Friday, November 12, 2010

Ikan Masak Tiga Rasa

Salam Semua,

Sabtu lepas, bila gi Tesco, nampak ikan siakap fresh jer, selak tengok insangnya, pun masih merah lagi, harga pun leh tahan, ada promosi ……… apa tunggu lagi rembat jugak la sekor. Lepas tu, suruh pekerja kat sana siang siap2 dan potong enam, senang sikit bila nak masak. Adussss, bila tengok muka orang yang dok menyiang tu, mendidih jer darah ni, apa taknya, dahla muka masam mencuka, bila kita cakap dia buat2 derkkkk jer. Nak kata ramai orang, tak pulak, cuma dua orang jer. Bila dah siap menyiang, kita pun ucapla tkasih, muka dia lagi masam, aikkkk aku ada buat salah ka, terdetik kat hati kecil ni, rasanya tak kot. Tapi tak pa la, aku maafkan kau, sabor jer la, sebab kita memerlukan khidmat dia. Agaknya banyak sangat kot kerja kat Tesco tu, sampai tak leh nak senyum.

Ok lah, panjang pulak melalut hari ni, bukannya apa sekali sekala nak juga melepas geram. Untuk memujuk hati yang tengah membara tadi tu, hari ni nak masak ikan tiga rasa pulak. Resepi ni saya cilok dari blog DayangJack, terima kasih yer Dayang kerana sudi mengongsi resepi mudah ini. Saya letak banyak sos jadi kuahnya agak pekat. Saya tak tambahkan air langsung dalam resepi ni, jadi tepung jagung pun saya tak letak. Memang sedap masakan ni, ringkas tetapi sangat sedap. Selalunya kalau masakan cam gini saya makan kat restoren masakan thai, jarang buat. Sekarang dah tau, bolehla buat selalu.


Amacam, terliur tak? mai pinggan nak bagi sorang sekeping, heheheh


Maafla, gambar ni pakai camera hphone murah, sebab tu tak sharp. Nanti bila dah cukup bajet baru nak beli satu.

Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak) - saya guna ikan siakap1 labu bawang besar (dihiris dadu)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
10 biji cili padi (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan - tak letak sbb tak der
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung - tak letak
hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb - yg ni sy ganti mix vege

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.

Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.

Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.

Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment