Monday, December 20, 2010

Tutorial Step by Step Membuat Bunga Rose Dengan Flower Nail

Salam sejahtera semua,
Apa khabar?. Semuga anda semua didalam lindungan ILLAHI hendaknya. Hari ini tak der N3 lauk pauk yer tapi saya nak ajak jom ramai ramai kita belajar membuat bunga rose.

Sejak saya meletakkan N3 kek tempahan yang dipenuhi bunga bunga rose segar buttercream tempohari, ada beberapa teman blog yang bertanyakan saya cara cara membuatnya malah ada yang menelefon bertanyakan samada saya ada menganjurkan apa apa kelas. Sejujurnya, saya bukanlah pakar di dalam bidang ini malah masih di dalam proses pembelajaran. Rose yang saya letak tempohari merupakan rose pertama tanpa kon yang saya hasilkan. Saya mempelajarinya melalui pemerhatian dan pembacaan di laman laman web. Ditambah sedikit sebanyak pengalaman saya mengikuti kelas membuat kek dan rose berkon tidak lama dulu.

Jadi, untuk tidak menghampakan semua dan kepada yang berminat untuk mempelajari seni membuat bunga rose tanpa kon ini, di bawah ini saya perturunkan (cheewah macam nak belajaq silat pulak) sedikit sebanyak langkah demi langkah mengikut cara saya, cara Kak Wattie la yer menghasilkan bunga rose tanpa kon. Agak payah juga nak buat N3 ni sebab kita pun dah berpuluh tahun tak ke sekolah, nak karang cerita pun ambik masa yang lama, jenuh jugak la nak buat kerja sekolah ni tp demi adik adik dan teman teman blogku sayang, ku gagahkan juga.......... Semuga anda semua faham dengan bahasa pasar saya ini ya........ dan sebarang kekurangan atau kesilapan harap dimaafkan.


TUTORIAL STEP BY STEP MENGHASILKAN BUNGA ROSE DGN FLOWER NAIL CARA KAK WATTIE



1. Mula mula sebelum buat bunga rose, pergila chek dulu dah cukup ker bahan bahannya ya. Bahan bahan yang perlu ada adalah buttercream, piping bag, nozel bunga rose dan paku bunga (flower nail). Kalau tak der lagi, pergila cari dulu kat mana mana kedai bakeri. Untuk bunga yang mekar menguntum seperti yang saya hasilkan tu saya menggunakan nozel no 123 cap ayam jer......dan paku bunga(flower nail), entah betul ke tidak sebutan ni, cap wilton korea no 7. Tu haaa rupa dia kat ataih tu.



2. Mula mula buatkan dasar bunga rose. Tangan kena lembut yer, kalau keras cam kayu, alamat tak jadi la bunga tu. Anda mesti melakukan tiga pergerakan serentak iaitu menekan beg icing, menggerakkan nozel dan memusing paku. Pegang piping bag di kanan tangan anda dan flower nail di sebelah kiri tangan anda. Letakkan nozel di tengah2 flower nail dgn yg tirus menghala ke atas. Semasa anda menekan piping bag, gerakkan nozel dan pusingkan flower nail sehinggalah kon terbentuk. Jikalau menggunakan kaedah Wilton, nozel no 12 dan nozel bunga no 7 digunakan untuk menghasilkan dasar bunga rose. Yang saya buat ni adalah kaedah malas sebab tak mau menukar terlalu banyak nozel, nanti tangan belengaih (comot dengan aising)


Lebih kurang cam ni la rupa dasar dia, dalam dia agak berongga ya, klu nak yang padat ikut cara wilton, tp kena tukar tukar nozel la pulak



3. Sekarang buatkan lapisan pertama ataupun bahagian tengah kelopak dengan menggunakan nozel yang sama. Pegang flower nail yang mengandungi dasar bunga rose tadi di sebelah kiri tangan dan nozel di sebelah kanan tangan. Bahagian nozel yang lebar sepatutnya menyentuh kon icing tadi sedikit ke bawah daripada puncak kon dan bahagian sempit nozel menghala ke atas. Yg ni ikut kaedah Wilton ler.

4. Gerakkan nozel ke atas dan kemudian ke bawah seperti huruf "n" bagi menghasilkan kelopak pertama. Kelopak ini sepatutnya mengincup ke dalam. Alamak yang saya buat tak berapa kincup ler. Mulakan semula di hujung kelopak pertama dan tekan nozel bagi menghasilkan kelopak ke2. Ulangi langkah tadi bagi menghasilkan kelopak ke3, diakhiri dengan menindih kelopak pertama tadi. Menghasilkan 3 kelopak kesemuanya.



5. Buatkan 5 kelopak di barisan berikutnya dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan mengembangkan sedikit kelopaknya. Kelopak terakhir mestilah menindih kelopak pertama tadi. Aikkk pasai apa 4 kelopak aja, belasah ler ikut sedap jari dan sedap mata memandang, janji cantik..... Tp korang jangan ikut akak lak, buat biar betul yer..



5. Buatkan barisan terakhir sebanyak 7 kelopak. Prosesnya adalah sama. Kelopak terakhir mestilah menindih kelopak pertama di barisannya. Bergantung kepada anda sebanyak mana kelopak yang diinginkan samada 3, 5, 7, 9 dan seterusnya..... Haaa, kan dah siap, senangkan?

8. Selepas bunga lengkap dihasilkan, dengan menggunakan gunting kecil ataupun pisau yang tirus di hadapannya, perlahan lahan alihkan bunga rose dari atas paku ke atas kek sebagaimana yang dikehendaki. Jangan pi guna sudu lak, kang hancusss bunga rose tu....



Kalau agak agak tak reti dengan bahasa dan keterangan yang saya berikan kat atas tu, cuba tengok gambaq kat sini pulak. Mujur jugak ada anak teruna saya kat rumah, klu tidak jenuhla camana nak ambik gambar dengan tangan kiri kanan ada barang. Gambar gambar ini lebih terperinci. Kalau tak reti jugak, alamatla korang ni kena masuk kelas semula, hehehe. Gi la cari mana mana tokey kek yang pandai buat bunga, labur sikit duit masuk kelas dia. Tak rugi masuk kelas ni sebenarnya, belajar sekali aja, sampai bila bila leh buat. Sebenarnya, agak susah menghasilkan bunga rose ini pada permulaannya. Saya sendiri walaupun telah mengikuti kelas membuat kek dan bunga rose namun mengambil masa yang agak lama sebelum betul betul dapat memperlajari teknik dan cara cara yang betul menghasilkan bunga rose yang cantik. Yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan.

Semuga dengan panduan yang tidak seberapa ini dapatlah anda mencuba untuk menghasilkan bunga rose sebagaimana yang anda inginkan. Sekiranya anda rajin berusaha dan tidak jemu berlatih dan bermain dengan icing, InsyaALLAH, keinginan anda pasti akan tercapai. Untuk pengetahuan anda, langkah ini juga dapat anda aplikasikan sekiranya anda ingin membuat rose dengan kon dengan mengabaikan step no 2. Selamat Mencuba, semuga berjaya.....

3 comments: