Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Saturday, November 27, 2010
Nasi Serai dan Ayam Ala Kassim
Salam semua,
Semalam ambil serai yang ditanam kat depan rumah di tanah terbiar milik MPSP. Cabut sepokok sekali, senang cerita. Serai ni dah lama ditanam dan dah lama juga tak diambil sampai daun pun dah naik kering. Banyak juga hasilnya. Selepas dikerat kerat, cuci bersih, saya simpan dalam petiais, senang bila nak guna nanti. Bila dah banyak serai ni, ada je la juadah berserai yang nak disajikan. Baru dua, tiga hari lepas ternampak Knor buat nasi serai, nampak sedap sangat. Jadi saya pun tak maula ketinggalan, try jugak la buat. Aduhaiiiiii, bila tengah menanak nasi tu, keharuman nasi serai menerobos ke celah celah hidung yang tak mancung ni , heheheh, memang wangi sangat baunya ditambah pulak dengan campuran bau daun pandan yang mmg dah diketahui keharumannya. Memang satu kombinasi yang sungguh serasi dan harum.
Bila anak2 makan, semua kata sedap, lagi sedap dari nasi2 yang sebelum ni pernah saya buat. Ada anak yang sorang tu, sampai 4 kali berulang makan, tu diaaaaaaaa penangan nasi serai, selalunya dia makan 2 kali jer sehari, kali ni sampai 4 kali. Berbaloi baloiiiiii ler masak nasi ni……………licin periuk belanga kah kah kah……….Satu resepi yang sungguh istimewa dan mudah disediakan. Terima kasih bebanyak kepada tuanpunya resepi, KNor
NASI SERAI
Bahan :
2 cawan beras - k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai - dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Cara :
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Nota : Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.
Ni la dia ayam yang digandingkan dengan nasi serai, Ayam Ala Kassim. Masa tengah memasak ayam ni, tetiba baru perasan yang kicap dah habissssss, huwaaaaaaa habisla ayam ala kasssimmmmmmmm…ku…. Dah separuh jalan dah ni…….. Camana nak buat ni. Ok, takpa takpa, rileks, tenangkan fikiran, sambil otak ni ligat jer berfikir camana
nak recover ayam ala kassim ni…… Tengok kat dapur apa yang ada, nampak sos, tibai jer la sebelum ayam hangit, taruk sos cili sikit, taruk sos tomato sikit, suaikan rasanya dah siap….. Legaaaaaa rasa hati, ayam ala kassim dah jadi ayam ala wattieeeee laaaaa. Anak-anak makan depa kata "ayam masak madu ka ni ma? sedap……kah kah kah…….". Walaupun ayam ala kassim ku tak jadi, tp licin jugak dibelasah dek anak anak…….
Resepi Asal dr azura Suhaimi@MyR tapi saya cp dr blog KZai, KL terimakasih kepada keduanya.
AYAM ALA KASSIM
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat - yg ni sy ganti sos cili ngan sos tomato
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
masukkan daun kari dan kacaukan rata
biarkan seketika sambil dikacau selalu
kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment