Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tadaaaaa.......my first Cupcake Basket. Kek dalam bakul la pulak hehehe.
Kek kek ini ditempah oleh kakakku untuk dijadikan hantaran sempena hari pertunangan anak keduanya, Muhammad Hafiz. Masa mula mula kakak menyebut nak letak kek dalam raga, saya dah ragu ragu, macamana tu nak susun kek yang berkrim dalam raga, rasa macam tak konfiden pulak sebab tak pernah buat lagi. Jadi saya tak janji apa apa, saya cuma kata nak letak dalam kotak bertingkap aja.
Alih alih besoknya tu, saya pula yang asyik terbayang bayang kek dalam bakul. Setelah difikir2kan, sekali sekala apa salahnya mencabar diri melakukan sesuatu yang baru. Lagipun untuk anak sedara sendiri, kalau ada apa apa yang tak kena, boleh kautim dengan kakak keh keh keh..
Terus saya pecut ke kedai bunga bungaan dan barang barang perkahwinan untuk mencari raga dan barang barang yang bersesuaian dengannya.
Warna tema, biru dan putih menjadi pilihan. Jadi, inilah hasilannya, nampak macam serba kekuranganla pulak huhuhu. Cupcake ni siap malam, nak post lebih lebih pun tak boleh sebab gambar semua jadi tak jelas sbb saya menggunakan handphone saja, tak puashati pula rasanya. Tapikan, alhamdulillah, feedback daripada kakak dan adik beradik yang lain tidak menghampakan saya, heheheh, lega rasa hati.
Haaaa, yang ni siap awai, siang siang dah boleh amik gambar, jadi terang sikit kejadiannya.
Selamat bertunang diucapkan buat Muhd Hafiz dan Mira. Semuga bahagia hingga ke syurga, amin.
Ini juadah yg disajikan. Menu kampung yg jarang2 saya temui di tempat saya. Fuhhhh, sedap giler, hehehe