Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Wednesday, November 3, 2010
Gulai Ikan Sardin dan bendi
Salam semua,
Pagi ni bila bukak peti ais, huwaaaaaaa tak dak apa yang tinggai. Kenala pi mini market yang berhampiran cari apa2 untuk masak makan tengahari. Takut nanti, anak2 balik sekolah, tengok kuali dok tertiarap lagi, nangis pulak depa. Anak2 ni kalau balik jer dari sekolah, masuk jer dalam rumah, perkara pertama depa tanya ialah "mama masak apa hari ni mama?". Kalau sebut lauk yang best2 tu, balik terus capai pinggan dan makan.
Lepas hantar anak gi tadika, singgah kat mini market taman, beli la ikan sardin dan kacang bendi sikit. Tak banyak pilihan yg ada dan ikan sardin tu jer yang menarik pun. Selalunya kalau ikan, saya gulaikan saja, lepas tu goreng sikit dan ada sayur2an sikit jadila….
Ni la dia, hidangan hari ni, gulai ikan sardin dan bendi. Resepi ni resepi arwah mak saya. Kalau masak apa2 gulai ikan, ni la resepi yang selalu saya gunapakai,resepi turun temurun.
GULAI IKAN DAN BENDI
Ikan - apa-apa jenis ikan pun tak per
7 sb rempah kari ikan campuran (saya campur rempah kari baba dan alagappa)
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
sedikit air asam jawa
Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 tangkai daun kari
Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai daun kari
1 ct halba campur
4-5 biji kacang bendi
2 biji buah tomato - belah 4
3-4 biji cili hijau
garam dan lada sulah secukupnya
Cara-caranya:
1. Ikan dibersihkan dan toskan airnya.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari, cili mesin dan air asam jawa, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan ikan, kacang bendi dan biar sebentar.
7. Masukkan pula buah tomato, cili hijau, garam, dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.
Nota : sekiranya menggunakan ikan ketul (ikan yang lambat empuk), masukkan ikan bila rempah2 dah pecah minyak diikuti dengan santan dan lain lainnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment