Monday, January 9, 2012

Ayam Vietnam


Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua,
Agak terlewat mengucapkan selamat tahun baru dan mengemaskini n3 disebabkan kesibukkan menguruskan anak kecil yang masuk ke tahun satu. Setiap hari kena ke sekolah melihat perkembangannya sebab dia agak gementar dengan suasana yang baru. Walauaupun telah 2 tahun mengikuti kelas tadika, namum persekitaran yang berlainan membuatkan hati anak kecil saya sedikit gementar.

Bila loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran akan bermula dan sesi perpisahan dengan mama akan terjadi, maka di situlah bermulanya episod tangis menangis. Aduhhhh......sedihnya hati ni bila melihatkan dia menangis teresak2. Tak tergamak pula meninggalkannya di situ, maka jadi la saya dan hubby penunggu yg paling setia si anak kecil kami, Zaheen.

Oklah, kita lihat pula resepi yang tertangguh. Resepi diperolehi dari laman Sajionline. Terimakasih ya.

Ayam Vietnam

Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)

3 batang serai
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.


14 comments:

  1. alaa.. siannyer.. moga2 zaheen cepat2 biasakan diri dgn persekitaran baru.
    tgh2 bz sempat lagi ke vietnam ye. hihi..

    ReplyDelete
  2. salam thn baru 2012 kak wattie,patutla lama tak nampak akak bersiaran..sibuk yer.nampak sedapla ayam ni...simpan sikit utk saya berbuka nanti yer.hehe

    ReplyDelete
  3. aduhai kasihannya Zaheen... terlebihlah kasihan sama mama dan papanya!
    Selamat Tahun Baru 2012 Wattie,
    mengancam sungguh ayam vietnam dia...sedap tu makan dengan nasi panas!

    ReplyDelete
  4. Kechur lagi...menu ayam Wattie ni menggoda jiwa sungguh....:)

    ReplyDelete
  5. salam kak wattie

    rindunya dekat kak wattie ... selamat tahun baru buat kak wattie sekeluarga ... kasihannya Zaheen... moga2 dia dpt menyesuaikan diri dgn persekitaran luar .. perlahan2 tak lama ok la tu ...
    bestnya resepi ni ..blh cuba nanti ..

    ReplyDelete
  6. Wattie...menggoda sangat lauk ayam vietnam ni...bikin gue lapar la..

    ReplyDelete
  7. Watie..tak pe kak Ros dah bergelumbang dgn dunia kanak2 dah lama.Dekat tadika kita jaga dan tatang semua murid2.Semua disediakan untuk mereka tapi bila masuk tahun 1 terpaksa la mereka belajar berdikari.Anak kak Ros yg no 1 dah 24 tahun yang ke dah 23 tahun dan tahun ni anak bungsu masuk darjah 1.Dia ketadika dari umur 2 tahun.So bila masuk darjah 1 kak ros pun tetap sedih nak lepaskan dia.Tambah lagi hari pertama dia gi skolah kak ros tak boleh ikut sebab kat tadika kak ros pun ramai murid baru.nasib baik kakak dia dapat cuti dan teman kan dia kesekolah.Tapi kita kena belajar lepaskan mereka.Sebab biasanya bila ibu bapa tiada disisi mereka pandai bawa diri.Jangan bimbang ya.Semuanya akan ok lepas tu.Anyway lauk tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. Sampai Vietnam kita cari ayam nie..sedap,,,and mengodas

    ReplyDelete
  9. halamak! ada resepi baru lah! nak kene try ni...simpan dlu dalam senarai...

    ReplyDelete
  10. salam rindu kak wattie..
    anak no 2 sy pon msk thn 1.tp abah dia yg tggu..tp kjap je la..x lama lg ok la zaheen tu..heheh
    ..ayam vietnam..x penah rasa..kena g penang..dpt ko rasa..hahah

    ReplyDelete
  11. sedapnya...selalu kalau dtg sini malam2...perut jadi lapar

    ReplyDelete
  12. Assalam kak wattie,
    memang nampak sedap ayam vietnam ni kak..masuk list lagi ler...hehe

    ReplyDelete
  13. lama tak jenguk kak wattie.. sihat ke kak?

    ReplyDelete
  14. Aslmkum k.Wattie. moga Zaheen dpt menyesuaikan diri dgn sek. dah dpt kwn nanti ceria dia di sek.
    sedap nampak lauk ayam tu...pekat..berempah...nanti nak cuba juga.

    ReplyDelete