Saturday, November 12, 2011

Daging Masak Hitam Nasi Kandar Pulau Pinang


Salam untuk semua,
Satu lagi resepi nasi kandar dari Pulau Pinang. Dah lama sangat sebenarnya buat daging ni, cuma baru hari ni dapat diletakkan. Terimakasih Mamak Haji.


Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Source : Mamak Haji


Bahan-bahan :

1.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).

2.Bawang besar 2 biji dipotong hiris memanjang.

3.Rempah kari Daging 5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.

4.Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil

5.Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil

6.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)

9.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.

10.Santan pekat 250 gm jika kehendaki.

Bahan untuk kisar / Tumis:

Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
Daun pandan di potong 3? sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
Minyak masak dua senduk besar.



CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari, dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

7. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Hidangan untuk : 10 orang

Kos :RM20.00

*NOTA:

Penyediaan Cili Kisar:

Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.



7 comments:

  1. sedapnya masak mamak penang ni..

    ReplyDelete
  2. mat malaam Wattie..

    Wah..wah..wah..menggamit selera betui la..

    ReplyDelete
  3. salam Kak Wattie..bestnya..nnt bleh try lah..stok daging pun ada..nmpk menyelerakan :D

    ReplyDelete
  4. kak, sedapnya lauk ni....ishhhh dah la rindu nak mkn nasi kandar mamak akak lak tayang...tapaula sikit yer...hehe

    ReplyDelete
  5. kak watieee alamat tutup la restoren nasi kandaq kat seberang nun heehhehe nampak best la kak,saya suka p blog mamak aji tu tp dia wordpress susah nak polo

    ReplyDelete