Friday, June 29, 2012

Pais Ayam Temasek


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Harum mewangi dan enak sungguh rasanya pais ayam temasek yang saya buat baru baru ini. Itulah yang dapat saya gambarkan mengenai resepi kali ini.



Tiada stok daun pisang di rumah saya. Agak payah untuk mencari daun pisang di sini. Jadi, saya gantikan dengan daun pandan yang banyak kedapatan di belakang rumah saya. Untuk pais ini saya cuma lapikkan saja daun pandan di bahagian bawah dan aturkan beberapa helai lagi bagi menutupi bahagian atas ayam. 
Mak aiiiii, bila membakar pais ayam ini, baunya sungguh harum menyengat, bau daun pandanla katakan, mestilah wangikan. Bila dikeluarkan dari oven dan anak anak lihat hasilannya yang sungguh menarik, cepat cepat mereka bertanya, Dah boleh makan ke Ma? Opsss, kejap dulu jang oooiiiii... sesi photografi belum bermula lagi hehehe. Tapi saya bagi jugaklah seketul dua buat mereka merasa.


Resepi yang sungguh sedap ni saya ambil dari blog Ayu@curlybabesatisfaction. Terimakasih banyak Ayu kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap banget ini, jasamu dikenang. Dan izinkan akak untuk perpanjangkannya pula di sini.

Pais Ayam Temasek 
Sources:-From Puan Aini Salim 
Bahan:- 1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje) 
1 helai daun kunyit dihiris 
2 helai daun limau purut disiat 
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje) 
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje) 
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan garam & perasa secukupnya 
daun pisang secukupnya 



Bahan kisar:- 
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar) 
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar 
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih) 
8 biji buah keras 
1 cm lengkuas 
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai) 
beberapa cili padi -(Ayu tambah) 
1 sudu makan serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan putih 

 Cara:- Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan sanatn, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam. Masak balik-balikkan hingga hampir kering. Bubuh ayam diatas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit

Saya tuangkan kuah berlebihan dari memasak tadi, fuhhh......pengsannnnn.....
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tuesday, June 26, 2012

Red Velvet Cake In A Jar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ada yang dah boring tak dengan n3 red velvet cake saya ni??? Siapa yang boring angkat tangan!!!, hehehe. Fuhhh!!!.... ramainya, apa nak dikata, kita minta maaf banyak banyak ajalah yer. Kita kena jugak letak n3 ni sebab gambar2 dalam n3 kali ni adalah gambar2 yang paling kita suka tengok. Kalau tak suka, pejam ajalah mata tu. Tapikan, rugi tau, alang alang dah terlanjur singgah di sini, jomlah ikut sekali kita sama sama jamu mata dengan gambar gambar kat bawah tuuu...... zaaaasssssss
Nak tahu mana saya dapat balang buat mengisi kek ini? Jangan tanya kat kedai mana saya cari balang ni yer sebab sayapun gunapakai balang jem strawberry yang ada dalam simpanan. Yang ada pun satu balang ni saja pun. Sebelum sebelum ni tak pernah pulak terfikir kek dalam balang ni akan jadi trend terkini. Jadi, balang2 jem yang kita makan sebelum ni semua kita dahpun bakulsampahkan. Kalaulah dari dulu kita dapat baca trend trend kek yang bakal muncul, maunya saya himpun dan simpan balang2 tu semua. Tapi tu lah kan, itu semua adalah rahasia Allah.
Psssttt..... mai kita nak habaq dari mana kita dapat semua hiasan untuk kek dalam balang ni...hehehe, Pun kita gunapakai barang barang yang sedia ada, recycle....jimatkan...Tali, rerama dan manik2 ni semua kita rembat dari bunga telur yang kita dapat. Maklumla masa kek redvelvet ni dibuat, masa tu cuti sekolah, jadi ramailah orang yang adakan kenduri kahwin kan, jadi salah satunya bunga telur tu la.
Cerita pasal lilin ni pula ya. Mula mula kita pacakkan satu batang aja kat dalam kek tu. Kita pacakkan yang kaler pink. Tapi bila anak kecil kita, Zaheen nampak, dia kata cenggini "Mama, kalau birthday boy, kena letak warna biru. Oppss, ya ke??? Untuk tidak menghampakan, kita pun pacaklah lagi satu lilin kaler biru pula kat sebelahnya. Lepas tu, dia nampak pulak lilin kaler kuning, spontan aja dia sebut cenggini "Tapikan mama, kalau letak warna kuning pun cantik juga" Hah, sudahhhh, gitu pulak. Payah payah sangat, kita pacak semua hahaha. Itulah jadinya sampai 3 batang lilin kat dalam balang tu. Mujur juga kaler tu jer yang ada, kalau tak maunya kita kena pacak semua lilin kat dalam botol tu, baru meriah betul....
Lepas tu, tak habis lagi.....Zaheen kata lagi. "Mama, kena nyalakan lilin tu baru cantik!" hahaha pandai juga anakanda bonda ni berimaginasikan. Memang mama pun akui kalau dinyalakan, makin bertambah cantiklah jadinya. Tapi, kali ni mama tak dapat nak tunaikan permintaan Zaheen sebab nanti lelehan lilin tu akan terkena kek, lagipun mama cuma nak buat hiasan saja. Zaheen diam aja,.....alhamdulillah.
Jangan tak tahu, sudu ni pun sudu cenderahati kenduri kahwin jugak, hehehe
Kalau dah santap separuh dan rasa kenyang. Tutup aja dengan penutupnya macam ni dan simpan untuk dimakan kemudian nanti. Kenyang tau makan kek dalam balang ni sebab kuantitinya boleh dikatakan banyak juga.
Terimakasih ya, kerana sudi berkunjung dan melayan gambar serta omong omong kosong kita ini.....jangan lupa singgah lagi ya..

Sunday, June 24, 2012

Happy Birthday Ayu and Mama


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ini pula tempahan Sariah atau nama manjanya Ina.



Happy Birthday Ayu dan Mama.



Ina request kek yang ada bunga bunga yang macam Rose HR tempah baru baru ini.


Lama juga sebenarnya kita tak buat bunga rose macam ni, lepas gian jap....




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Sila layari  :  
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Friday, June 22, 2012

Red Velvet Cupcake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Ada ker yang menunggu nunggu resepi redvelvet dari dapur saya??? hehehe, perasan pulak kita ni. Entah entah takder siapa yang peduli..... 



Sebelum tengok resepinya, mai la kita sama sama jamu mata dengan hasilan kedua dari adunan yang sama kek si baldu merah yang fofular itewwwwww..... Tak banyak yang ada, cuma 3 ketul jer. Jadila kan buat letak dalam blog kita. Nanti kalau ada orang tanya bolehla kita dengan bangganya berkata kita dah pernah buat kek itu.


Oklah, tak mau buang masa, jom kita semak resepinya. Resepi kali ni saya skodeng dari dapur Ayu, dapur Ayu yang original ya, bukan dapur yang ciplak, harap maklum. Terimakasih Ayu.

RED VELVET CAKE 
Source : Ayu 

Ingredients:- 
12/3 cup self raising flour-(12/3 cawan tepung naik sendiri)
2 tbsp cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)-(2 sudu besar serbuk koko) 
1/2 tsp baking soda-(1/2 sudu kecil baking soda) 
110g butter-(Ayu used 125g)-(110g mentega-Ayu gunakan 
125g) 1 cup fine sugar- (Ayu used 3/4 cup)-(1 cawan gula halus-Ayu gunakan 3/4 cawan ) 
 2 large eggs-(2 biji telur besar) 
1/2 cup milk-(1/2 cawan susu) 1/4 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup)-(1/4 cawan buttermilk-Ayu buat 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka biarkan hingga 15-20 mint- digunakan hanya 1/4 cawan untuk resipi ini ya) 
1 tsp vinegar-(1 sudu kecil cuka) 
1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel-(Ayu used 11/2 tsp wilton-no taste)-(1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- ayu gunakan 11/2 sudu kecil wilton -no taste) 

Method:- Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients(sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked-(Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering(Yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.)


Cream Cheese Frosting 
250g Philadelphia cheese-(250g cream cheese) 
125 butter-(125 mentega) 
1 cup icing sugar-(Ayu used 1/4 cup)-(1 cawan gula ising-Ayu gunakan 1/4 cawan) 
1 tsp vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen) juice of a squeezed slice of lemon-(Ayu used 1 lime juice)-(jus dari 1 hirisan lemon-Ayu gunakan 1 biji limau sambal) 
 Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.-(Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.) 

 Chocolate Ganache 
200ml double cream with at least 30% fat content-(Ayu used whippping cream)-(200 ml whip krim) 250g dark chocolate, chopped finely-(250g coklat gelap di cincang halus) a pinch of salt-(secubit garam) 
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed. Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top-(Menggunakan kaedah double boil, cairkan whip cream hingga panas, masukkan coklat, & garam kacau rata. Biarkan kek sejuk betul2 baru sapukan cream cheese frosting dan tuangkan coklat ganache di atas.


Buttercream Frosting:- 
125g unsalted butter-(125g mentega tanpa garam) 
75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)-(75g shortening-Ayu gunakan 1/2 shortening 1/2 lagi krimwell) 100g confectioner's sugar-(100g gula ising) 1 tsp pure vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen) 1-2 tbsp cocoa powder-(up to preference for darkness- not too much if dont want bitter)-(1-2 sudu besar serbuk koko-(ikut suka nak gelap mana- jangan banayk sangat nanti pahit pulak) Beat all the above except cocoa powder till smooth . Add cocoa powder and mix well. ready for piping.-(Pukul kesemua bahan kecuali serbuk koko hingga gebu. Masukkan serbuk koko dan gaul rata. Siap untuk di pipekan)

 

Wednesday, June 20, 2012

Chocolate Chips Muffins buat Nayli


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Chocolate Chips Muffins tempahan Nayli.







Apam Dot Dot




Terimakasih di atas tempahan ini.


Sila layari  :  
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Tuesday, June 19, 2012

Red Velvet Cake II


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Dah lama sebenarnnya hati ini kepingin  membuat kek si baldu merah ini. Dulu pernah buat sekali, boleh lihat hasilan Red Velvet I dan resepinya di SINI ya. Tapi, masa tu saya buat kek yang togel aja, tanpa apa apa mekap. Jadinya, hari ini merealisasikan satu dari sejuta impian baking kita hehehe. Saya buat satu adunan tapi dibahagi bahagikan agar dapat digayakan dalam pelbagai bentuk. Antara yang saya perolehi dari satu adunan ini adalah sebiji kek redvelvet saiz 7", 4 biji red velvet cuppies dan 1 balang redvelvet cake in a jar. Haaaaaa...jimatkan, buat satu adunan dapat 3 macam. 3 in one!!! Mari kita sama sama tengok hasilan pertama saya......zaaaassssss 



Untuk hari ini, biar saya tayangkan dulu hasilan kek saiz 7" ya. Kek kek yang lain saya akan tayangkan kemudian bagi memberikan hak eksklusif bagi setiap kek untuk berposing. Barulah hari hari ada n3kan, dan tak la boring sangat jadinya, yer dak.



Tekstur kek ini sangat lembut dan sedikit moist, sangat sedap dengan gandingan krim kejunya yang lemak berkrim, tak jemu sungguh saya menikmatinya. Hubby pun suka, tapi tak berani makan banyak sebab takut kolesterol tinggi. Biasalah kan, bila usia kian bertambah, penyakit pun menunggu masa aja untuk menghinggapi. Jadi, kita pun berhati hatilah di jalanraya.... Dekonya pula  kita pakai belasah aja. Boring juga bila asyik menggayakan deko yang sama, sekali sekala kita buat kelainan dengan deko ikut gerak tangan dan sedap mata memandang.



Alamak, panjangnya ngomelan saya hari ini, tak sempat nak masuk resepi. Hmmmm....esok ajala saya letak resepinya ya. Kalau nak tahu resepi mana dan dari mana saya skodeng untuk kek redvelvet kali ini, jangan lupa singgah sini lagi ya.....tungguuuuuu......


Monday, June 18, 2012

Kek Karamel buat Rashidah dan Fiqah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Jangan marah dan jangan jemu ya, takder gambar lain selain dari kek karamel yang ada dalam kamera.



Tempahan ini datangnya dari Rashidah dan Fiqah. Kedua mereka dah pernah menempah sebelum ini.




Kali ni Rashidah nak yang warna pandan pula, jadi kita buat jerla ikut kehendak pelanggan. Yang apam dot dot tu pula kita saja buat lebih untuk makan makan.




Kek untuk hidangan seisi keluarga. Terimakasih banyak semuanya ya.

Sila layari  :  
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Sunday, June 17, 2012

Kari Ayam Kering Ala Rendang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 



 Menu ulangtayang sekali lagi. Resepi boleh dilihat di SINI ya.


Saturday, June 16, 2012

Apam Dot Dot In Da Haus


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


PROMOSI  sekejap ya.   Kini deWattiesDelight mempelbagaikan produk dengan hasilan apam dot dot yang kian hari kian menarik minat semua. 




Sangat sesuai dijadikan cenderahati untuk tetamu maupun untuk makan makan seisi keluarga.








Warna warna pilihan mengikut tema majlis.







Boleh dipelbagaikan bentuk packaging (bungkusan) mengikut permintaan.





Untuk tempahan sila dial nombor di atas......

Sila layari    
http://dewattiesdelight.blogspot.com