Saturday, December 25, 2010

Hawflakes Layered Cake (Kek Lapis Asam Manis)



Salam semua,
Kek yang telah lama ku pendam hasrat untuk memcubanya. Satu ketika dulu saya pernah mendaftar untuk belajar membuat kek lapis ini, malangnya telah beberapa kali ditunda dan akhirnya dibatalkan oleh penganjur tanpa diberitahu sebab musababnya. Jadi, saya pun patah hati dan terus batalkan hasrat untuk belajar membuat kek lapis ini. Azam saya biarlah saya belajar melalui laman web, buku atau majalah saja. Sebenarnya ramai sangat rakyat Malaysia di luar sana yang tidak lokek untuk berkongsi resepi, kaedah dan petua petua berguna di dalam bidang baking ini. Semuanya terserah kepada diri sendiri untuk melipatgandakan usaha membuat research, rajin bertanya dan mencuba resepi resepi baru. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Apa yang saya perhatikan, kek lapis banyak menggunakan telur, yg ni pun salah satu sebab eksperimen kek lapis saya sering tertunda. Lagi satu sebab ialah bila mengingatkan proses melapis kek itu sendiri, kena mengadap oven sehingga selesai.

Cubaan pertama saya memilih resepi Bro Rozzan yang memang pakar dalam membuat kek lapis. Banyak yang telah mencuba dan berhasil. Saya cuma buat separuh adunan saja, takut tak jadi dan bakar menggunakan loaf pan 8.5"x5"x4". Alhamdullilah, proses membuat kek lapis saya berjalan dengan lancar walaupun baru pertama kali saya mencubanya.


Kombinasi warna pilihan yang bersesuaian dengan stok yang terdapat di dapur kecilku, hehehe, hijau, coklat dan warna asli adunan. Menarik kan......


Potong jugakla sebagaimana lazimnya orang memotong kek lapis untuk sessi photography hehehe. Kek agak lembab mungkin disebabkan oleh penggunaan marjerin.

Resepi ni saya cp dari blog CMG. Tuanpunya resepi Bro Rozzan. Terimakasih buat keduanya.

KEK LAPIS ASAM MANIS
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna "Golden Churn")- sy guna marjerin jer
150 gram gula halus
10 biji telur gred "A"
300 gram biskut marie, dikisar halus (mat guna jenama "munchy's")
1 tin kecil susu pekat manis (mat guna dalam 300 gram)
85 gram seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 camca teh esen vanilla
2 pack asam manis (haw flakes), setiap pack ada 10 bungkus
Pewarna makanan ikut suka (mat guna oren, biru dan merah jambu)

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar rata. Masa ni adunan kelihatan berbiji2 sedikit.

Pada kelajuan perlahan masukkan susu pekat manis dan biskut marie kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Letak pewarna kegemaran pada setiap bahagian, kacau rata.

Sediakan tin 4 persegi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah. Masukkan tin kosong tadi selama 2 minit.
Kaluarkan tin, sudukan 4 camca besar adunan (terpulang pada anda untuk memilih warna adunan), ratakan dan bakar selama 4 - 5 minit atau hingga peerang. Keluarkan dan sudukan 4 adunan lagi yang sama warna, ratakan dan susun haw flakes tadi, anggaran 25keping. Masukkan kembali dalam oven, kali ini tukar api pada fungsi "grill". Bakar selama 2-3 minit hingga perang. Keluarkan dan tekan sedikit kek tadi, biar padat, jika terdapat gelembung udara, cucuk dengan lidi sate, dan tekan perlahan2. Sambung melapis dengan 4 camca besar adunan warna lain pula, susun haw flakes pada lapisan kedua setiap warna.

Buat hingga selesai, untuk lapisan akhir, tukar api pada mode atas dan bawah, bakar hingga masak (3-4 minit). Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar dingin atas jaringan...Untuk tahan lebih lama, boleh dibungkus dengan plastik cling, masukkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk

No comments:

Post a Comment