Salam, dua tiga hari lepas aku terima panggilan telefon dari adikku Sally, katanya kawannya Noor nak order kek untuk surprisekan officemate dia, sempena hari lahirnya. Jadi dia minta aku buatkan kek coklat moist untuknya, designnya pula "up to your expertise" katanya, amboi macamla aku ni expert sangat. Aku pun pergi la beli apa-apa yang patut. Keesokannya harinya, dia telefon lagi, nak tambah lagi satu biji, takut tak cukup. Alamak, macamana ni hari dah nak malam, esok kedai tutup. Sesetengah barang tu hanya ada kat kedai kek aja. Aku call dan bagi tahu, mujurla dia faham dan katanya buatlah macamana pun. Alhamdullilah, lega rasa hatiku mendengarnya.
Sehari suntuk jugala aku buat kek ni, sampaikan sarapan, mkn tengahari semua pakai beli jer. Cuma makan malam jer aku sediakan, tu pun yang paling simple, nasi goreng. Hubby pun merungut juga, katanya kalau dapat banyak tempahan, macamana la gamaknya, pakai anak beranak tak makan la jawabnya. Nak tergelak aku dengar. Terkadang tu aku terpikir juga, macamana la sesetengah orang tu boleh menyiapkan tempahan yang banyak dalam jangkawaktu yg dikehendaki walhal mereka bekerja. Aku tak dapat bayangkan macamana la mereka bahagikan masa, kalau aku la, buat 2 biji kek pun dah berselerak satu rumah, mana nak urus anak, nak masak makan, nak mengemas, nak buat kek lagi, rasa macam tak sempat jer.
Jadi, inilah hasilnya. Jom layan piccas. Aku saja buatkan bunga rose lagiiiiiiii dan lagiiiiiii, nak mahirkan tangan. Aku tak akan berhenti praktis sampai aku betul2 berpuashati, ni memang dah tabiat aku, selagi aku tak boleh, aku akan buat sampai jadi boleh, insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment