Tuesday, January 31, 2012

Nasi Karrot & Kam Heong Chicken

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Sekejap aja tahun 2012 dah nak masuk bulan Februari. Terasa macam baru semalam aja sambut tahun baru, cepatnya masa berlalu.....usia pun kian bertambah.

Paparan hari ni sebenarnya dah dimasak beberapa minggu yang lepas, baru hari ni berkesempatan nak buat tayangan. Resepi nasi lobak ni saya cilok dari rumah Nieza. Ramai rupanya yang dah mencuba. Kalau dah ramai yang mencuba, mesti resepi ni resepi yang hebatkan. Jadi, kita pun tak maulah ketinggalan. Idea meletakkan karrot kat atas tu pun amik dari idea Nieza juga hehehe, menarik juga nampaknya kan, berseri seri nasi tu jadinya, barula selera nak makan pun bertambah tambahkan.

Maaf ya Nieza, banyak kali akak terjah rumah Nieza, terakhir masa n3 30hb Jan 2012, Winter Trip to Artic Circle, Lapland. Malangnya tak boleh nak letak komen, ada pula yg sekejap boleh sekejap tidak. Semenjak kebelakangan ni, banyak juga blog yang saya kunjungbalas tapi tak boleh nak letak komen, tak taula kenapa, mungkin ada masalah talian di pihak saya. Ada juga blog tu langsung tak boleh letak komen. Beberapa bulan yang lepas terpapar error message ini bX-l4u1mh kat screen saya, lepas tu ada problem kat dashboard, sampai sekarang tak boleh rectify lagi. Kita ni pulak takderla arif sangat bab2 IT ni. Pernah juga google cari jalan penyelesaian, tp terbantut sekerat jalan, lepas tu tak cuba dah. Kalau ada sesapa yang tahu, harap dapat membantu ya, terima kasih.


Resepinya saya copy paste terus dari rumah Nieza, tkasih ya Nieza dan semua yang telah bersama sama berkongsi resepi sedap ni. Tak lupa juga kepada tuanpunya resepi yang saya gemari sejak di alam fotopages lagi, Chef Hanieliza.

Nasi Lobak Merah
Resepi: Kak Hanieliza
Sumber: Nieza, Kak Wana, Kak Zai, Kak Ika,Tun Telani, Amie

Bahan-bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan (nieza buat 2 cawan beras jer)
2 caw carrot [potong dadu kecil] - nieza sagat halus
1/2 caw susu cair
8 caw air (nieza bubuh 21/2 cawan air saja utk 2 cawan beras)
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan


Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk ke dalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur


Ini pula gandingan nasi karrot kat atas tu, Kam Heong Chicken sekali lagi. Masa mula mula buat dulu memang dah terasa nak buat lagi sebab family semua suka dan buatnya pun mudah sangat. Terima kasih buat adik Zaliedana yang telah mempromosi resepi sedap ni, tak lupa juga buat Wardah selaku penyumbang resepi dan mereka yang telah bersama sama berkongsi resepi enak banget ini.


Gandingan yang mantap........ silakan ya....

Cuba jangan tak cuba...

8 comments:

  1. salam k wattie..slalu gak sy buat nasi karot ni...nk bg budak2 mkn sayur..kalo buat asing2 kadang depa buat x nampak je!

    ReplyDelete
  2. mmg sgt sedap! tun ulang2 buat nasi carrot nih. kam heong chicken tu tun x pernah try lagi. nnto nk try jugak lah iA =)

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat lagi nasi carrot ni
    nampak menarik

    ReplyDelete
  4. Kak Wattie,sy kdang pon gitu gak,nak ltk komen ashik terpadam jer,nih dah taip komen kat umh akak pon terpadam juga,akak,ayam kam heong mmg sedap kan,sy pon dah 3kali wat,klmarin wat ayam vietnam,rasa lbh kurang kam heong kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak wattie .. rindu dekat kak watie .. wani pulak x leh nak komen ni .. tumpang reply kat komen orang .. huhu tadi dah nampak komen box tu tiba2 dio dok loading ...lama2 hilang pulakkkk.. ada alternatif lain kak watie .. try cuba letak chatbox kat blog ni ... sekiranya ada orang x leh nak komen .. mereka blh komen kat chat box tu ... dah lama betul wani tak buat jenis nasi2 mcm ni ... kat rumah ni asyik suka makan nasi putih je huhu ....nampak sedap ni .. blh nak cuba dengan gandingan ayam tu meningkat selera ...

      Delete
  5. salam kwattie..lama nye x mai sini..pekabo?? cedap nmpak nasikarot ngan ayamtu..tumpang mamam sini jeklaa..hehe!

    ReplyDelete
  6. Assalam kak wattie, salam winduu kak...maafla lama tak singgah sini memang saya dh lama tak bw kat blog kwnx2 pun sekrng ni kak sebab sibuk dgn aktiviti persatuan ladies kat sini.awal thn jer memang mcm ni la meeting jer memanjang..hehe harap masalah akak utk susah komen tu dpt diatasi ya.

    nampak sedap sgt tgk nasi dgn lauk yg digandingkan tu kak...lapar lak mlmx2 singgah sini.lama saya tk main mskx2 ni..nantila bila free boleh update :)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Wattie..Bila tgk nasi carrot kat sini, terasa lama pula tak masak ni..sedapppppnya gandingan ayam tu...len kali ada masa boleh cuba gak ni...

    ReplyDelete