Assalamualaikum wbt,
Apa khabar teman teman semua, sihat ker???. Harapan saya semuga semuanya dilindungi dan diberikan Allah kesihatan yang elok hendaknya ya, insyaAllah. Rasa macam dah lama sangat tak berblog walaupun hakikatnya baru seminggu tak besiaran. Rindunya saya pada semua, paling rindu pada resepi2 terbaru yang mungkin saya tertinggal. Tapi takpa, ada masa nanti saya akan jalan pelan2, tinjau rumah geng masak masak, semak kembali mana2 resepi menarik yg mungkin saya tertinggal dan mesti dicuba, walaupun dalam waiting list dah ada senarai yang panjang berjela, hehehe, biasala kan copy paste lepas tu peram buat pekasam, baru sedapkan....hehehe.
Hari ni takder n3 masak masak, cuma nak ceritakan sikit pengalaman anak bongsu saya, Zaheen sewaktu melangkah ke Tahun Satu 2012. Harap semua tak boring ya, blog ni pun dah jadi macam blog rojak, macam macam ada. Bukan sekadar masakan, diselangselikan juga dengan catatan peribadi dan kisah suka duka kehidupan saya sekeluarga untuk kenangan di masa hadapan.
Oklah, jom kita tengok apa ke kisahnya ya :-
Hari Pertama : Zaheen sungguh bersemangat untuk ke sekolah, awal pagi dah bangun. Selepas pakai baju dan minum, pakai kasut, terus ke sekolah. Tiba di sekolah, Zaheen rileks aja, tak ada tanda tanda dia akan menangis sehinggalah masuk ke kelas. Masa kat luar kelas, sempat juga saya snap gambar2 ni buat kenangan. Gambar kat atas tu ialah gambar di hari pertama Zaheen di dalam kelas. Zaheen dimasukkan ke kelas IK, nama guru kelas Zaheen ialah Ms Yeoh, cantik sangat orangnya, simple, tidak bermekap namun terserlah keayuan wajahnya. Masa berbual2 dengan parents kat sekolah, kata mereka, cikgu ni cikgu yang paling garang, hmmmm....... siapla kau Zaheen....
Masa ni, cikgu kelas tengah memberikan penerangan tentang peraturan sekolah, adab pemakaian uniform dsbnya. Diagihkan juga borang insuran untuk dipenuhkan oleh ibubapa, pengutipan bayaran untuk baju sukan dll.
Lepas sessi penerangan, murid murid berjalan keluar sebab cikgu akan membawa mereka melawat keliling sekolah dan menunjukkan di mana kantin, tandas, tempat alat2 sukan, dewan perhimpunan dan sebagainya.
Ibubapa tidak dibenarkan menunggu di luar kelas. Maka, kami pun berjalanlah menuruni anak tangga ke bawah mencari tempat duduk yang sesuai. Ramai juga ibubapa yang menunggu. Kesempatan ini saya ambil untuk berkenal2an dan berbual2 sementara menunggu loceng berbunyi. Jam 930pagi loceng dibunyikan menandakan waktu rehat pertama sudah bermula. Saya belikan Zaheen bihun berlaukkan sosej sebagai sarapan paginya, berselera juga dia makan. Lepas makan, saya hantar Zaheen ke kelas semula, kemudian hubby ajak settlelan beberapa perkara kat luar.
Jam 1145pagi loceng berbunyi sekali lagi menandakan rehat kedua bermula. Saya belikan Zaheen nasi berlaukkan 2 batang sosej semasa singgah dekat gerai makanan yg berhampiran. Kami temankan Zaheen makan, masa ni Zaheen dah nampak tak ceria, makan pun tak berapa nak berselera. Lepas makan kena hantar Zaheen ke kelas semula, kalau tak alamat tak masuk kelasla jawabnya. Lepas Zaheen masuk kelas, kami berdua keluar shopping barang2 sikit. Masa shopping tak sedar masa berlalu begitu pantas, baru teringat yang waktu Zaheen pulang dah hampir, tp kami masih berada di supermarket, alamak macamana ni, takut tak sempat jenguk Zaheen pulak. Hubby pecut kereta, malangnya bila sampai ke sekolah semua murid dah pulang, huwaaaaa kami terlambatttttt sampaiiiii. Terus telefon pengetua transit Zaheen tanyakan khabar. Alhamdulillah, Zaheen dah selamat tiba di sana, kecut perut saya dibuatnya sbb takut Zaheen menangis.
Hari Kedua : Pagi ni Zaheen tak berapa ceria. Masa nak dipakaikan baju dia dah sebak tak nak ke sekolah, perlahan saja suaranya membisikkan sesuatu di telinga saya, puaslah saya memujuknya. Alhamdulillah, akhirnya mau juga dia ke sekolah, tp kena temankan hingga ke kelas. Bila ditinggalkan di dalam kelas, dia dah mula menangis, sungguh erat tangan saya digenggamnya minta jangan dilepaskan, sedihnya hati ni Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya terpaksa juga mama merelakan perpisahan sementara ini sayang. Waktu makan pagi dan tengahari pun begitu juga, tak berapa beselera, minum pun dia tak mahu.
Hari Ketiga : Zaheen masih gementar lagi, setiap hari kena hantar sampai ke kelas dan tiupkan kata kata semangat. Bila tiba masa hendak melepaskan tangan mama, pasti Zaheen menangis teresak esak. Zaheen minta mama jangan tinggalkan dia, dipegangnya pula kaki saya kuat kuat supaya jangan pergi. Walaupun di dalam hati mama sedih yang teramat sangat melihatkan keadaan Zaheen yang sebegitu, tetapi mama terpaksa tinggalkan juga Zaheen di situ. Mujur juga Zaheen tak lari keluar kelas, kalau tak jenuhla mama
Hari Keempat dan Kelima : Kedua dua hari ni hari cuti sebab hari Sabtu dan Ahad. Lega rasa hati mama.
Hari Keenam : Drama airmata berulang kembali. Zaheen masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru alam persekolahan di Tahun Satu. Masa ni fikiran saya dah bercelaru, makan dan minum juga tak berapa berselera bila memikirkan tentang Zaheen, sampai sakit kepala saya dibuatnya. Mujur juga hubby ambil cuti panjang sebab nak menghabiskan saki baki cuti tahun 2011, jadi dapatlah dia temankan saya menjenguk Zaheen setiap hari. Rupanya masih ramai juga ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya.
Yang ni gambar yang diambil seminggu selepasnya. Masa ni kat kantin sekolah, dah nampak ceria sikit sebab dah dapat kawan. Hari kedua dan sebelumnya tak dapat ambil gambar sebab Zaheen asyik menangis.
Ini rakan2 perempuan sekelas Zaheen, masing masing bawa bekal sendiri. Suka saya melihat Natasha yang bertudung tu, begitu betah bercakap, langsung tak takut. Ibunya pun temankan dia setakat 3 hari saja, lepas tu dibiarkan berdikari.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melihat senyuman di bibir Zaheen. Masa ni dah berselera makan nasi berlaukkan sosej hehehe. Sampai hari ni Zaheen bawa bekal nasi berlaukkan samada sosej atau nugget saja, yang lain dia tak mau.
Juga rakan rakan sekelas Zaheen. Dari kiri, Danish, Aidid, Zaheen dan sorang lagi rakan sekelas.
18hb Januari 2012 : Hari ni hari terakhir ibubapa dibenarkan masuk untuk menjenguk anak anak.
19hb Januari 2012 : Hari ni saya menjenguk Zaheen lagi, security benarkan masuk tetapi kena tulis nama. Agak ramai juga ibubapa yang masih datang menemankan anak makan. Boleh dikatakan yg hadir ini kesemuanya ibu dan bapa kepada anak2 yang manja, termasuklah saya hehehe. Mesti nak lihat wajah ibu baru bersemangat untuk makan ataupun belajar.
20hb Januari 2012 : Bila saya ke sana lagi hari ini, semua ibubapa tidak dibenarkan masuk, pintu pagar siap dikunci. Hanya dibenar menghulurkan bekal buat anak anak melalui pintu pagar. GuruBesar siap tunggu depan pintu lagi. Mujur juga saya dah pesankan pada Zaheen untuk menunggu di situ bila turun dari tangga supaya senang untuk saya menghulurkan bekal untuknya. Apa yang saya perhatikan, setiap hari Gurubesar sekolah ini akan membuat rondaan pagi dan setiap pagi juga dia akan menunggu di pintu masuk sekolah untuk melihat situasi dan perkembangan murid murid. Begitu juga bila waktu makan pagi dan tengahari, pasti akan kelihatan kelibatnya. Sebenarnya saya kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan olehnya.
Alamak....panjangnya cerita saya hari ni..... ada masa kita sambung lagi ya.
Salam Kak Wattie, seronok baca cerita Kak Wattie. Anak bongsu, mestilah terlebih manja. Dapat bayangkan perasaan Kak Wattie ketika Zaheen taknak melepaskan tangan Kak Wattie. Kalau Kaz pun, mesti dah merambu air mata. Apapun syukurlah semuanya dah berakhir dan Zaheen dahpun boleh menyesuaikan diri.
ReplyDeleteOh Wattie! Macam tu sekali pengorbanan Wattie sebagai ibu! Tabiklah Wattie.... he he hehh Amie tak pernah ada pengalaman jaga anak di sekolah sebab baik baru masuk tadika atau sekolah rendah memang anak sulung sampai bongsu tak pernah ditunggu oleh Amie atau suami, dan alhamdulillah tiada airmata yang mengalir di pipi mereka....
ReplyDelete