Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu ayam kembali lagi. Kali ini mencuba pula resepi terbaru dari dapur tokey nasi kandar kegemaran saya, siapalagi kalau tak MamakHaji. , hehehe. Nak buat macamana selera kita masih lagi selera Penang, jadi pantang ternampak aja resepi baru, mesti nak cuba. Terimakasih Mamak kerana sentiasa mengeluar dan mengongsikan resepi resepi, petua petua berguna dan rahsia dari dapur nasi kandar. Tak mudah sebenarnya untuk seseorang menghabiskan masa di hadapan pc semata mata kerana ingin mencurahkan ilmu yang dimiliki, saya sanjung tinggi niat suci MamakHaji itu. Pokok pangkalnya terletak pada hati kan Mamak.
Jangan terkejut ya, resepi ni untuk 250-300 orang makan, kira untuk kendurila ni ataupun untuk buat berniaga. Jadi, pandai pandaila adjust mengikut kesesuaian masakan anda. Bagi saya, saya bahagi 10 semua bahan2 ni untuk dimasak bagi seekor ayam, mana yang terkurang rasa saya tambahkan lagi. Resepi ni lebih kurang hampir sama dengan Ayam Kam Heong dan Ayam Goreng Nyonya. Kelainannya ialah pada campuran jintan manis, jintan putih, serbuk kas kas dan bawang goreng yang diadun bersama. Jangan tak tahu, resepi MamakHaji ni mendapat sambutan hangat di rumah saya, sampai tak cukup dibuatnya sebab hubby dan anak anak semua makan bertambah, seronok saya melihatnya.
RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Masakan untuk 250 -300 orang.
BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih danbunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.
Ps : Minta maaf ya Mamak, saya tertukar nama Ayam Masak Bawang Berempah dengan Ayam Goreng Bawang Berempah. Dah siap upload gambar dan salin resepi baru perasan tentang kesilapan yang tidak disengajakan tersebut.
nampak pun sedap. kuah pekat n bau segala rempah tu. wahh sukee
ReplyDeleteWatie...sorry tak de box untuk komen so kak ros tumpang izah punya ya...ayamnya nampak sedap.Dua tiga blog kak ros masuk pun tak leh komen
Deleteaduhaii sedapnya...melihat gambarpun tau betapa lazatnya ayam ni..
ReplyDeletesilap sikit je..no problem
Assalam kak wattie..Wah ayam tuh nmpak sedap kak,ngan kuah bersalut pekat jer..Nak wat jugalah nanti2..Amik resepi dulu ya kak..Uiii byk sungguh list ayam duk tggu..
ReplyDeleteemmm ... sedapnya. hanim KIV resepi ni yer watie ....
ReplyDeleteNampak sangat menyelerakan dan guna bawang yang banyak. Kena cuba ni...
ReplyDeletehttp://treatntrick.blogspot.com
Assalam kak wattie,
ReplyDeletedengarkan namanya pasti rasanya pun sesedap nama kan kak wattie...kalau dah sambutan hangat tu gerentilah sedapp..
nampak pun dah menyelerakan..
salam rindu kak wattie..
ReplyDeletebuat ayam goreng canggih ye...sy goreng ikan suami jala aritu je..huk..huk
sedapnya ayam...makan dgn nasi minyak ni gerenti best!!
ReplyDeleteassalam kak wattie, maaf lah kita lamabt tiba dapur akak ni..nak buat kunjungan balas kena tunggu hari tak sibuk..
ReplyDeletedulu kita pernah cuba ayam goreng bawang memang sedap tu, yang ini ada berempah mestilah lagi sedap kan kak..aduii..macam2 recipe ayam kat dapur akak ni..nak cuba mana dulu dah confuse..hehe
Salam Kak Wattie..Lauk lauk kering macam ni makan ngan nasi putih panas2 sedap ni...
ReplyDelete