Monday, July 19, 2010

Best Chocolate Moist Cake

Salam,

Lamanya tak update entry. Rich Chocolate moist cake ini dibuat untuk anakku tak lama dulu sempena dengan hari lahirnya pada 1hb Julai 2010.


Deko pagar yang pertama dihasilkan selepas mempelajari tutorial daripada blog Cikgu Aisyah..... ala Umieaisyah dari Perak tu. Thanks yer Aisyah kerana sudi mengajar bloggers semua cara2 buat pagar pada kek. Tapi dek kemalasan, saya guna sudu jer buat pagar tu, tak letak dalam piping bag pun. Hasilnya jadilah pagar setebal ni, sepatutnya garisannya lebih halus dan cantik.



Kek ini saya layer kan dengan buttercream.



BEST CHOC MOIST CAKE
By courtesy of Allrecipe.com - tks yer

Ingredients :
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.

Sunday, July 4, 2010

Ubi Kayu Goreng Berempah

Salam untuk semua,
Beberapa hari lepas jiran bagi ubi kayu. Punya la dok fikir apa nak buat dengan ubi kayu ni. Selalunya saya rebus saja dan makan dengan gula merah campur kelapa muda. Sekali ni nak rasa resepi lain pulak. Saya cuba buat ubi kayu goreng berempah versi ayam goreng berempah. Bahan2nya saya ubahsuai sendiri. Hmmmm, sedap juga jadinya, buat makan petang bersama anak2.



Friday, July 2, 2010

Puding Biskut


Salam buat semua,
Buat puding biskut ni dah lama sebenarnya, cuma baru scheduled hari ni untuk di publish. Resepi disalin sebenarnya dalam bahasa indonesia, saya alihkan sedikit sebanyak yang saya tahu ke bahasa malaysia, tapi maafler kat tuanpunya resepi kerana saya terlupa nak salin darimana resepi ni diciplak dan siapa tuanpunyanya. Walau apa apa pun, terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi resepi istimewa dan lain dari yang lain ini.






PUDING BISKUT

20 keping biskut marie
50gm gula pasir
1 st serbuk kopi @ mocha essence

2 bungkus agar2 tidak berwarna
1 ltr susu UHT tawar
100gm gula pasir
2 biji kuning telur
3 sdm susu pekat manis
pewarna merah dan coklat

500 ml air + 6 sdm susu pekat manis
6 sdm gula pasir
2 biji kuning telur
1 st mocha paste

Cara-cara
Buat caramel dengan 50gm gula, tambah mocha essence. Tangkup 2 keping biskut marie dengan caramel. Buat cepat agar caramel tidak keras.

Puding
Masak susu UHT, agar2, gula sambil di kacau supaya susu tidak pecah. Masukkan kuning telur, tuang dan kacau cepat2. Bila mendidih, angkat, matikan api dan tambah 3 sdm susu pekat manis, kacau rata dan tapis. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan tambahkan warna merah pd satu bhg dan coklat pd satu bhg lagi.

Tuang separuh adunan dalm loyang bulat 20cm dan tunggu hingga keras. Susun biskut marie melingkar. Tekan biskut marie dengan gelas berisi air. Tuang separuh adunan coklat (dipanaskan kembali) dan tunggu keras. Tuang separuh lagi adunan merah dan tunggu keras.

Angkat gelas dan pastikan biskut terendam dalam puding. Akhir sekali masukkan sisa adunan coklat yg telah dipanaskan kembali untuk menutup biskut dan bekukan.

Siap untuk dihidangkan.