat nipis
1 btg Kulit kayu manis
3 ktm Bunga Lawang
2 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1 biji Bawang merah - dihiris nipis
1/2 inci Halia - di potonag mayang
1 helai Daun Pandan - di ikat
1 1/2 Garam
1 sdk Serbuk perasa
1 sdm Gula

Cara: Panaskan periuk nasi, Masukan minyak, mentega, halia, bawang merah,bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang,lemon, kemudian kacau hingga naik bau. kemudian masukan air dan bahan perasa. Kacau dan biar hingga mendidih , kemudian masukan beras, tutup dgn tudung periuk, kacau sebentar, pelahankan api dan tanak nasi hingga kering, siap bole di hias dgm hiris daun bawang dan bawang goreng.

Ni pula gandingan nasi lemon kat atas tu, ayam masak tomato heinz. Resepi ayam ni saya ambil dari keratan suratkhabar berita harian beberapa tahun yang lalu. Saya salinkan semula di sini buat rujukan di masa depan.

AYAM MASAK TOMATO HEINZ

Bahan-bahan
1 ekor ayam yg telah dibersihkan dan dipotong
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar dipotong empat
2 biji tomato dipotong empat
1 tin Heinz Cream of Tomato Soup
1/2 sb gula
5 cm halia
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
1/2 cawan minyak
1 sb mayonaise -
2 cawan kacang pis hijau
3 kuntum bunga cengkih
2 st serbuk kunyit
garam secukup rasa


Cara-cara
1. Peram kepingan ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kepingan ayam sehingga rangup
3. Kisar cili kering, bawang putih, halia dan bawang merah dengan Heinz Cream of Tomato Soup sehingga sebati.
4. Panaskan 3 sb minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis dan tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan mayonaise, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuah semakin pekat.
5. Masukkan kepingan ayam goreng dan biarkan mendidih selama 5 minit.
6. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang pis hijau.
7. Gaul dengan rapi sehingga kepingan ayam dan kuah sebati.
8. Hidangkan panas dengan nasi tomato.
9. Hidangan untuk 6 orang.


Silakan menjamu selera...

7 comments:

  1. Salam wattie....cam tau2 je, akak baru je beli lemon 6 biji...wah boleh try ni nanti, nampak cam sedap je

    ReplyDelete
  2. salam kak wattie amboi wanginya bau nasik tu sampai seberang sini tau

    ReplyDelete
  3. Wattie,

    kenapa la tayangkan lauk dan nasi yg sedap2 nie...mentang2 lah kita tk masak...hehe...sedapnya hidangan Wattie nie...adu kecur dibuatnya...pinggan nur tk ada ke??

    ReplyDelete
  4. salam kak..nasik tuh macam menarik leh dicuba..dan ayam masak merah isi mayonis..memang kene cuba ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. aduh aduh Wattie!Walaupun tempat Wattie terpisah jauh oleh Laut China Selatan tapi Amie sanggup juga susah payah merenangi lautan bergelora di musim tengkujuh ni...sebab ada panggilan dari dapur Wattie. Kenapalah warna lauk ayam tu sungguh menggoda! Kalau masak begini, dapat kuahnya pun jadilah...he he hehhh

    kombinasi kayu manis dengan lemon tu tentu menghasilkan aroma yang menyelerakan ye Wattie.

    ReplyDelete
  6. Salam Wattie...nasi lemon memang sodap..boleh hidang dg apa2 lauk kegemaran..

    ReplyDelete
  7. SALam kak wattie ..

    wani dah terbau nasi lemon kayu manis ni .. tajam betul deria hidu .. sampai terbau2 dari kelantan.. :D.. satu gandingan menu yang mantapp ..emm blh cuba neh.. ohh kak wattie .. pasal yang tu wani pun x tau adakah kak wattie sorang je ke x leh nak komen kat blog wani neh huhu ... ada kalanya wani ada nak komen kat blog kak wattie .. x leh jugak ...

    ReplyDelete