Showing posts with label Kek Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Kek Pertunangan. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Door Gift & Hantaran Red Velvet Cake In The Jar


\

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah dia kek baldu merah dalam balang tempahan Yati, Cyberjaya.  Yati menempah 100 balang kesemuanya untuk dijadikan sebagai doorgift dan juga hantaran.  Ini adalah kali pertama saya membuat kek baldu merah dalam balang untuk kuantiti yang agak banyak, selalunya permintaan   lebih kepada kek pelangi dalam balang.  


Berbeza dari kek pelangi dalam balang yang dibakar di dalam jar, kek baldu merah pula dibakar berasingan, dipotong.  kemudian disusun di dalam balang berselang seli dengan krim.


Gambar diambil waktu malam, jadi agak malap kejadiannya.
Terlupa langsung nak snap atas meja, yang ni aja yang sempat disnap masa dalam chiller.

'
Petang tu, saya terima sms daripada Yati berbunyi begini  :-
"Akak, terima kasih ye.  Pihak lelaki cakap red velvet sedap".  
Alhamdulillah, terimakasih banyak diucapkan di atas feedback Yati.



Kita tengok satu satu pula ya,   sebelum kek dipick up oleh pelanggan, sempatlah posing tepi kotak sebalang kek ni.  Meh kita pakat pakat tengok...................




Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan dan kepercayaan yang telah diberikan bagi menyediakan kek baldu merah ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Saturday, January 4, 2014

Rainbow Cake & Mini Pavlova Hantaran Pertunangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Pelangi dan mini pavlova  tempahan Yati, Permatang Pauh.  Yati yang bertugas di Cyberjaya melangsungkan pertunangan pada 28hb Disember 2013 yang lepas.  Disamping kek dan pavlova, Yati juga menempah 100 balang red velvet cake in the jar.  Disebabkan terlalu banyak gambar yang telah saya ambil, maka saya membuat keputusan untuk meletakkan red velvet cake dalam n3 yang berasingan.  Jadi, nantikan kemunculannya.


Sebulan lebih sebelum majlis, Yati telahpun membuat tempahan.  Terimakasih banyak kerana membuat tempahan awal, ianya sangat2 membantu.


WE ARE ENGAGED!  ZEID & YATI.   Selamat bertunang diucapkan kepada kedua duanya.  Semuga kalian bahagia hingga ke syurga abadi, amin.







Sebahagian mni pavlova ini juga dijadikan sebagai hantaran.  Jadi, saya letakkan di dalam kotak kotak comel,   Buah buahan juga telah ditambah supaya nampak "rich" sesuai dengan permintaan Yati, 




Alkisahnya, pada hari buah buahan ingin dibeli, Carrefour Sbg Jaya kehabisan langsung stok buah buahannya.  Di Tesco pula buah buahannya kecut kecut belaka.  Jadi, hubby ke Bilion,  kat sana pula hubby hanya menemui buah anggur dan kiwi.   Jadi, keesokkannya hubby ke Giant Kulim, barulah ditemui buah strawberri yang segar.   Fuhhhh, leganya rasa hati.  Kalau tak, tak taulah nak letak buah apa kat  pavlova ini.  Inilah yang dikatakan cabaran.  Nak dibeli awal awal takut buah buahan tak nampak segar, bila beli last minute begini pula jadinya.  Walaubagaimanapun, alhamduilillah sesudah segala kepayahan yang terpaksa dilalui, akhirnya masalah  dapat juga diselesaikan.  Syukur sesangat.







Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Tuesday, December 31, 2013

Rainbow Jar Cake



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Nampaknya bulan disember ini dapur saya dipenuhi dengan kotak balang.  Permintaan untuk kek dalam balang di musim cuti persekolahan sekaligus musim kenduri  ini agak memberangsangkan, alhamdulillah.



Kali ini ditempah pula oleh Umaira dari Penaga sempena majlis pertunangannya.




Selamat bertunang Umaira.  Semuga kalian berdua bahagia hingga ke syurga, amin.


Dan terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, October 17, 2013

Kek Pelangi Dalam Balang Zura, Bertam Perdana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Pelangi dalam balang tempahan Zura, Bertam Perdana untuk dihadiahkan kepada teman sepejabat yang melangsungkan pertunangan di Kulim.











Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Saturday, January 19, 2013

Kek Hantaran Purple Rose tempahan Rina


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek karamel tempahan Rina sempena ikatan kasih adiknya.



Warna purple dan pink menjadi pilihan untuk hiasan bunga bunga rose  kali ini.




Selamat bertunang diucapkan buat mereka berdua, semuga kalian berdua bahagia hingga ke syurga, amin.








Terimakasih banyak di atas tempahan ini.