Thursday, February 26, 2015

Puding Kasih Bertaut Hantaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Fatimah sempena pertunangan sepupunya.




Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, February 25, 2015

Gulai Ketam dan Nenas Tumis Darat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ini saya menggulaikan ketam pula.  Resepi ini resepi dari utara menggunakan kaedah tumis darat.  Jom tengok resepinya.

Gulai Ketam & Nenas Tumis Darat
Sumber Resepi : Nurniezza

 Bahan-bahan : 
6 ekor ketam dibelah dua
3 biji bwg merah, 3 biji bwg putih, 1 inci halia..ditumbuk lumat 
Satu paket rempah kari 
Air secukupnya 
Santan pekat 
sekeping asam gelugur 
Garam secukup rasa 
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit 

Bahan2 utk ditumis garing : 
Sedikit minyak masak utk menumis 
2 biji bwg merah, dimayang 
2 biji bwg putih, dimayang 
5 tangkai cili kering, di potong dua 
3 pelepah daun kari, dilurut 
2 sudu besar rempah halba campur 

Cara-cara : 
1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan. 
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa. 
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis. 
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar. 
5. Tutup kuali dan padamkan api.


Monday, February 23, 2015

Assorted Muffin - DoorGift

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
210 biji Muffin campuran perisa coklat, strawberi dan pandan tempahan kawan Mr Hubby.
Terimakasih byk diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, February 18, 2015

Mini Pavlova Hantaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Mini pavlova tempahan Hamidatul Hamda dari Bandar Baharu, Kedah, sempena hari pertunangan beliau.


Terima kasih byk diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Tuesday, February 10, 2015

Ayam Lada Hitam Sri Lanka Chef Wan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi eksperimen untuk hari ini. 




Ayam Lada Hitam Sri Lanka
Sumber  :  Buku Masakan Ayam - Chef Wan
Sumber  :  kongsiresepi
Bahan – bahan:
8 ketul ayam
2 biji kentang, dipotong baji 
*Sedikit garam
*Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Bahan – bahan * digaul dengan ayam dan digoreng dengan minyak terendam


4 sudu besar minyak sapi
2 biji bawang besar, dikupas dan dicicang
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus
4 -6 helai daun kari
2 inci halia
250 ml yogurt
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato segar , dipotong baji
70gm  biji gajus ( digoreng tanpa minyak)

Bahan untuk rempah:
1 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk bunga cengkih

Cara – cara:
1. Goreng ayam kemudian kentang di dalam minyak panas sehingga warnanya perang keemasan. Toskan di atas kertas serap minyak.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia serta daun kari di atas api kecil sehingga wangi dan bawnag putih menjadi perang.
3. Masukkan rempah dan goring selama 1 minit. Kemudian, masukkan yogurt dan soso tomato. Masak sehingga pekat sedikit sambil kacau selalu. Masukkan sedikit air, jika terlalu pekat dan melekat ke kuali.
4. Masukkan kepingan ayam dan gaul sehingga disalut dengan bahan-bahan dalam kuali. Masukkan ubi kentang, tomato dan biji gajus.

5. Kacau selama 1-2 minit lagi, angkat dan hidangkan.

















Saturday, February 7, 2015

Decorated Yellow Glutinous Rice for Wedding Reception / Pulut Kuning Berhias Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,  
Pulut Kuning Berhias 2 tingkat  tempahan Siti Zahara dari Lahar Kepar, Kepala Batas, sempena perkahwinan adik lelakinya.

Pengantin minta saya buatkan pulut berbentuk hati.

#pulutkuningberhias #pulutkuning

Saiz kek 8" dan 11"
Hiasan   :- Burung telur.   6 ekor kesemuanya,  2 ekor di tingkat atas dan 4 ekor di tingkat bawah.  Juga dihiasi salad segar,  bunga yang diukir daripada timun jepun, karrot, cili dan  tomato ceri serta susunan telur dadar gulung di sekeliling pulut.





Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.




Wednesday, February 4, 2015

Carrot Cake Bars With Cream Cheese Frosting / Kek Karrot Potong dengan Krim Keju

Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Jom jamu mata dengan kek karrot potong ni.   Lama sangat tak makan kek karrot, jadi melepas rindulah ceritanya ni.  Ni kesah bulan lepas ya, macam biasalah n3 yang lama,  tapi tak lapuk ditelan zaman ya.
 Anak anak tak berapa suka dengan kek karrot.  Pilihan utama mereka mesti kek yang ada coklat.  Sebab tu la ambil masa sikit nak menerai resepi resepi baru.

Saya buat separuh adunan saja, cukupla untuk saya sorang hehehe, jangan jelez.  Saya hiaskan juga dengan sedikit krim keju lebihan dari tempahan yang telah dibuat.  Kek ni sangat lembut, harum  dan semestinya sedap.  Resepi ni saya ambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D Hati.  Anak bujang saya yang belikan buku tu.   Jom sama sama kita semak resepinya, mana tau ada yang ingin mencuba, dipersilakan ya.


Kek Lobak Merah

Bahan A
4 biji kuning telur
375ml cawan minyak jagung
130gm gula castor
150gm gula perang
150gm lobak merah parut
250gm tepung kek
3/4 st rempah campuran
1 1/2 st soda penaik (baking soda)
1st garam
100gm walnut - dibakar dan dicincang

Bahan B
4 biji putih telur


Kaedah Membuat
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.  Ayak tepung kek bersama rempah, soda penaik dan garam.
3.  Pukul kuning telur sebentar.  Masukkan minyak, gula perang dan gula kastor.  Pukul lagi sekejap sahaja.
4.  Masukkan campuran tepung.  Kacau menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan lobak merah dan walnut.


6.  Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga menjadi meringue.
7.  Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung, kacau perlahan.
8.  Tuang ke dalam loyang bersaiz 8 inci.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak sempurna.




Satu kelebihan blog ini, gambar mesti banyak, heheheh, jadi jangan jemu ya.