Thursday, October 1, 2009

SOFT MARBLE CAKE



Salam aidilfitri buat semua,

Hari sabtu lepas, saya berkesempatan membuat sebiji kek yang diambil resepinya dari blog bro rozzan. Kalau tak silap dlm fp Ida pun ada. Bila ku belek, rasanya tak banyak beza. Resepinya memang dah lama kusimpan, baru hari ini berkesempatan untuk mencubanya. Kek ini sangat lembut dan enak, Terimakasih bro rozzan dan ida kerana sudi berkongsi resepi. Kebetulan pula hari tu, baru tengah ambil gambar, tetiba babysitter anak-anakku yang lama singgah beraya, apalagi kek ku potong untuk dihidangkan kepada mereka. Inilah yang dinamakan rezeki kata mereka. Memang niat dihatipun nak buat untuk makan-makan dan menjamu tetamu yang hadir apatah lagi stok biskut pun dah tak seberapa. Deko yang ku buat ni pun, ikut gerak tangan aja. Kot tertiru mana-mana kek, minta maaf yer, tp rasanya tak kot.......


SOFT MARBLE CAKE
Bahan2
270gm mentega
260gm tepung gandum
250gm gula castor
10gm koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sdm susu manis
1 sdm rata ovalette
1 sdm air paip
1 sdt baking powder
1 sdt vanila serbuk

Cara2
1. Mentega, susu dan vanila disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
2. Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
4. keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko atau warna coklat.
5. Siapkan tin kek berukuran 10x7x3 inci yang sudah dialas kerta dan disapukan mentega.
6. Masukan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7. Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 C selama 45 minit.


















No comments:

Post a Comment