Salam semua,
Menu yang agak kerap dibuat. Simple tetapi sedap dan menjadi kegemaran famili
KARI UDANG DENGAN BUNCIS
300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya guna rempah baba)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
2 tangkai daun kari
Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia
Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
garam dan lada sulah secukupnya
Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan daun kari hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.
Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.
Assalam Wattie,
ReplyDeleteperut yang kenyang jadi lapar bila tengok hidangan kari udang dengan buncis ni...sedapnya! bilalah boleh rasa hasil air tangan Wattie yang lazat begini.
Salam.Sedapnya pekena dgn nasi panas.
ReplyDeleteSalam Wattie...memang terasa manisnya isi udang tu bila dimasak kari..sedap dan mengenyangkan.
ReplyDeletekari udang memang best
ReplyDeletebesarnya udang tu...sedap
gemuk2 udangnya kak..teringat udang kari kedai mamak..nak beli skit nye mahal..buat sendiri lagi bagus...hehhehe
ReplyDelete